CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 973|Reply: 8

[Tempatan] Nenek Kokesen Ausie Cash DiHukum Gantung

  [Copy link]
Post time 24-5-2018 03:47 PM | Show all posts |Read mode


PUTRAJAYA 24 Mei - Mahkamah Rayuan sebentar tadi memerintahkan seorang nenek warganegara Australia menjalani hukuman mati kerana mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 1,142.8 gram di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), empat tahun lalu.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Mohtarudin Baki yang bersidang bersama Datuk Abdul Karim Abdul Jalil dan Datuk Rhodzariah Bujang memutuskan demikian terhadap Maria Elvira Pinto Exposto, 55, selepas membenarkan rayuan pendakwa raya.

Kuorum berkenaan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan nenek kepada dua orang cucu itu daripada tuduhan tersebut dan menggantikannya dengan hukuman gantung.

Kes itu turut menjadi tumpuan media asing kerana Maria yang pernah bekerja dengan sebuah pertubuhan bukan kerajaan di Timor Leste, dilaporkan terjebak dengan ‘penipuan cinta internet’ dan diperdaya menjadi keldai dadah oleh seorang lelaki dikenali sebagai Kapten Danial Smith yang kononnya pegawai tentera Amerika Syarikat (AS) berpangkalan di Afghanistan.

Wanita itu disabitkan melakukan kesalahan di cawangan pemeriksaan penumpang 1 (CPP1) Balai Ketibaan Antarabangsa, Terminal Utama KLIA, Sepang, kira-kira pukul 3.40 petang, 7 Disember 2014.

Ibu kepada tiga orang anak itu didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Maria diwakili oleh barisan peguam bela diketuai oleh Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah manakala pihak pendakwaan diwakili oleh Timbalan-timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Zain Ibrahim dan Muhammad Azmi Mashud. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/ ... 78792#ixzz5GP3leHXV
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2018 04:00 PM | Show all posts
1kg..??? aduh...ingat tepung cap rama rama kah
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2018 04:05 PM | Show all posts
sangkut kat court of appeal boleh lagi ke federal court
sangkut sana?
huhuhu je la

Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2018 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak nyer bawak..sat gi warga ausie demo sbb mlsia nak gantung rakyat dia..boleh tak kita tukar nenek ni dgn sirul?
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2018 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Simunggu replied at 24-5-2018 04:00 PM
1kg..??? aduh...ingat tepung cap rama rama kah

Ini tepung cap lili tau
Hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2018 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Semakin banyak kes warga Australia jadi pengedar dadah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-5-2018 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Ozzie mampu geram ketap2 bibir je la.. tanak kawan katanya
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2018 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Makanya, janganlah hencap berlebihan perempuan-perempuan Melayu yang terkena panahan cinta asmara kaldai dadah ni. Nenek warga Kokesen pun sama jua...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2018 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Aussie pakat angkut dadah to thai.. Mesia.. Indon.  
Rakyat mesia pakat brrduyung duyung gi merempat kat sana nak kutip anggur apple
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:09 PM GMT+8 , Processed in 0.251166 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list