CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1610|Reply: 13

[Tempatan] PAS Terengganu Amalkan Politik Matang. Terima Pembangkang Tawar Kepakaran. Akhir

[Copy link]
Post time 24-5-2018 11:40 PM | Show all posts |Read mode
        KUALA TERENGGANU – Pengerusi Pakatan Harapan Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah bersedia membantu kerajaan negeri pimpinan Pas ‘membina Terengganu semula’ yang selama ini terkenal dengan gelaran negatif darul runtuh.
        Raja Kamarul Bahrin berkata, tawaran itu khusus dalam aspek penyelesaian projek-projek mega di bawah kerajaan terdahulu yang banyak terbengkalai dan ia seiring dengan kepakaran sebagai arkitek yang dimiliki beliau.
        Perkara itu katanya dinyatakan secara tidak rasmi kepada Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ketika beliau mengadakan kunjung hormat kepada Adun Rhu Rendang itu di Wisma Darul Iman, di sini semalam.
        “Perbualan antara Menteri Besar dengan saya berkisar tentang usaha bagaimana hasrat kami untuk membina semula negeri dan negara selepas PRU14.
        “Masalah menyelesaikan membina semula projek-projek sakit dan runtuh negeri yang diwarisi dari kerajaan BN-Umno dibincang oleh Menteri Besar yang juga merupakan seorang jurutera dan saya, seorang arkitek.
         “Kami sama-sama berhasrat untuk melihat Terengganu maju dan memulihkan kembali projek-projek sakit peninggalan BN dan Umno,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, di sini hari ini.
        Menurut Raja Kamarul Bahrin, terdapat beberapa projek sakit di negeri ini dengan anggaran nilai keseluruhan mencecah RM1 bilion, antaranya Taman Ilmu di Besut dan kawasan bebas cukai Tasik Kenyir di Hulu Terengganu.
        Tempoh pilihanraya sudah pun tamat dan setelah mendengar banyak polemik menjelang PRU14 beliau berkata, rakyat kini ingin melihat kenyataan dan kerja-kerja positif dari semula pihak.
        Sehubungan itu, Raja Kamarul Bahrin berharap kedua-dua pihak yang memegang kuasa pemerintahan pusat dan negeri yang sebelum ini pernah menjadi pembangkang menumbangkan BN dapat mencari titik persamaan demi kebaikan rakyat.
        “Sebagai Pengerusi Harapan Terengganu, saya mengambil sikap proaktif untuk cuba memelihara suasana supaya rakyat negeri ini tidak ketinggalan.
        “Kenyataan Tun Dr Mahathir yang Terengganu akan mendapat wang royalti disambut baik oleh rakyat dan diri saya sendiri. Perbincangan bersama seterusnya akan menetapkan cara serta formula pembahagian wang royalti ini.
        “Lebih baik kita duduk berbincang secara berhemah dan konstruktif untuk kebaikan bersama demi rakyat dan negara,” katanya.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kalau Pakatan yang menang, mesti angkuh tak nak terima kepakaran dr pembangkang. Nasib MB Terengganu ni leh terima pengkhianat parti ni nk tawarkan kepakaran dia sbb kesejahteraan Rakyat Terengganu lagi penting dari Kepentingan Parti. Inilah yg dinamakan Politik Matang. Mungkin Terengganu bakal menjadi contoh Kerajaan Teknokrat yg selama ni diperjuang PAS.

Tp kalau cai PH nmpk yg dtg tu org BN, mesti setahun meratip UG UG UG UG

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2018 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
PH datang menyodol nak dptkan credit 5thn lg. Boleh ke berbaik ngn pak lebai ug umno.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2018 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Begitu mulia sekali Pakatan Harapan nak tolong rakyat walau tak menang satu kerusi pon kat Ganu

Tengok Pakatan yg initiate kerjasama repair atap stadium Sultan Mizan, sambung semula projek Knowledge Park yg terbengkalai kat tembila... sama2 jayakan projek2, sama2 berkhidmat. Ini baru betul. Dgn kerjasama, boleh pastikan dana digunakan sepenuhnya utk pembangunan, bukannya divert utk tujuan lain

Tapi kena tengok lah. Sesetengah warga Ganu taknak pembangunan, nak Hadi, nak Najib. Kene respek lah kehendak warga setempat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2018 12:20 AM | Show all posts
Edited by Body_language at 25-5-2018 12:25 AM
taikor replied at 25-5-2018 12:16 AM
Begitu mulia sekali Pakatan Harapan nak tolong rakyat walau tak menang satu kerusi pon kat Ganu :lol ...

