|
|
Di kala pengeluar busana dan tudung sibuk mengeluarkan variasi tudung dengan renda, konsep warna dan sebagainya di bulan Ramadan, Fareeda yang terkenal dengan tudung sarungnya pula muncul dengan kolaborasi bersama DC Comics Super Heroes. Wow! idea di luar kotak sungguh.
Tiga Superhero dipilih untuk menghiasi bahagian atas hijab iaitu Batman, Superman dan Wonder Woman. Loga ketiga adiwira pujaan ramai itu dihiasi dengan batu jemeki yang menyerlahkan lagi penampilan pemakai.
Foto : IG Fareeda Group
Malahan di laman instagram pemilik Fareeda, Mawar Karin sendiri, beliau memadankan imej anaknya memakai sut 'Supergirl' dan di sebelahnya tudung Superman. Nampak comel kan?
Ada yang tidak sabar-sabar untuk memiliki koleksi ini nampaknya?
Malahan, ada yang bergurau mahu meminta hero Badang sebagai pengganti. Namun, ada juga yang menyatakan ia kreativiti yang tidak bertempat.
Ada juga netizen yang tidak mahu membeli tudung ini walaupun dahulunya dia adalah pembeli tegar.
Walau apapun, kita tunggu dan lihat, mungkin raya nanti ramai pula yang menggayakan tudung dengan sentuhan Marvel Dc Comics ini. - CARI |
|