Nampaknya komen Dira Abu Zahar menjadi perhatian rakan artis yang lain yang menyifatkan Dira tidak sepatutnya memberi komen sebegitu kepada YB Syed Saddiq.
Foto: IG Sharifah Amani
Sharifah Amani sebenarnya berbangga dengan Dira yang masih meneruskan perjuangan memartabatkan anak bangsa tetapi tidak memahami mengapa Dira menimbulkan persoalan yang kurang matang di laman sosial melalui status Syed Saddiq yang sedang menonton bola.
Status Syed Saddiq tersebut hanyalah gurauan semata-mata ketika menyaksikan perlawanan Liverpool dan Real Madrid namun diambil serius oleh Dira yang menyatakan dia sebagai “YB budak-budak”.
Foto: IG Dira Abu Zahar
Amani membidas Dira yang seperti menyamakan kedudukan dirinya dengan orang lain dan seharusnya dia lebih memberi fokus kepada agenda perjuangan dia bersama parti.
Foto: Twitter Sharifah Amani
Di akhir perbualan kedua-duanya mengambil perkara tersebut sebagai suatu yang positif. Memang benar jika kita sering mengata atau menyindir antara satu sama lain sampai bila pun tiada penyelesaian.
Foto: IG Sharifah Amani
Foto: IG Dira Abu Zahar
Kata-kata Amani sememangnya matang dan sangat positif untuk sama-sama bangkit dan betulkan kesilapan. Harap Amani sentiasa lantang bersuara untuk membantu memajukan industri seni. - CARI |