CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3026|Reply: 5

"Kenapa Abang Jadi Anak Mak?" - Tengok Apa Jawapan Ibu Lelaki Ini Kepa

[Copy link]
Post time 28-5-2018 04:29 PM | Show all posts |Read mode




Menjelang Aidilfitri ini, pasti akan ada iklan-iklan yang bertemakan kekeluargaan ataupun elemen ibu bapa yang menyentuh hati penonton seperti dialami netizen ini.









Adham Azmi (@amir_aderers) memuat naik posting di Twitter bahawa dia turut berasa terkesan dengan sebuah iklan yang ditontonnya, lantas menghantar pesanan menerusi aplikasi WhatsApp kepada ibunya sebagai tanda menghargai jasa dan pengorbanan ibunya selama ini.








Baru nak fefeeling, ibunya membuat lawak pula! Ibu Adham membalas WhatsApp itu dengan meme dialog dari filem P. Ramlee iaitu filem Anakku Syazali.


"Abang jangan salahkan ibu yang mengandung" dan sekeping meme dengan kapsyen "bapaklah yang bersalah dalam hal ini".








Mungkin sekali dengar agak kasar, tetapi itu hanyalah gurauan ibu Adham kepadanya semata-mata, bahkan dalam tweet yang seterusnya Adham turut menerangkan bahawa ia hanyalah gurauan seorang ibu kepada anaknya.


Netizen juga tidak ketinggalan rasa terhibur dengan perbualan dua beranak ini kerana bagi mereka cara ibu Adham membalas WhatsApp itu adalah sesuatu yang melucukan.




Foto: Twitter




Jadi, apa kata dengan masa yang ada ini kita ambil kesempatan untuk mengirim mesej kepada ibu bapa untuk menzahirkan penghargaan anda terhadap mereka selama ini. Mungkin ibu bapa anda juga akan membalas dengan sesuatu yang melucukan seperti ibu Adham, siapa tahu kan? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2018 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
poyo la kak hasanah..attention seeker{:nose{:nose
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2018 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
apa benda ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2018 12:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Bosan dh
Lepas sorang
Sorang
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2018 02:28 PM | Show all posts
ntah yer ntah idok...cepat je mak dia cari meme and sent. macam x caye je..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2018 02:30 PM | Show all posts
Attention seker. Bende camtu pon nak ckp kat donia ke. Eeeuwwww. Dah xde bnde yh private dah ke orang2 sekarang ni. Euuwwww.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 01:40 PM GMT+8 , Processed in 0.043382 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list