CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3694|Reply: 9

Chef Naem Kongsi 2 Resipi Berasaskan Kentang Untuk Sahur. Kenyang Dan Sedap

[Copy link]
Post time 22-5-2018 02:06 PM | Show all posts |Read mode
Siapa tidak kenal dengan Chec Naem ni kan? Seorang chef selebriti yang kerap kali muncul di layar televisyen berkongsi resipi-resipi menarik buat penonton.

Kali ini chef baik hati berkongsi 3 resipi sihat yang selalu dihidangkan untuk para atlit dengan menggunakan kentang sebagai bahan utama. Bulan puasa elok banyakkan karbo supaya kekal aktif dan bertenaga.
Foto: Majalah Rasa Online



SMOOTHIE NANGKA KENTANG
Foto: Majalah Rasa Online



Bahan-bahan:

2 biji kentang U.S Russet
1 sudu serbuk protein
6 ulas buah nangka
1 cawan susu soya
2 sudu makan madu
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
1/2 sudu teh chia
1 cup ice cube
1 helai daun pandan (hiasan)
1 gula melaka (hiasan)

Cara memasak:

1. Kupas kentang dan potong mejadi kiub.
2. Renehkan kentang sehingga lembut selama 10 minit.
3. Kisar semua bahan - kentang, nangka, serbuk protein, susu, madu, kayu manis, biji chia dan ais bersama-sama sehingga hancur.
4. Hiaskan dengan daun pandan, biji chia dan beberapa hirisan gula melaka

TOMYAM HASH BROWN

Foto: Majalah Rasa Online




Bahan-bahan:

6 biji US Hash Brown
1 sudu pekat tom yam paste
2 ketul dada ayam (rebus)
2 biji tomato (dicincang)
2 helai daun limau purut (dihiris)
2 helai daun ketumbar (dihiris)
1 batang serai (dihiris)
Garam / Lada sulah

Cara-cara memasak:

1. Ayam potong dadu dan masukkan ke dalam air mendidih. Taburkan sedikit garam dan halia sehingga masak.
2. Air fry hash brown pada suhu 100C selama 15 minit sehingga coklat keemasan.
3. Sapu rata pes tomyam diatash hsh brown tadi.
4. Dalam mangkuk, masukkan ayam, tomato, daun limau purut, ketumbar, serai, gara dan lada sulah.
5. Gaul rata.
6. Letakkan bahan yang sudah digaul tadi di atas hash brown.

Selamat mencuba! - CARI

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2018 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Alamak kena gi beli kentang japgi. Stok abis
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2018 03:47 PM | Show all posts
sedapnya kentang russet
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2018 05:39 PM | Show all posts
Thanks for sharing this interesting and informative article http://rollingskygame.com/run-3

Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2018 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Ai xfhm npe fries y ai bt salu soggy...walhal dah thrice cooked...guna potato russet seperti y disarankan oleh chef2..last2 ai sedih dgn fries y x jadi,ai bt baked potatoes je...{:cryrun
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2018 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam sedap je. Blh try ni {:iwant
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-5-2018 08:26 AM | Show all posts
boleh try ni..nampak mcm sedap je
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2018 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Menu kentang i semlm dah jadi karipap
Petang ni inti lebih semlm jadi murtabak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2018 02:47 PM | Show all posts
that smoothie kentang nangka looks gross though
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2018 10:44 AM | Show all posts
ala....iols ade je stok begedil kentang daging utk sahur..balut telur tebal sket...tu yg anak2 nak mkn time sahur..xde kuah ape...nasi ngan bergedil....wekend time..wat bebanyak utk frozen...sahur time..goreng 5...6 ketoi....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:31 AM GMT+8 , Processed in 0.121216 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list