View: 8171|Reply: 63
|
[Tempatan]
Kata Makcik Rosmah...Saya tenang, mahu hidup normal semula.
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA: Isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor bersikap tenang walaupun rumah beliau dan keluarganya digeledah polis dalam siasatan berhubung skandal 1MDB.
Dalam temu bual dengan media, katanya, beliau mahu kembali kepada kehidupan biasa bersama keluarganya.
“Kami boleh terima keadaan yang berlaku dengan baik. Saya fikir kami agak tenang, sebagai keluarga orang politik. Ia hanyalah salah satu ujian dan tribulasi, serta bahaya terlibat dalam politik,” katanya seperti dilaporkan.
“Ia kehidupan yang berbeza, tetapi saya tidak mengeluh. Saya tidak minta hidup begini, tetapi ia lebih tenang. Saya boleh buat mengikut kehendak saya. Bila saya berasa mengantuk, saya tidur. Jika saya rasa nak bangun, saya boleh bangun.
“Tapi, saya mahu ia berakhir secepat mungkin kerana kami mahu meneruskan kehidupan seperti biasa,” katanya kepada akhbar Malay Mail.
Rosmah menjadi tumpuan kritikan umum di media sosial selama beberapa tahun ini dan subjek laporan media tentang gaya hidupnya.
Minggu lepas, serbuan polis ke atas 3 kondominium mewah di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, menjadi berita utama media apabila Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman dilaporkan merampas hampir 300 kotak beg tangan mewah dan 72 beg berisi barang kemas, wang tunai dan barangan berharga lain.
Suaminya, Datuk Seri Najib Razak dalam temu bual dengan media berkata, banyak barangan yang dirampas merupakan hadiah daripada kawan, dan wang tunai yang ditemui merupakan sumbangan politik bagi membantu kempen Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum lalu.
BN hilang kuasa di tangan Pakatan Harapan, dan pengerusi gabungan itu, Tun Dr Mahathir Mohamad mengarahkan siasatan ke atas urus niaga kewangan syarikat milik kerajaan, 1MDB dan SRC International dibuka semula.
Dalam temu bual semalam, Rosmah meminta polis melayan beliau dan keluarganya dengan hormat sama seperti rakyat Malaysia lain.
“Saya boleh terima semua penggeledahan tengah malam, saya faham.
“Saya percaya seseorang tidak bersalah sehingga dibuktikan salah. Oleh itu, kami perlu dilayan seperti orang lain dengan hak kehormatan diri.”
Sepanjang temu bual itu, Rosmah diiringi peguamnya, Geethan Vincent dan M Puravalen.
Semalam, beliau membuat kenyataan meminta polis berhenti membocorkan gambar dan maklumat peribadi barang rampasan polis ke media sosial. Najib turut mendesak polis bersikap profesional dalam menjalankan tugas mereka. - FMT
http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/05/21/saya-tenang-mahu-hidup-normal-semula-kata-rosmah/
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenyataan dia lebih berbau "educated" dari suami dia. |
|
|
|
|
|
|
|
smlm tgk berita muka dia dah makin membengkak...
|
|
|
|
|
|
|
|
Semoga terus tenang ye, makcik Rosmah.. |
|
|
|
|
|
|
|
oh muka ... kalau hidung semakin panjang aii tau sebab sebabnya -----------------> Pinocchio
|
|
|
|
|
|
|
|
Tenang ya?? Brg2 yg kena angkut tu polis tgh listkan 1 per satu....klau ada unsur penyelewengan pendakwaan akn dimulakan baru ko tahu erti x tido mlm.....time tu baru blh ckp tenang ke x tenang, labis segamat |
|
|
|
|
|
|
|
http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/dah-lama-terputus-hubungan-1.836454 |
|
|
|
|
|
|
|
Link atas Tak leh buka pulak |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Rosmah ni tak ada adik beradik ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
ooooo tenang ye.....
bagus lah kalau cenggitu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga dia tak putus asa untuk menyumbang kepada masyarakat melalui kerja2 amal, walaupun tidak lagi bergelar First Lady.
Dan pengalaman serta kejayaan beliau dalam PERMATA terlalu berharga untuk disiakan. Menteri Pendidikan baru yang mentah dan cetek pengalaman mesti berusaha untuk mrndapatkan khidmat Rosmah sebagai penasihat kementerian. |
|
|
|
|
|
|
|
Ni ler modal orang UMNO - yang muda dipandang mentah (anak kucing) yang tua pulak dikatanya nyanyuk.
|
|
|
|
|
|
|
|
terimakasih nanti aii tengok.
|
|
|
|
|
|
|
|
Lepas nie leh apply kija kat KEMAS...pengalaman dari PERMATA tu cukup beharga...ahaks!! |
|
|
|
|
|
|
|
banyak nangis banyak tido kot.
|
|
|
|
|
|
|
|
Jgn tenang sangat kak mah... tunguuuuuuuuuu |
|
|
|
|
|
|
|
patutnya bersyukur kerana diberi peluang lebih masa utk beramal padanya lagi2 dibulan mulia pada usia yg semakin senja..Allah maha penyayang..kesian dikala usia kian susut masih diberi ilham utk terus berjasa pada negara..patutnya kita sudah merebahkan diri hati dan jiwa padanya dan melewati hari dengan tenang serta bershaja.
eh |
|
|
|
|
|
|
|
rmbut dh nmpak kempis..hair dresser kena pecat dh ke |
|
|
|
|
|
|
|
muka kau cun sangat ke???
ntah2 macam anak toyol ikut muka mak dia
buruk cam selipar jamban
|
|
|
|
|
|
|
| |
|