CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5356|Reply: 35

SERANGAN PEMIKIRAN #1 : Ancaman Islam Liberal di Malaysia

  [Copy link]
Post time 21-5-2018 09:05 PM | Show all posts |Read mode
Edited by cmf_BeachBoys at 29-5-2018 03:19 PM


MENGGUNAKAN rasional akal dalam menafsir agama dengan alasan membuka ruang dimensi berfikir semakin berleluasa di tanah air kita.

Dengan terjahan dunia langit terbuka kelompok ini dengan aktif menebarkan sikap serta pandangan mereka, bahkan secara terbuka mengadakan bantahan awam untuk berekspresi akan tuntutan-tuntutan mereka. Mereka secara terbuka menyerang institusi agama negara ini serta berkolaborasi dengan sesiapa sahaja yang menyokong perjuangan mereka.

Terjahan kepada Islam berlangsung sepanjang zaman dan menuntut umat Islam berdada dengan penyelewengan ini. Antara kebobrokan yang kian mendapat tempat dalam kalangan umat Islam yang jahil ialah fahaman Islam Liberal, menyusup secara diam dan pantas dalam akar ummah di pelbagai posisi.

Isu ini semakin menjadi hangat dengan pihak berkuasa agama melarang Wacana Mustapha Akyol, seorang Sarjana Turki yang ingin menebarkan fahaman agamanya kepada rakyat negara ini, kita melihat bagaimana kelompok Islam Liberal negara ini bersungguh-sungguh mempertahankan kewajaran cara fikir mereka.

Ciri-ciri fahaman Islam Liberal

●     Mereka menganut Fahaman Pluralisme

Iaitu fahaman yang menyatakan bahawa semua agama adalah sama yakni benar belaka. Orang Islam tidak boleh meyakini bahawa hanya agama Islam sahaja yang benar. Sebaliknya mereka hendaklah mengiktiraf agama lain juga benar dan betul. Urusetia Jaringan Islam Liberal, Ulil Abshar Abdalla dalam Majalah Gatra (Indonesia) keluaran 21 Disember 2002 menyatakan: “Semua agama sama. Semuanya menuju jalan kebenaran”.

Dengan fahaman inilah, maka lahirnya Ideologi Pancasila di Indonesia. Darinya juga, penganut Fahaman Islam Liberal menyeru agar dibenar perkahwinan campur antara agama kerana semua agama adalah benar dan betul dan perkahwinan sebegini sememangnya telah diamalkan di Indonesia menunjukkan kejayaan besar golongan Islam Liberal di sana. Di Malaysia, penularan Fahaman Pluralisme dapat dilihat dalam kes-kes berikut:

a.     Sambutan Kongsi-Raya iaitu menyambut perayaan agama secara bersama-sama di antara agama-agama di Malaysia (Islam, Hindu, Cina dan Kristian). Sekalipun telah ditegur oleh Mufti dan Para Ulama dalam Muzakarah Ulamak 2006 (13 Jun) di Perak sebagai bertentangan dengan Islam, namun golongan Islam Liberal menolak pandangan Mufti dan Ulama-ulama tersebut dan menuduh mereka jumud, kolot atau berpemikiran tertutup; dan

b.     Kerana terpengaruh dengan Fahaman Pluralisme inilah maka beberapa Menteri Muslim dan sebuah NGO Muslim (iaitu Sisters In Islam) telah turut menyokong penubuhan InterFaith Council (IFC) atau Majlis atau Suruhanjaya Antara Agama-agama. Suruhanjaya Antara Agama ini dicadangkan oleh MCCBCHS atau Majlis Kristian Buddha Hindu dan Sikh Malaysia melalui memorandum yang telah dihantar ke Majlis Peguam pada 21 Ogos 2001.

●     Mendesak agar diberikan hak kebebasan murtad untuk penganut Islam di Malaysia

Dalam isu murtad – seperti kes Lina Joy (yang nama asalnya Azlina Jailani), golongan Islam Liberal di Malaysia antara yang mendesak agar penganut Islam diberi hak untuk murtad dari agama (Islam) tanpa sebarang tindakan undang-undang dan tanpa tertakluk dengan keputusan Mahkamah Syariah. Seorang peguam yang juga merupakan ahli Parlimen daripada parti kerajaan iaitu Zaid Ibrahim pernah mengungkapkan isu murtad ini dalam satu forum yang dianjurkan oleh Suhakam pada 9 September.
Bagi kelompok Islam Liberal yang jahil ini mereka berhujah bahawa hak untuk murtad menurut mereka adalah kebebasan beragama yang juga diakui oleh al-Quran. Mereka menyalah tafsirkan ayat Allah yang berbunyi:

