CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1554|Reply: 5

Mati Tertimpa Buku - YADIM

[Copy link]
Post time 23-5-2018 08:11 AM | Show all posts |Read mode
Mati ditimpa buku

pautan asal:
http://www.yadim.com.my/v2/mati-ditimpa-buku/




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-5-2018 08:11 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 23-5-2018 08:13 AM

SEORANG kanak-kanak yang bernama Al-Jahiz sering membantu keluarganya dengan menjual roti dan ikan di pasar Basrah. Minat dan semangatnya yang suka membaca pada waktu malam, telah mendorong beliau menyewa kertas dan risalah di kedai buku dan membacanya sehingga membolehkan beliau memiliki pelbagai ilmu pengetahuan yang menjadinya tersohor.

Pada zaman belianya, Al-Jahiz telah mencapai darjat keilmuwan. Beliau bukan sekadar menghadiri kuliah, tetapi juga bergaul dengan para cendekiawan serta ilmuwan di Midrad, Basrah.

Beliau juga dianggap sebagai penulis kotemporari,bersistem,mempunyai pemikiran kognitif,,teliti dalam membuat kajian serta pemerhatian yang menjadikan beliau diiktiraf bijak dalam menyelesaikan permasalahan masyarakat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2018 08:12 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 23-5-2018 08:13 AM

Beliau juga dikatakan telah menghasilkan 350 buah buku dalam pelbagai bidang seperti biologi, kehaiwanan, tumbuhan, serangga, antropologi, ekonomi, perdagangan dan geografi.

Kariernya mula mencapai kegemilangan sebagai penulis apabila karya penulisannya yang berjudul Books of Animals (Kitab al-Haiwan) yang mengandungi tujuh jilid telah berjaya mengangkat namanya antara penulis yang termahsyur.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2018 08:12 AM | Show all posts
Dalam bukunya itu, beliau telah membahagikan haiwan kepada tujuh jenis yang merangkumi jenis terbang, berenang, dan berjalan. Buku tersebut juga menyentuh topik mengenai kesan-kesan ke atas haiwan, cara pembentukan telur di dalam perut anak ayam,bagaimana sarang burung dibuat,habitat tidur binatang, dan sebagainya.

Selain itu, beliau turut menghasilkan sebuah lagi karya popular yang berjudul Al-Qaul fi al Baghal, iaitu mengenai asal-usul keldai, sifat, dan kehidupannya. Oleh kerana keilmuannya yang tinggi, beliau dianggap sebagai salah seorang saintis Islam yang penulisannya mempunyai pengisian ilmu yang banyak dan bermanfaat bagi para pengkaji selepasnya.

Penulisannya juga turut merangkumi aspek pengaruh cuaca, diet manusia, tumbuhan, dan haiwan yang hidup di persekitaran geografi, serta kawasan yang berbeza. Beliau turut membincangkan mengenai mengenai komunikasi di antara haiwan, psikologi, dan tahap intelek serangga serta beberapa jenis haiwan yang lain.

Beliau turut menyediakan turutan atau jadual lengkap mengenai organisasi social serangga yang diperoleh daripada pemerhatiannya. Antaranya, bagaimana serangga menyimpan biji-bijian yang tidak rosak semasa musim hujan.

Al-Jahiz juga mengetahui sesetengah serangga bertindak balas terhadap cahaya dan beliau telah menggunakan informasi ini untuk mencadangkan satu kaedah bagaimana memerangkap nyamuk dan lalat.

Sebanyak 87 lembaran daripada buku Book of Animals , kira-kira satu pertiga daripada teks asal yang ditulis oleh Al-Jahiz itu kini dipelihara dan disimpan di Perpustakaan Ambrosiana Library Milan, Itali.

Koleksi karyanya itu (Salinan daripada naskah asal) bertarikh pada kurun ke-14 dimiliki oleh pemilik terakhir Abdul Rahman al-Maghribi tahun 1615. Lembaran daripada buku Book of Animals itu mengandungi lebih 30 ilustrasi.

Kisah kematian beliau menggambarkan bahawa kehidupan beliau yang begitu mencintai ilmu. Beliau yang lumpuh tubuh badannya meninggal dunia kerana telah tertindih dengan buku-bukunya yang begitu tinggi tersusun dan tersimpan di sekelilingnya.

Kemulian dan ketinggian beliau bersama ilmu yang menjadikan beliau bersama hasil karangan ilmunya sehingga akhir hayatnya.

Al-Jahiz atau Abu Uthman Amr Ibn Bakar al-Kinani al-Fuqaimi al-Basri dilahirkan di Basrah pada 164 Hijrah bersamaan 780 Masihi. – MAJALAH DAKWAH
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2018 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Good info
Thanks mod
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2018 09:52 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:53 AM GMT+8 , Processed in 0.058246 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list