CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6498|Reply: 5

GENG TADARUS [TV2: Reen Rahim, Ashraf Muslim, Chacha Maembong]

[Copy link]
Post time 20-5-2018 04:37 PM | Show all posts |Read mode
Geng Tadarus
Isnin-Sabtu, 1:00 tengah hari
saluran TV2




Drama terbaru berjudul 'Geng Tadarus' akan menemui penonton di TV2 pada bulan Ramadan ini. Membariskan pelakon seperti Reen Rahim, Isyariana, Izreen Azminda, Chacha Maembong, Ashraf Muslim, Harris Baba, Riz Ismail dan ramai lagi. Drama sebanyak 26 episod arahan Rahila Ali, terbitan Pena Creative Pictures Sdn Bhd. Disiarkan pada 17 Mei, setiap Isnin hingga Sabtu jam 1:00 tengah hari di TV2. Bagi anda yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my) atay melalui aplikasi RTM Mobile.

JUDUL : GENG TADARUS
JUMLAH EPISOD : 26 episod
TARIKH TAYANGAN : 17 Mei 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Sabtu, 1:00 tengah hari
SIARAN : TV2 (RTM)
PENULIS SKRIP : Haida Mazni & Moley Aziz
PENGARAH : Rahila Ali
TERBITAN : Pena Creative Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Reen Rahim, Ashraf Muslim, Chacha Maembong, Isyariana, Ieda Moin, Harris Baba, Riz Ismail, Izreen Azminda, Shakilla Khoriri, Tash Yong, Sura Sojangi, Raja Afiq, Shamsul Ghau Ghau, Shah Rezza, Liza Abdullah, PU Azman

WATAK PELAKON
Reen Rahim sebagai Arlene
Ashraf Muslim sebagai Ustaz Azlan
Chacha Maembong sebagai Fathia
Isyariana sebagai Noni
Harris Baba sebagai Ziyad
Riz Ismail sebagai Ustaz Danial
Izreen Azminda sebagai Mariam
Shakilla Khoriri sebagai Lily
Tash Yong sebagai Catherine
Sura Sojangi sebagai Wan Nomi
Liza Abdullah sebagai Kiah Pom Pom

SINOPSIS GENG TADARUS
Mengisahkan watak Arlene seorang balu yang kehilangan suami dan anak kerana kemalangan. Peristiwa hitam itu sering mengganggu tidurnya. Beliau mendapatkan nasihat seorang ustazah dan menasihatinya supaya mendekatkan dirinya kepada Allah. Beliau mula belajar agama bergurukan ustazah di rumahnya.

Resort di Langkawi peninggalan arwah suaminya mengalami masalah kewangan. Adam, Pengurus Kewangan Resort mencadangkan supaya Arlene mendapatkan nasihat dan bantuan daripada Hamdan seorang pengurus sebuah bank yang secara kebetulan adalah juga rakan sekolahnya. Rakan-rakan sekolah Arlene merancang ke Pulau Langkawi membuat kejutan dan akan menginap di resort miliknya.

Kedatangan rakan-rakannya mengejutkan Arlene. Mereka mula bercerita kisah-kisah lama dan mengambil angin di pantai. Malamnya mereka bersahur bersama dan paginya mereka memulakan kelas tadarus. Sebelah petangnya mereka bersiar-siar di sekitar bandar Langkawi sambil membeli-belah. Hamdan dan Mariam mempunyai cerita lama semasa di sekolah. Perjumpaan mereka mengingatkan kembali kisah-kisah silam mereka. Akhirnya Hamdan melamar Mariam.

Suasana pertemuan amat mesra. Namun mereka bersedih kerana akan berpisah apabila masing-masing akan pulang meninggalkan Langkawi. Mereka bersetuju meneruskan Grup Tadarus sebagai salah satu daripada aktiviti mereka. Memaparkan peristiwa imbas kembali pertemuan Arlene dengan Noni di sebuah surau dan mereka kemudiannya makan bersama sambil mengenang kisah-kisah lama. Noni adalah rakan sekolah Arlene. Beliau menguruskan sebuah bengkel kereta peninggalan arwah suaminya. Noni bersetuju mengikuti kelas pengajian agama bersamanya dan akan menjemput kawan-kawannya yang lain menyertai mereka. Kak Kiah, jiran Arlene selalu cemburukannya. Minatnya berkaraoke dan adakalanya mengganggu privisi jiran. Anaknya Elyad selalu menegur kelakuan ibunya.

