CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: aku8055

[Tempatan] Bonus Raya 2018. Dapat Ke Tak?

  [Copy link]
Post time 25-5-2018 12:08 AM | Show all posts
chazey replied at 24-5-2018 09:28 PM
Dapat kan? Tapi katanya tengok gaji. Gaji 5k ke atas diharap hentikan berangan tentang bonus raya ya ...

tak dapatlah

ni kat kosmo

KUALA LUMPUR - Mesyuarat pertama Kabinet kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Putrajaya hari ini telah memutuskan 15 perkara seperti berikut:   

                              
  • Majlis Profesor Negara dibubarkan
  • Gaji Jemaah Menteri dikurangkan 10 peratus
  • Harga petrol kekal
  • SPAD dibubarkan, diserap di bawah ke Kementerian Pengangkutan
  • Kerajaan komited dalam usaha mengurangkan hutang negara berjumlah RM1 trilion
  • GST sifar mulai 1 Jun
  • Kerajaan akan meneliti  semula gaji dan bayaran elaun pegawai kerajaan berpangkat tinggi
  • Semua kontrak dan projek rundingan langsung akan disemak atau dimansuhkan
  • Semua pelantikan berkaitan dengan politik dan kerajaan di dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan dikaji semula.
  • Pejabat risikan luar Malaysia akan dikaji semula
  • Akta Antiberita Tidak Benar 2018 akan dimansuhkan
  • Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull dilantik berdasarkan pengalaman beliau dalam kes 1MDB dan berani serta tidak berpihak dalam menjalankan tugas.
  • Tiada sebarang komen tentang projek PR1MA buat masa ini.
  • Tidak ada campurtangan politik di Proton, bergantung kepada apa yang  Tan Sri Syed Mokhtar Bukhary dan Geely mahu lakukan.
  • Bonus dan kenaikan gaji penjawat awam, tidak akan dilaksanakan sebab ia adalah janji pihak Pembangkang dan bukan kerajaan sekarang.

hahahaha

            

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2018 12:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Leeanne88 replied at 24-5-2018 08:49 PM
Bukan tun dah bagitau tak dapat ke? Takde kenaikan gaji dan bonus sebab yang tu kerajaan sebelum ni  ...

Rasanya x dapat. Bukan tun yg janji
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2018 12:52 AM | Show all posts
tak dapat bonus pun tak pa. rakyat sedia berkorban.  rakyat semakin matang nowadays
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2018 01:05 AM | Show all posts
AbukRokok replied at 25-5-2018 12:08 AM
tak dapatlah

ni kat kosmo

ye. berita yg sahih memang ZERO BONUS.   tadi dah baca kat   http://www.kosmo.com.my/terkini/ ... ma-kabinet-1.678103

utk pengetahuan, fokus utama kerajaan ialah bayar hutang 1 trillion.  mungkin lebih byk janji2 manifesto tak dapat ditunaikan sebab keutamaan kerajaan baru sekarang ialah bayar hutang 1 trillion. antara lain keputusan kerajaan adalah spt berikut:

1. Kerajaan akan meneliti  semula gaji dan bayaran elaun pegawai kerajaan berpangkat tinggi (penjawat awam yg undi PH tak perlu sedih. ini pengorbanan namanya)

2. Bonus dan kenaikan gaji penjawat awam, tidak akan dilaksanakan sebab ia adalah janji pihak Pembangkang dan bukan kerajaan sekarang (klu rakyat matang, mrk akan terima keputusan krjn dgn hati terbuka).

3. Tiada sebarang komen tentang projek PR1MA buat masa ini (kos amat tinggi utk laksanakan projek PRIMA. fokus utama ialah bayar hutang 1 trilion)

4. Harga petrol kekal, tidak akan turun (turun harga minyak bermakna berbilion subsidi kerajaan perlu bayar setiap bulan. hutang negara 1 trillion akan bertambah)

Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2018 11:03 AM | Show all posts
Edited by Simunggu at 25-5-2018 11:05 AM

kalau BN hari ada...tapi PH mcm tiada janji...sorry lah

nanti adalah macai macai PH cakap " kami sanggup berkorban bayar tol, bayar gst, tiada bonus, tiada naik gaji demi menyelamatkan ekonomi negara"....bodoh piang punya statment
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2018 05:06 PM | Show all posts
Kerajaan pertimbang bantuan Aidilfitri penjawat awam

http://www.sinarharian.com.my/nasional/kerajaan-pertimbang-bantuan-aidilfitri-penjawat-awam-1.838771

Kerajaan pertimbang bantuan Aidilfitri penjawat awam
25 MEI 2018

PUTRAJAYA -  Kementerian Kewangan akan mengusulkan cadangan kepada Perdana Menteri berkenaan bantuan Aidifitri yang bakal menjelang, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Beliau berkata cadangan itu akan diutarakan bagi membantu penjawat awam yang bergaji rendah untuk menyediakan persiapan menyambut Hari Raya.

“Untuk Hari Raya ini, ada yang bertanya (tentang bantuan), tapi saya harap tuan-tuan dan puan-puan bertimbang rasa kerana keadaan ekonomi (negara) yang kurang baik,” katanya ketika menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian itu, perhimpunan pertamanya selepas memegang jawatan berkenaan.

Lim juga berkata bantuan tersebut ditujukan kepada golongan berjawatan rendah, dan jumlah bantuan itu akan diumumkan Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kita cuba menonjolkan imej kepimpinan melalui teladan, kita tidak memotong gaji penjawat awam, sebaliknya gaji menteri Kabinet dipotong sebanyak 10 peratus... ini dipersetujui dalam mesyuarat Kabinet pertama Pakatan Harapan.

“Dan mesej yang hendak kita sampaikan ialah ekonomi Malaysia berdepan dengan masalah kerana ketirisan dan penyelewengan wang yang terjadi sebelum ini,” katanya.

Lim menjelaskan bahawa kerajaan berdepan isu fiskal dan hutang negara, di mana kedudukan kewangan negara tidak selari dengan apa yang sebarkan kepada rakyat.

“Bagaimana pun,  janji hendaklah dipegang teguh walaupun ia bertembung dengan posisi fiskal negara,” katanya, sambil menambah bahawa beliau akan menyatukan sistem dan laporan kewangan negara dalam minggu pertama menjalankan tugas sebagai menteri kewangan.

Laporan tersebut dijangka dapat memberi gambaran jelas mengenai prinsip asas ekonomi, dan tiada maklumat yang akan dirahsiakan.

“Kita juga akan meminta syarikat penarafan terkemuka seperti Pricewaterhouse Copper membantu kita dalam melancarkan lagi proses ini,” katanya.

Ini penting dalam mengimbangkan kedudukan fiskal negara dan janji-janji yang dibuat oleh Pakatan Harapan semasa kempen Pilihan Raya ke-14.

Lim juga berharap Malaysia akan menjadi negara yang menerapkan aspek keusahawanan dan pada masa yang sama, menjaga kebajikan rakyatnya.

“Keusahawanan dan kebajikan boleh berjalan selari, dan Pulau Pinang merupakan contoh pelaksanaannya yang berjaya,” katanya. - Bernama

Reply

Use magic Report

Follow Us
12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 02:01 PM GMT+8 , Processed in 0.055906 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list