“Tidak ada paksaan dalam agama.”
(al-Baqarah: 256)

Menurut tafsiran Ulama Tafsir yang Muktabar, ayat di atas hanya terpakai bagi orang bukan Islam, yakni mereka tidak harus dipaksa untuk menganut Islam kecuali dengan kerelaan sendiri. Adapun bagi penganut Islam, maka mereka wajib beramal dengan segala tuntutan Islam termasuk tuntutan memelihara akidah dan iman.

Dalam kes murtad, orang Islam yang keluar daripada agama akan dikenakan hukuman yang berat di akhirat dan di dunia. Hukuman di akhirat ia akan dihumbankan Allah dalam neraka untuk selama-lamanya.

Adapun hukuman di dunia ia akan dibunuh sebagaimana yang sabit dengam dalil as-Sunnah yang Sahih iaitu sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:

“Sesiapa menukar agamanya (yakni murtad), maka hendaklah kamu membunuhnya.”
(Riwayat Imam Bukhari, Ahmad, Abu Daud dan lain-lain dari Ibnu Abbas).

●     Ayat-ayat al-Quran perlu ditafsir semula agar selari dengan peredaran zaman

Menurut golongan Islam Liberal, al-Quran perlu ditafsir semula tanpa terikat dengan tafsiran Ulama terdahulu. Tafsiran Ulama terdahulu telah jauh ketinggalan dan tidak sesuai lagi untuk zaman sekarang. Dalam mentafsir al-Quran tidak perlu terikat dengan ilmu Asbabun-Nuzul, Nasikh wal Mansukh, tafsiran Rasulullah, para Sahabat dan Ahli-ahli Tafsir terdahulu. Memadai menurut mereka tafsiran itu menepati logik akal dan rasional.

“Semua umat Islam perlu kembali kepada asas-asas Islam dengan menolak tafsiran klasik (lama) yang telah ketinggalan zaman. Kepada umat Islam, kita menyeru supaya digerakkan usaha-usaha membuat tafsiran al-Quran berdasarkan kaedah saintifik”.
(Kassim Ahmad, 12 Oktober 2000, News Straits Times)

Jelasnya, golongan Islam Liberal mengajak umat Islam kepada penafsiran ayat-ayat al-Quran berdasarkan ilmu akal semata-mata. Kerana itu mereka awal-awal lagi telah menolak Hadis Nabi yang bermaksud:

“Sesiapa yang mentafsir al-Quran dengan akal fikirannya semata-mata, maka sediakanlah tempat duduknya dari api neraka”
Dengan mendakwa Hadis tersebut bercanggah dengan al-Quran yang menyeru manusia supaya berfikir, merenung dan menggunakan akal.

●     Mempertikai Syariat Allah dan hukum-hakam fiqh dengan hujah rasional

Pada pandangan mereka hukum Syariat Islam adalah ciptaan Ulama dan Fuqaha. Oleh itu, mereka menganggap Syariat Islam tidaklah suci secara sepenuhnya dan ia terdedah kepada penilaian semula dan kritikan termasuklah Hukum-hakam Syariat yang Qatie. Antara Hukum-hakam Syariat yang menurut pandangan mereka perlu dinilai semula ialah:

a.     Hukum Faraid yang tidak sama rata antara lelaki dan wanita;
b.     Keharusan poligami bagi lelaki;
c.     Kewajipan bertudung kepala ke atas wanita;
d.     Hukuman bunuh ke atas orang murtad;
e.     Hukum jenayah Hudud yang menurut mereka adalah pengaruh budaya Arab Jahiliyah;
f.     Larangan wanita daripada menjadi pemimpin termasuklah dalam solat;
g.     Hak mutlak suami untuk mencerai isteri;
h.     Larangan perkahwinan antara orang Islam dan bukan Islam; dan
i.     Undang-undang moral agama yang dikatakan melanggar hak asasi dan kebebasan manusia.

Demi menjayakan hasrat mereka itu maka mereka menyeru kepada pembaharuan fiqh secara bebas tanpa perlu merujuk kepada Ulama dan disiplin ilmu Usul Fiqh. Golongan Islam Liberal menolak autoriti Ulama dalam bidang agama. Mereka amat menekankan kebebasan berpendapat bahawa sesiapa sahaja berhak bercakap tentang agama.