Arlene menjemput Noni ke rumahnya berjumpa dengan Ustazah Sakinah, guru agamanya. Arlene memberitahu ustazah bahawa beliau telah menubuhkan Grup Tadarus yang dianggotai oleh bekas pelajar sekolahnya dan meminta ustazah memimpinnya. Namun ustazah tidak dapat menunaikan permintaan itu kerana beliau akan berpindah ke Terengganu mengikuti suaminya yang bertukar ke sana. Ustazah berjanji akan mencari penggantinya. Selepas berbelanja di sebuah kedai runcit kereta Arlene rosak dan Elyad jirannya membantu membetulkannya. Elyad mempelawa Arlene menyertainya melakukan kerja-kerja amal yang dipeloporinya. Arlene dan beberapa orang rakannya khusyuk mendengar kuliah agama yang disampaikan oleh seorang ustaz selepas solat di masjid.

Sementara itu Riyana memandu dalam keadaan kelam kabut dan telah menggesel Elyad yang ketika itu sedang memasukkan barang belian ke kereta Arlena. Riyana dan Arlena adalah kawan rapat semasa di sekolah. Arlena mempelawa Riyana ke rumahnya mengaji agama. Ketika Elyad dan Ustaz Azlan sama-sama menunaikan solat di sebuah masjid, Ustaz Azlan melahirkan rasa kecewanya kerana belum mendapat kerja tetap. Elyad menasihatinya supaya melakukan kerja secara freelance terlebih dahulu.

Sementara Kak Kiah diperli kawan-kawannya bermenantukan seorang model apabila mereka melihat Arlene dan Elyad sedang beriringan ketika berbelanja di sebuah pasaraya. Ustazah Sakinah mendapat persetujuan Ustaz Azlan supaya menggantikannya mengajar Grup Tadarus apabila beliau berpindah ke Terengganu. Kelas pada kali ini menyentuh perkara yang berkaitan dengan kelebihan membaca al-Qur'an dan kehidupan selepas mati.

Arlene bercadang untuk membubarkan kelas kerana perpindahan ustazah ke Terengganu. Namun Ustazah Sakinah meyakinkan bahawa penggantinya sudah ada. Namun ustazah masih merahsiakan siapa penggantinya. Kak Kiah diperli lagi apabila ada jiran yang terpandang anaknya bersama Arlene memasuki kedai pakaian pengantin. Elyad meminta ibunya berbaik sangka dengan jiran mereka Arlene. Sementara Arlene mengikuti kuliah agama di sebuah masjid. Ustaz Azlan ke rumah Arlene dan memperkenalkan dirinya sebagai pengganti Ustazah Sakinah.

Kak Kiah membebel kerana Riyana telah melanggar tong sampah dan parkir keretanya di hadapan rumahnya semasa mengikuti kelas agama di rumah Arlene. Kak Kiah mula merasa curiga apabila seorang lelaki memasuki rumah Arlene tetapi akhirnya keraguannya terjawab. Ustaz Azlan memulakan kelas dengan membetulkan bacaan Surah al-Fatihah murid-muridnya dan menghuraikan intipati surah tersebut yang menjadi surah wajib dalam solat. Kak Kiah meminta Elyad mencari isteri apabila dia merungut dihidangkan dengan lauk sardin.

GAMBAR PELAKON


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2018 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Persatuan bini.pertama akan boikot cite ni sebab ada izreen...
Termasuk iols...
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2018 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok tak nak tgk...n mmg tk sempat tgk pn....huhu
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2018 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Apooo
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2018 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Takde pun pic yizreen
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2018 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Jering ada..... eeeeeeewwwweeee
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:18 AM GMT+8 , Processed in 0.054536 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list