View: 654|Reply: 3
|
[Tempatan]
Bapa tiri durjana dijel
[Copy link]
|
|
PETANI dijatuhi hukuman penjara 13 tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu hari ini, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan merogol anak tirinya berusia 14 tahun lapan bulan, pada November 2016.
Ketika pertuduhan dibacakan dalam bahasa Dusun di hadapan Hakim Noor Hafizah Mohd Salim, tertuduh hanya tunduk dan mengaku bersalah.
Tertuduh, 35, didakwa melakukan kesalahan itu di rumahnya di Tamparuli, Tuaran dan didakwa mengikut Seksyen 376 (2)(d) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman sehingga 30 tahun penjara dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.
Difahamkan, isteri tertuduh yang juga ibu kandung mangsa bekerja di Kuala Lumpur dan meninggalkan tiga anaknya termasuk mangsa tinggal bersama tertuduh.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Dinesh Raja manakala tertuduh diwakili peguam Henry Gudid.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Mei 2018 @ 3:38 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Jilaka..
Harapnya masuk penjara..jangan kasi sabun jatuh ya |
|
|
|
|
|
|
|
Bodohnya mak kau.. x belajar ker.. ada tinggalkan anak pompuan gitu je kat pak tiri.. sedang bapak pun mkn anak, lagilah pak tiri ooooooiiii |
|
|
|
|
|
|
|
X larat dh kompmen kesengalan mak2 gini
Ai lebih tertarik kat mahkamah
Pertuduhan dibacakan dlm dialek tempatan
Baru tau ada gitu
|
|
|
|
|
|
|
| |
|