●     Menolak penguatkuasaan undang-undang moral agama

Golongan Islam Liberal menentang penguatkuasaan undang-undang moral berteraskan agama kerana menurut mereka undang-undang tersebut melanggar kebebasan dan hak asasi manusia.

Sebagai contohnya, tindakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) suatu ketika dulu menahan para pengunjung Islam di Pusat-pusat hiburan telah mendapat bantahan keras dari Sisters In Islam dan 50 NGO yang lain.

Mereka telah mengemukakan memorandum kepada pihak kerajaan supaya tidak menggunakan pendekatan undang-undang untuk mengawasi akhlak rakyat kerana tindakan itu dianggap bercanggah dengan hak asasi manusia.

Malah dalam satu kenyataannya SIS meminta pihak kerajaan agar membubarkan semua undang-undang agama yang menghalang rakyat daripada mengecapi hak asasi peribadi dan bersuara.

Malahan pertubuhan itu juga tidak bersetuju dengan apa cara dan usaha menggunakan undang-undang untuk memelihara iman seorang Muslim. Hal ini kerana persoalan yang berkaitan dengan moral dan agama dianggap sebagai hak peribadi dan kebebasan tersebut tidak seharusnya dikawal dengan menggunakan kuasa perundangan.

Pasca PRU14 ini akan menyaksikan banyak tuntutan kelompok pendukung Islam Liberal dan Pluralisme agama akan digemakan. Riak-riak kepongahan mereka semakin menyerlah, kerana turut merasakan mereka turut memberikan sumbangan kepada kemenangan PH baru-baru ini.

Umat Islam mestilah mengambil cakna perkembangan semasa yang berlaku, menularkan fahaman neo-Muktazilah yang akan mengganggu kelestarian agama Islam dan penganutnya. Ahzab moden sedang mengepung umat ini daripada segenap penjuru, dengan senjata fitnah mereka. Bangkitlah wahai umat!

(Penulis ialah AJK PAS Pusat, Pengerusi LESTARI) - HARAKAHDAILY 21/5/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/15-tanah-air/6757-ancaman-islam-liberal-di-malaysia



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2018 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Syurga itu benar.....neraka itu benar. So pilih la....
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2018 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Cai, Tahun Baru Cina tu sambutan agama ka  

Ko, telan ya apa lobai bagi kat kau. Dr Maszlee cakap tiada kafir harbi zaman ini, dia sesat?
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2018 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Sama mcm islam, bila kita tafsir liberal membabi buta, maka dapatlah fahaman membabi buta.

Liberal pada aku adalag kebebasan mutlak utk mempertikai amalan terdahulu, bila ada tersalah, jawapan yg tepat harus diberikan, bukan kalau ikut fahaman ahli sunnah wal jamaah dari mazhab ini yg di tafsir oleh perawi ini adalah berbeza dgn perawi ini dan berbeza dgn mazhab yg hambali oleh perawi ke 4 dan ke 5. Manakala di sebelah maliki ada 17 hujah dan 23 pendapat berlainan. So jawapan kepada kenapa murtad tidak boleh dihukum bunuh adalah "Liberal itu sesat dan jauhilah fahaman qadriani."

Liberal perlu ada keterbukaan dan soal jawab, bukan menekan penganut sendiri agar mengikut melulu. Guideline mana yg boleh diikut, mana yg perlu dirujuk. Dalam konteks ini, pemikiran liberal adalah perlu utk mencari pemahaman yg lebih meluas. Contoh dalam isu bersentuhan dgn anjing. Jawapan dia hanyalah "menghina para ulama, dan sesat". Ini bukan jawapan! Ini penindasan.

Keterbukaan Islam di Malaysia adalah lebih bagus dari Saudi, dengan kelebihan ini, xpatut kita kebelakang dalam bab diskusi, ini yg dikatakan mengikut peredaran zaman. Bukan penukaran hukum, tapi penghuraian hukum itu sendiri harus selari. Contoh mcm berbalah mengenai bius dalam implementasi, pengunaan cctv, penerimaan dna. Xkan semua kes kene melalui sumpah laknat semata sebab zaman nabi xde video.

In short, liberal yg ustaz ni cakap dan apa yg difahami jauh terpesong.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2018 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
bagi aku Islam itu jelas ..  iaitu tuhan itu satu .
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2018 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts

amek..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-5-2018 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Alais replied at 21-5-2018 10:02 PM
Ayat Quran ditujukan untuk orang Islam.

