CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2984|Reply: 27

[Tempatan] Mavcom pun tiada guna, patut bubar; Apa lagi agensi/jabatan yang anda rasa patut

[Copy link]
Post time 25-5-2018 12:35 AM | Show all posts |Read mode
Edited by xanderz at 25-5-2018 12:37 AM

"Apa peranan Mavcom, dua tahun operasi duit dah habis"





PETALING JAYA: Selepas pengumuman pembubaran Majlis Profesor Negara (MPN), Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), kini timbul tanda tanya mengenai kedudukan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom).

Netizen mula mempersoalkan peranan dan kepentingan Mavcom kerana didakwa tidak membawa impak yang signifikan kepada negara. Presiden Persatuan Pengguna Pengangkutan Awam Malaysia (4PAM), Ajit Johl (gambar) menggesa kementerian pengangkutan supaya meyemak fungsi Mavcom dan mencadangkan agar ia juga dibubarkan. "Sehingga kini saya tertanya-tanya apa peranan Mavcom, mereka dakwa telah buat banyak kerja.

"Mavcom ni dapat dana daripada pentadbiran sebelum ini dan selepas dua tahun beroperasi, duit dah habis," katanya kepada mStar Online pada Khamis. Tambah Ajit, Mavcom turut gagal mengawal Caj Perkhidmatan Penumpang (PSC) sehingga membebankan pengguna. Sebelum ini media melaporkan, Mavcom mengumumkan semakan semula PSC bagi destinasi penerbangan antarabangsa selain Asean di di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) yang dinaikkan kepada RM73 daripada RM50 bermula 1 Januari 2018.

Menurut Ajit, kegagalan Mavcom mencari jalan untuk mampan (sustainability) adalah suatu perkara yang memalukan dan pembaziran dana awam.
Dalam pada itu, beliau berkata, walaupun masih terlalu awal untuk menilai prestasi menteri pengangkutan baharu Anthony Loke Siew Fook, Ajit berasa menteri tersebut berada di landasan yang betul. "Kami berharap akan ada kerjasama lanjut antara Kementerian Pengangkutan dengan badan bukan kerajaan yang memberikan manfaat kepada negara dan rakyat," katanya.


sumber : mstar

P/S:- So apa cadangan warga cari sekalian? Mungkin ada agensi/jabatan yang perlu dimansuhkan (mcm JASA) atau diserap ke kementerian (mcm SPAD) yang anda rasa patut dibuat?? Sila senaraikan....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2018 12:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Lepas saman AirAsia, dpt duit lah. Mavcom mampu
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2018 01:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Ape keje dorg ek. Mostly CAAM dan unit2 dlm tu yang buat banyak keje dn dorg hnya spoonfed amik data je sambil goyang kaki

I vote mansuhkan je
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2018 01:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Dca kn dh ada
Motif sgt mavcom ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2018 01:52 AM From the mobile phone | Show all posts
mavcom ni tak bertindih dengan DCA ke?
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2018 02:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Vote mansuh. Bazir wang negara saja.

Cadangan lain utk mansuh:
1. Litar sepang.
2. Pertahanan Awam .. Bertindih dgn Bomba
3. Rela.  Bertindih dgn Wataniah
4. PLKN.
5. Giat Mara. Bertindih dgn IKM
6. SPRM. Bertindih dgn pdrm



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-5-2018 02:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Satu lagi UPP.. Unit pencegah penyeludupan. Serap semua kembali ke pdrm. Buang karan byr terlalu ramai pegawai tinggi. Anggota yg ada boleh lapor terus kpd pegawai pdrm sedia ada.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2018 02:47 AM | Show all posts
kak mona BN bertindih dengan tobby mohon  sorok celah kopek big mama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2018 04:42 AM | Show all posts
shahgti replied at 25-5-2018 02:04 AM
Vote mansuh. Bazir wang negara saja.

Cadangan lain utk mansuh:

uit giat mara mana bertindih dengan ikm
giat mara banyak bantu orang yang betul2 gagal dalam akademik tapi melatih kemahiran
nak masuk ikm kena ada akademik

do research again


Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2018 04:54 AM From the mobile phone | Show all posts
shahgti replied at 25-5-2018 02:04 AM
Vote mansuh. Bazir wang negara saja.

Cadangan lain utk mansuh:

...1) Apmm bertindih dgn Polis marin/Tldm
2) Jakim bertindih dgn Jab Agama Negeri2
3) Kemas bertindih dgn Jab Perpaduan
3) Lppkn bertindih dgn KKM
4)
5)
6) sila tambah
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2018 06:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Mansuh ppbm. Bertindih dgn amanah.  Hehe
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2018 06:17 AM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 25-5-2018 04:54 AM
...1) Apmm bertindih dgn Polis marin/Tldm
2) Jakim bertindih dgn Jab Agama Negeri2
3) Kemas ber ...

kaka cili kena tindih dengan vokuro wakaka
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2018 06:18 AM From the mobile phone | Show all posts
tobby replied at 25-5-2018 06:08 AM
Mansuh ppbm. Bertindih dgn amanah.  Hehe

Yup. MCA boleh bergabung dgn gerakan. MIC boleh bergabung dgn myPPP. MIC nak bergabung dgn umno pun boleh. Nama parti melayu tapi penuh dgn keling & indon. Parti yg byk2 dkt sabah& sarawak pun boleh bergabung jadi satu parti ja
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2018 06:20 AM From the mobile phone | Show all posts
nikaido replied at 25-5-2018 06:18 AM
Yup. MCA boleh bergabung dgn gerakan. MIC boleh bergabung dgn myPPP. MIC nak bergabung dgn umno pu ...

Mansuh Tun ganti Anwar.   Hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2018 08:09 AM | Show all posts
pyropura replied at 25-5-2018 04:54 AM
...1) Apmm bertindih dgn Polis marin/Tldm
2) Jakim bertindih dgn Jab Agama Negeri2
3) Kemas ber ...

yes LPPKN bertindih ngn KKM
better serap je kt KKM
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2018 08:18 AM | Show all posts
TALENT CORP pula patut bubar. biar Jabatan Imigresen je handle

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2018 08:22 AM | Show all posts
10 ) permata negara bertindih ngan beg2 mahal ....
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2018 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
monkaS replied at 25-5-2018 04:42 AM
uit giat mara mana bertindih dengan ikm
giat mara banyak bantu orang yang betul2 gagal dalam akad ...

Jangan kacau giat mara.. program tu ada manfaat
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2018 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
reenz013 replied at 25-5-2018 08:09 AM
yes LPPKN bertindih ngn KKM
better serap je kt KKM

LPPKN tu agensi apa ye..mcm x tahu pun wujud agensi ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2018 08:32 AM | Show all posts
xaxixuxexo replied at 25-5-2018 08:29 AM
LPPKN tu agensi apa ye..mcm x tahu pun wujud agensi ni

Lembaga penduduk dan pembangunan keluarga negara
dulu lbh dikenali sbg perancang lembaga

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:53 PM GMT+8 , Processed in 0.473746 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list