Bagi orang perempuan, jika tidak bermekap di hari perkahwinan bagaikan tidak lengkap. Lumrah wanita yang ingin sentiasa kelihatan cantik lebih-lebih lagi pada hari bahagianya. Tidak kisahlah sama ada bermekap tebal atau bermekap nipis, wajah perlu dirias agar wajah nampak cantik dan berseri.
Perkahwinan Putera Harry dan Meghan Markle baru-baru ini mendapat perhatian seluruh dunia. Lebih-lebih lagi ramai yang memuji pasangan secocok itu termasuk wajah Meghan yang kelihatan sangat cantik dengan mekap yang tipis.
Seorang pengguna Facebook bernama Ayman Rashdan Wong turut menaikkan status tentang kesederhanaan Meghan dalam mengenakan mekap dalam majlis perkahwinannya. Ia berlawanan dengan sikap wanita sekarang yang suka bermekap tebal dan menutup kecantikan semula jadi mereka.
Tidak dapat dinafikan, ramai netizen yang suka dengan penampilan Meghan dan tidak berhenti memuji kecantikannya. Wajahnya dikatakan dirias sendiri tanpa menggunakan khidmat juru mekap kerana tompok hitam dan jeragat pada mukanya masih kelihatan.
Rupanya ramai juga netizen yang suka dengan mekap yang nipis. Wajah yang tidak dimekap tebal kelihatan lebih cantik, berseri dan semula jadi.
Tetapi, rupanya Meghan menggunakan juru mekap profesional untuk menghasilkan mekap yang seakan-akan tidak bermekap itu. Mekap yang dikenakan pada wajah Meghan adalah yang paling sukar dilakukan oleh juru mekap dan harganya juga mahal. Nampaknya ramai yang tertipu dengan mekap Meghan lebih-lebih lagi golongan lelaki.
Kos untuk mekap dan dandanan rambut Meghan ketika hari perkahwinannya. Mahalnya!!
Sebenarnya, orang lelaki memang sukakan wanita yang bersederhana dan tidak berlebih-lebih dalam bermekap. Lepas ni, ramailah wanita yang akan tampil cantik, berseri dan semula jadi kan? - CARI |