Kan sebut dalam agama, bukan luar agama.

Al Quran utk semua . tidak ada sifat tersembunyi atau suatu meragukan .sebab itu akhir2 ini fakta2 al Quran terbukti bila dikaji saintis2 barat . ia suatu pengatahuan yg telah lama melampai kemajuan masa .
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2018 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Alais replied at 21-5-2018 10:00 PM
Satu itu angka.

Angka itu makhluk.

sifat2Nya ujud kidam baqa dan segalanya menunjukkan sesuatu yg nyata . kita cuma mampo mengenal Ruhnya tidak secara fizikal .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2018 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
cuma aku nak dengaq alasan kenapa tuhan itu takdak ??  pasal kececa dlm hidup ka atau dah memamg pasal dari kecik2 mak bapak hangpa takda ajar cara2 hidup beragama ??  mai share sikitt .
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2018 10:31 PM | Show all posts
ko  xpernah berada di komuniti dimana musuh-musuh Islam  menghuni di persekitaran yg sama. Hembus udara yg sama ,shopping ditempat yg sama , guna laluan keluar masuk yg sama , cuma akidah kita berbeza. Disitu lah bermula nya dakwah.

mcm bodoh sekor sekor..kata lah Islam komunis sekalipun ,apa sebenar pegangan ko? Itu yang terlebih penting.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2018 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Alais replied at 21-5-2018 10:32 PM
Roh ciri manusia.

Adakah Tuhan berciri manusia?

ALLAH mempunyai kaseh sayang ..  maha pengampun dan juga senantiasa membuka ruang hati2 manusia utk berubah .  itu ko rasa apa ??
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2018 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Alais replied at 21-5-2018 10:40 PM
Itu perasaan,

adakah

hahaha ..  ko ni banyak tanya la . sembahyang tak buat lagi itu mau tanya ini mau tanya .  ko pie tanya org la kenapa depa perlu beragama .
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2018 01:23 AM | Show all posts
liberal guna hujah akal dan kebebasan. islam guna hujah peraturan yang mana islam itu  agama yang Allah redhai dari zaman nabi adam sampai kiamat. bezanya perintah dan kitab yang di bawa sahaja membezakan nabi2 dan rasul2.

manusia ada pilihan nak masuk syurga atau neraka. kenapa manusia tak takut neraka? sebab mereka tak percaya kehidupan lepas kematian. bagi mereka hidup sekali mati tidak akan dihisab dan jadi tanah mahupun abu.  bagi yang beriman dan bersedia mereka lah orang yang paling beruntung bertuah.

sebagai orang islam kita pertahankan diri , keluarga daripada golongan liberal, mereka ini ambil pendekatan islam dengan hujah akal fikiran mereka semata mata. sedangkan ulamak , para ilmuwan sebelum mentafsir ayat mereka membaca banyak kitab dan berguru dengan ulamak untuk memahami makna ayat alquran, hadis.

bila kita jahil dalam agama, berdiam diri lebih baik. fikiran kita tidak di isi dengan ilmu agama, bila tiba satu hukum, satu peristiwa, cepat saja hukuman di jatuhkan tanpa mendalami ilmu agama. kemudahan forum, facebook, social networking jadi hujah ilmuan  menunjuk tafsiran masing2 dalam beragama.

ada yang ambil separuh dalam agama, ada yang ambil hanya solat, puasa, nikah, ada pula yang nama sahaja islam tapi hidup jauh dari islam. setiap yang di buat akan diperhitung selepas kematian. bila berlaku kematian tiada jalan semula pulang ke dunia untuk membuat amalan. ada baiknya bersedia dan berhati hati di dunia untuk kesenangan di akhirat.

islam tak jumud, yang jumud manusia yang jahil agama dan menafsir agama mengikut citarasa sendiri dan menuduh mereka yang ahli dalam agama sesat. islam itu sendiri peraturan hidup.

Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2018 06:35 AM | Show all posts
Salam TT

Diharap, Islam PAS dpt anjur lbh byk lagi diskusi/dialog dgn Islam Liberal
Bagi menegakkan syiar Islam yg benar. Takdir!
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2018 10:40 AM | Show all posts
inilah apa yg perna h dipesan oleh guru mursid saya 20 tahun yg lalu
puak wahabi syiah atheis dan puak sesat dlm memahami erti hakikat bermakrifat sebenar
skang adalah campuran haq dan batil dan hanya mursid sejati yg dpt membezakan
skang adalah musim puak wahabi syiah menjadi hero
dgn perkembangan politik campuran yg baharu, puak wahabi berjaya dapat tempat selesa dan jawatan besar dlm setiap sektor jabatan kementerian
maka masing2 akan bersuara yg pelik2 ....spt hapuskan jakim, hapuskan sistem pondok
sedangkan nabi saw dah berpesan,  nanti akhir zaman akan keluar berita2 yg tak pernah terjadi di zaman ibu bapa kamu dahulu.....

mereka2 yg membawa pembaharuan utk menghapuskan ROH ISLAM ini , dgn alasan menghalang perpaduan kefahaman kerjasama agama bangsa lain...

tidakkah mereka terfikir bahwa mereka itu dijalan batil sesat, dan merekalah yg nabi saw sebut sebut sejak 1439 dahulu?

zaman skang adalah kebangkitan dakwah islamiyah di mana selatan patani adalah kepala, malaysia adalah badan dan indonesia sbg kakinya...

insyallah berkembang dakwah islamiyah sementara munculnya almahji dan panji hitam...
insyallah...

tapi masyarakat akan kelabu asap dlm menunggu munculnya beliau...
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2018 10:47 AM | Show all posts
Alais replied at 22-5-2018 10:45 AM
Betul ke

kebangkitan itu sebetulnya

cemana nak kata ciptaan CIA freemason zionis ke apa...
sbb tu berasal usul galur dr hadis nabi saw sendiri, ...lama tu...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2018 02:25 PM | Show all posts
Alais replied at 22-5-2018 10:42 AM
Agama lain pun wujud dgn izin Allah

betul tak?

agama yang di redhai Allah hanya islam, dunia kan tempat ujian. diharamkan LGBT zina dihalalkan nikah diharamkan riba di halalkan berniaga.  kalau akak dapat lempang muka kau pun dengan izin Allah dik dunia ni hanya ujian tak kira dalam bentuk kesenangan atau kesusahan semua akan di kira balik di audit semula pada hari akhirat.



Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2018 02:42 PM | Show all posts
dess402 replied at 21-5-2018 10:48 PM
hahaha ..  ko ni banyak tanya la . sembahyang tak buat lagi itu mau tanya ini mau tanya .  ko pie  ...

Rasanya x perlu d layan....biarkan la dia terjun dgn labu2nya....
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2018 03:07 PM | Show all posts

Allah tak beragama, Allah cipta agama untuk hambanya. kenapa islam agama diredhai, sebab islam agama yang diturunkan Allah melalui para nabi. sebab islam agama yang mentauhidkan sang pencipta Allah tuhan sekalian alam. dia tiada awal tiada akhir.dia maha mencipta dan maha membinasakan.


kenapa Allah xmuncul sekarang di muka bumi? bukan kah dalam rukun iman salah satu beriman kepada pekara ghaib. kalau Allah muncul semua umat manusia semua mahluk di muka bumi pasti takut melakukan maksiat dan hari2 beribadah. hikmah Allah tak nampak di penglihatan mahluknya nak uji keimanan hamba2nya.

bagaimana Allah berkomunikasi dengan hambanya?melalui kitab alquran.melalui nikmat di hantar para rasul nabi di muka bumi. melalui bacaan ayat suci alquran , dengar ceramah agama, belajar kelas agama kita faham fardhu ain, fardhu kifayah, munakahat dan macam2 lagi. bila kita faham kena lah amalkan.

jadi sebelum malaikat maut menjemput kita ada baiknya berfikir sejenak, apa tujuan hidup ni? duit? harta? najib yang banyak duit 72 peti duit harta pun xbahagia kena siasat. xsalah cari duit tapi dengan cara halal bukan menipu. xsalah nak kaya asalkan sumber bersih bayar zakat. hidup kt dunia lebih daripada value nilai duit harta. bila faham sediakanlah bekalan masing2. setiap orang akan mati sama ada mati itu pintu kebaikan atau keburukan setiap orang akan tahu dan pasti melaluinya.




Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2018 03:28 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 22-5-2018 03:07 PM
Allah tak beragama, Allah cipta agama untuk hambanya. kenapa islam agama diredhai, sebab isl ...

bagusnya...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:32 PM GMT+8 , Processed in 0.303862 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list