View: 2658|Reply: 12
|
[Tempatan]
Kebun sayur dalam balai bomba
[Copy link]
|
|
MARANG – Berkat berbudi pada tanah yang luasnya hanya sekangkang kera, sepasukan anggota Balai Bomba Dan Penyelamat Wakaf Tapai kini tersenyum puas apabila mampu menjana pendapatan.
Suraiti (kanan) meluangkan masa bersama pegawainya memetik bendi di kebun sayur dalam perkarangan balai bomba.
Malah pendapatan sampingan menerusi jualan hasil kebun sayur yang dijual di Pasar Wakaf Tapai itu turut dikongsi dengan pelatih 'istimewa' di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti di Wakaf Tapai.
Bahagian tepi bangunan balai bomba itu kini kelihatan menghijau dengan pelbagai jenis sayur antaranya kacang bendi hijau dan merah, kacang panjang, kangkung serta pokok pisang, nangka dan serai.
Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Wakaf Tapai, Suraiti Ariffin berkata, sebelum ini beliau menyarankan anggotanya agar menyahut cabaran menjadikan aktiviti pertanian sebagai mengisi masa lapang.
Menurutnya, projek itu kemudiannya dimulakan pada awal April lalu dan kini telah membuahkan hasil sehingga mampu menjana pendapatan untuk kegunaan kebajikan dan rekreasi anggota balai bomba itu.
"Tiga pasukan yang menyahut cabaran ini telah berjaya melaksanakan projek ini dengan menanam kangkung, cili hijau, bendi hijau dan merah, kacang panjang, nangka, mempelam dan pisang serta tanaman serai.
"Hasil dari pokok serai yang ditanam sebanyak hampir 60 pokok dan sayuran lain dijual di Pasar Wakaf Tapai membawa pulangan tunai kepada pasukan itu sendiri dan dikumpulkan dalam tabung pasukan.
"Dalam masa sama, hasil tanaman ini juga turut dikongsikan dengan anak anak (pelatih) 'istimewa' di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Wakaf Tapai," katanya ketika ditemui Sinar Harian, hari ini.
Meskipun hanya berkebun secara kecil-kecilan, pulangan dikutip anggota bomba terbabit menerusi hasil menjual sayur juga agak lumayan dan mampu mengumpul wang jualan sebanyak lebih RM1,000.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Yelah..smbil bam bomba standby on duty....baek lah berkebun ye tak.... |
|
|
|
|
|
|
|
Awww...Sweetnya abam2 bomba. Kalau bukan siram air ke bangunan terbakar, pastinya siram air ke atas pokok2 sayuran yang kelayuan dek panas matahari... |
|
|
|
|
|
|
|
Best kan boleh menanam makanan ni. Rajin abang2 bomba ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Akhirnya ada jugak cite bkn politik.goodluck abam bomba |
|
|
|
|
|
|
|
sehat2 tanamannya. syabas habang bomba. |
|
|
|
|
|
|
|
Off-topic. Aii cukup tak berkenan dgn uniform bomba sekarang. Dah mcm kueh kek lapis warna warni! |
|
|
|
|
|
|
|
aktiviti sihat
duit pun salur ke tempat sepatutnya
idaklah nanti nak buat majlis kahwin anak pun guna bajet negara...ehhhh
family day boleh la meriah-merriah
jangan nanti ada netizen busuk ati claim bomba lambat sampai ke lokasi kejadian sebab bercucuk tanam
|
|
|
|
|
|
|
|
DARSITA replied at 3-6-2018 05:28 AM
Off-topic. Aii cukup tak berkenan dgn uniform bomba sekarang. Dah mcm kueh kek lapis warna warni!
Ni adalah versi fruit cake..
|
|
|
|
|
|
|
|
hahahaha ya tepat fruit cake!
|
|
|
|
|
|
|
|
Rajinnya abang2 bomba. Dah tambah kesibukan tugas pula. Mungkin sebahagian aktiviti riadah kot. |
|
|
|
|
|
|
|
Ini baru Malaysia Baru, tak pemalas kan. Hebat abang bomba sekarang. |
|
|
|
|
|
|
| |
|