View: 6780|Reply: 35
|
[Tempatan]
Tun Dr Mahathir, Siti Hasmah tidak pindah ke Seri Perdana - Marina
[Copy link]
|
|
Edited by FOTHER-MUCKER at 23-5-2018 01:10 PM
Tun Dr Mahathir, Siti Hasmah tidak pindah ke Seri Perdana - Marina
Mei 23, 2018 21:14 MYT
Beliau berkata Dr Siti Hasmah sebaliknya meminta orang ramai memberi sumbangan mereka kepada badan amal pilihan masing-masing.
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali tidak akan berpindah ke Seri Perdana, kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia di Putrajaya, kata anak perempuan mereka Datin Paduka Marina Mahathir.
Sebaliknya, mereka akan terus tinggal di rumah sendiri, katanya dalam catatan Facebook beliau hari ini.
"Ia selesa tapi tidak ada ruang lagi untuk barang-barang lain," kata Marina sambil menyampaikan permintaan Dr Siti Hasmah kepada orang ramai supaya tidak lagi mengirim hadiah yang mengiringi perutusan tahniah sempena kemenangan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 pada dua minggu lepas.
Marina berkata sejak kemenangan itu yang dicapai pada 9 Mei, Dr Siti Hasmah menerima begitu banyak ucap selamat daripada orang ramai, serta perutusan tahniah kepada ibu bapanya.
"Beliau amat berterima kasih dan menghargai ingatan tulus ikhlas, doa dan perutusan daripada anda semua. Kebanyakan perutusan ucap selamat itu turut diiringi dengan kiriman bunga, makanan dan hadiah lain," katanya.
Marina seterusnya menulis: "Beliau (Dr Siti Hasmah) meminta saya berpesan supaya tidak perlulah lagi mengirim hadiah kerana mengikut peraturan kerajaan Pakatan Harapan, pertama, semua ahli politik tidak dibenarkan menerima sebarang hadiah kecuali bunga dan makanan.
"Kedua, walaupun hadiah yang diberi itu sederhana sahaja, ia akan memakan banyak ruang. Oleh itu, beliau memohon pefahaman anda supaya tidak mengirim apa jua kepadanya, walaupun menjelangnya Hari Raya," katanya.
Beliau berkata Dr Siti Hasmah sebaliknya meminta orang ramai memberi sumbangan mereka kepada badan amal pilihan masing-masing.
"Perbuatan itu lebih menggembirakan beliau," kata Marina.
Dr Mahathir, 92, kembali menerajui kerajaan selepas mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri Malaysia ketujuh berikutan kemenangan Pakatan Harapan pada pilihan raya umum baru-baru ini sekaligus menjadikan beliau perdana menteri tertua di dunia.
Beliau menjadi perdana menteri Malaysia keempat dari 1981 hingga 2003.
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/tun-dr-mahathir-siti-hasmah-tidak-pindah-ke-seri-perdana-marina-176290
-- BERNAMA
|
|
|
|
|
|
|
|
jauhnya beza ngan kak ros saiz xxxl duplicate @dodolgemok huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus cadangan Tun...menggalakkan org memberi pada yg lebih memerlukan |
|
|
|
|
|
|
|
kalau akak sebelum masuk buat tahlil 44 hari, ruqyah 24/7.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mestilah seram nak duduk situ kan. |
|
|
|
|
|
|
|
Ni alasan untuk tak masuk ke situ....
Aura negative byk sgt...
bkn senang nak bersihkan tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Tanpa idea tun m, xda putrajaya tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
jazaa100 replied at 24-5-2018 08:15 AM
Ni alasan untuk tak masuk ke situ....
Aura negative byk sgt...
Takut hantu belaan kak ros dok ada situ... naya.. |
|
|
|
|
|
|
|
dinopower2 replied at 24-5-2018 05:16 AM
jauhnya beza ngan kak ros saiz xxxl duplicate @dodolgemok huhu
Sesungguhnya penggembala babi tidak diikat pada bulak puasa ini. Amen |
|
|
|
|
|
|
|
leceh kot nak pindah randah dah tua2 ni ni
|
|
|
|
|
|
|
|
sbb kejap je kann...buatpe nak pindah |
|
|
|
|
|
|
|
hahahahaha dh mcm saiz babi ternak
|
|
|
|
|
|
|
|
pindah2 ni makan masa. lgpun duk rmh sendiri lbh selesa. |
|
|
|
|
|
|
|
Rosmah mana duk dkt sana dulu Dia duduk pavilion nuhh ,, hari2 Dia order mkanan dkt restoran Abg Aku , Byk story tapi takut Nk cerita miahahahahah |
|
|
|
|
|
|
|
Regime DSN dah ober ni. Cerita lah!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
rumah Tun M pun kat Seri kembangan je kan...setapak je dr Putrajaya.
Tp apa nasib pekerja kt seri perdana? |
|
|
|
|
|
|
|
zuriey replied at 24-5-2018 01:00 PM
Rosmah mana duk dkt sana dulu Dia duduk pavilion nuhh ,, hari2 Dia order mkanan dkt restoran Abg Aku ...
So kisah yg dia geram mat rempit main moto tu jd masa dia kt pavilion ke? cam tak logik nk komplen sbb area situ mana de mat rempit merempit |
|
|
|
|
|
|
|
najib & rosmah ade kat seri perdana bila ade majlis rasmi jer
bukan dieorg dok situ pun |
|
|
|
|
|
|
|
ala citer je la
|
|
|
|
|
|
|
|
Rumah berpuaka kena bomoh |
|
|
|
|
|
|
| |
|