Rupa rupanya Izam EYE ni hanya melengkapkan kuota jahhhh sbg peserta GGV musim 1, last year....
habis jatuh imej heols katanyehhhhh, heols sakit hati sesangattttt masa minggu penyingkiran tu......nyanyi lagu afghan...bukan level heols kottttt...huhuuu...tak kena jiwa yg acah acah rock lettewwww
apa komen chuols?????
petikan mStar :
[size=0.875em]VOKALIS kumpulan EYE iaitu Ezam menyifatkan penyertaannya menerusi program Gema Gegar Vaganza musim pertama (GGV) tahun lalu adalah sebagai kesilapan besar. [size=0.875em]Ezam atau Mohd Izam Arshad, 50, berkata, keputusannya menyertai program itu sekadar untuk mencukupkan korum dan ia telah menjatuhkan imejnya sebagai penyanyi. [size=0.875em]"Sejak awal lagi saya hairan juga mengapa tiada uji bakat dilakukan dan saya diserap masuk terus dalam program itu rupa-rupanya saya hanya pelengkap. [size=0.875em]"Minggu kedua persembahan hati saya sudah tawar dengan GGV dan tidak kisah sekiranya tersingkir kerana jelas komen diberikan juga tidak adil dan cuba menjatuhkan imej saya. "Pada minggu ketiga pertandingan memang hati saya sakit sangat dan langsung tiada hati untuk menyanyi dan lega apabila tersingkir," katanya kepada mStar Online. Dalam pada itu, Ezam berkata, GGV tidak memberikan impak terhadap kariernya selepas dia tersingkir selain kehidupannya berjalan seperti biasa seperti mana sebelum menyertai program itu. Sebaliknya kata Ezam, kariernya mula memberikan impak sejak bulan lalu apabila video persembahannya di Kuantan, Pahang menjadi tular sehingga mendapat tiga juta tontonan di laman sosial. "GGV tidak beri impak kuat kepada karier saya malah ia menjatuhkan imej saya dan nama saya hanya kembali tular selepas video persembahan saya tular di laman sosial. "Memang tidak sangka video tersebut mendapat tontonan 3 juta dan ia petanda baik untuk karier saya," katanya. Dalam perkembangan lain, Ezam berkata, dia bersama EYE sedang dalam proses menghasilkan lagu terbaharu yang mengetengahkan konsep ketuhanan. Selain itu, mereka juga akan mengadakan konsert reunion selepas ia mendapat permintaan tinggi peminat.
hmETRO :
GGV tak membantu pun' - Izam E.Y.EPENYANYI kumpulan E.Y.E, Izam, 49, akui penyertaannya pada Gema Gegar Vaganza (GGV) musim pertama pada 2017 menjatuhkan dan bukan membantu menaikkan semula namanya kembali ke dalam industri. "Penyertaan saya di dalam GGV itu ibarat mencukupkan 'korum' sahaja dan saya memang sangat kecewa pada waktu itu. "Bagaimanapun, nama saya dan E.Y.E betul-betul naik semula selepas membuat persembahan di Kuantan pada bulan lalu," katanya.
Vokalis kumpulan yang popular dengan lagu Izinkan Selamanya Namamu Di Hati ini mendakwa E.Y.E mula disebut peminat selepas klip rakaman persembahan mereka di sana, tular dan ditonton dipercayai lebih tiga juta kali di laman sosial. Katanya, dari situlah baru kelihatan impak yang benar-benar membuka mata peminat bahawa mereka tidak pernah berpecah. "Sebelum penyertaan saya di dalam GGV, E.Y.E sudah ada tawaran persembahan sama ada secara solo atau berkumpulan seperti biasa. "Kami masih bersama cuma mungkin pemain basis sahaja yang bertukar mengikut peredaran masa," kata Izam. Izam ditemui pada sidang media acara membeli belah Havoc Raya 2018 di Kuala Lumpur, turut mendedahkan E.Y.E mendapat tawaran mengadakan mini konsert 'reunion' yang bakal diadakan pada 18 Ogos depan. Bagaimanapun, butiran lanjut mengenai konsert ‘reunion’ itu belum dapat didedahkan lagi kerana mereka belum menandatangani sebarang kontrak berkaitan.
|