Lagi Mulia PAS sbb terima wlpn tau itu tactic nk raih undi PRU 15.

Lagi satu bukan pakatan harapan, tp Raja Bahrin je. Dia x ckp pon PH nk tolong. Dia ckp dia yg nk tolong.

Bila masa plak org ganu nk Najib. Kan BN kalah. Mimpi ke?

Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2018 12:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Body_language replied at 25-5-2018 12:20 AM
Lagi Mulia PAS sbb terima wlpn tau itu tactic nk raih undi PRU 15.

Lagi satu bukan pakatan hara ...

Jgn cakap mcm tu... Itu BN baru main taktik2. Harapan ikhlas ni...

Raja Bahrin kan pengerusi Harapan Ganu. Dia nak jadi orang tengah. Ini la formula kami formula kemenangan rakyat

BN dpt kerusi kan kat sane kan? Harapam takdak. So, betul lah warga Ganu nak Hadi, nak Bijan, nak duit
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2018 12:47 AM | Show all posts
taikor replied at 25-5-2018 12:43 AM
Jgn cakap mcm tu... Itu BN baru main taktik2. Harapan ikhlas ni...

Raja Bahrin kan pengerusi Ha ...

Kata2 org Kalah. Aku tgk ko meroyan pasal pantai timur dah mcm tobby meroyan BN kalah federal. So sad
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-5-2018 01:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Die nI dulu femes isu pere but an ank
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2018 05:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa kepakaran taliban selain jatuh hukum kat org?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2018 06:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah PH ber UG dgn PAS di terengganu walupun x menang 1 pon kerusi.

Allahuakhbar rooo
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2018 06:20 AM From the mobile phone | Show all posts
taikor replied at 25-5-2018 12:16 AM
Begitu mulia sekali Pakatan Harapan nak tolong rakyat walau tak menang satu kerusi pon kat Ganu :lol ...

I think terengganu ni mcm dr dulu lg seolah pemikirannya lebih berpaksi pada isu calon setempat compared to isu nasional. Apepun sbnrnya ramai yg frust dgn BN negeri tu yg ramai duk pangkah PAS. Bukannya favour kt pas sgt rasanya. PH pun rasenye takde target terengganu  sbb mmg payah nk baca pikiran diorg ni. Satu lg najib katenye kerap sgt turun ke trg menjelang pru baru2 ni mmbuatkan org terengganu makin menyampah kat BN.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2018 06:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Body_language replied at 25-5-2018 12:47 AM
Kata2 org Kalah. Aku tgk ko meroyan pasal pantai timur dah mcm tobby meroyan BN kalah federal. So  ...

Kau xtgok lobai2 cam kau meroyan kat ph? Org semua dah move on, lobai2 masih dok cita pasal pru14 kahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2018 08:29 AM | Show all posts
tengok siapa lebih pro...siaplah kau check & balance...
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2018 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
taikor replied at 25-5-2018 12:16 AM
Begitu mulia sekali Pakatan Harapan nak tolong rakyat walau tak menang satu kerusi pon kat Ganu :lol ...

mulia hati orang Pas ni ,menerima balik orang yang pernah kutuk pitnah mereka bermcm macam. tak busuk hati macam org tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2018 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
orang PH ke yang meroyan dah lah satu manisfesto tak dpt dijanji kan.. kene pulak bodohkan pulak di Rafidah.
masih nak tuduh org macam macam. menyesal ke tu ?ke sebab nak sedapkan hati sendiri?. insaf2 lah bulan puasa ni' bawak mumasabah diri sikit.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:37 PM GMT+8 , Processed in 0.070581 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list