Sudah menjadi lumrah menjadi seorang yang dikenali apabila setiap yang dilakukan akan mendapat perhatian ramai lebih-lebih lagi jika seseorang itu aktif di media sosial. Begitulah yang berlaku pada Ameera Khan atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan (LMK) ini yang tidak pernah sunyi dengan kontroversi.
Sungguhpun kerap dikecam, namun ianya langsung tidak menjatuhkan semangat adik kepada pelakon,pengacara dan usahawan terkenal Neelofa ini.
Terbaru, foto dan status yang dimuat naik oleh Ameera mendapat pelbagai reaksi daripada pengikutnya di Instagram, @littlemisskhan.
"Cincin baru, teman lelaki baru #gurauan"
Ramai yang tertanya-tanya jika gadis yang berusia 18 tahun ini sudah putus dengan kekasih hatinya, Suhail Zulhasnan yang merupakan anak kepada Duta Besar Malaysia di Amerika Syarikat; Tan Sri Datuk Seri Utama Zulhasnan Rafique.
Sudah putus dan ianya bukan gurauan..
Dah 'unfollow' Instagram masing-masing..
"Ameera deserve better"
Hasil tinjauan kami mendapati kedua-duanya sememangnya tidak lagi mengikuti akaun masing-masing di platform Instagram. Gambar-gambar yang menunjukkan kemesraan mereka berdua semasa dilamun cinta juga sudah dibuang daripada akaun masing-masing.
Bagaimanapun, tiada kenyataan yang dibuat oleh si cantik ini berhubung perkara tersebut.Kalau betul pun, takpe awak muda lagi, cantik pulak tu. Pasti ramai yang nak, kan! -CARI |