View: 1614|Reply: 10
|
[Tempatan]
Terjun perigi diseru 'suara'
[Copy link]
|
|
WARGA emas mendakwa mendengar 'suara ghaib' hingga menyebabkannya terjun ke dalam perigi di sebuah rumah terbiar di Kampung Lembah Sireh, Kota Bharu, hari ini.
Bagaimanapun, mangsa Derahim Awang, 67, tidak cedera dan dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) bagi mendapatkan rawatan.
Difahamkan, lelaki itu bertindak terjun ke dalam perigi sedalam 0.5 meter itu yang terletak 30 meter dari rumahnya pada 11.30 pagi.
Kejadian itu disedari oleh keluarganya sebaik kelibat mangsa tidak kelihatan lalu keluar mencarinya di sekitar kampung termasuk ke rumah terbiar dan menuju ke perigi.
Keluarga mangsa yang terkejut memaklumkan kepada pihak bomba bagi mendapatkan bantuan.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Darulnaim Pegawai Bomba Kanan II Tengku Marzuki Tuan Mat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.49 pagi.
Menurutnya, tujuh anggota ke lokasi berkenaan bagi mengeluarkan mangsa dari dalam perigi itu dalam tempoh kurang 30 minit.
“Ketika sampai mangsa yang memakai baju dan berkain pelikat dalam keadaan kesejukan dan pasukan kita menggunakan peralatan khas untuk membawanya keluar,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 Jun 2018 @ 9:39 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
ada sorang tu, entah bila nak diseru terjun perigi |
|
|
|
|
|
|
|
Syukurlah takde kecederaan. Minggu depan dah nak raya |
|
|
|
|
|
|
|
0.5 meter. Mujur tidak dalam sangat. |
|
|
|
|
|
|
|
kesian atuk..mungkin dia teringat citer pendekar bujang lapuk..masuk perigi buta mencari mambang hijau, mambang merah, mambang biru air laut..hai laaa mambang
|
|
|
|
|
|
|
|
habis kecut pistol air atok... |
|
|
|
|
|
|
|
Samara ada dalam perigi tu kut.
Orang tua cakap, kalau tak mahu bagi Samara naik ke atas perigi untuk mencari mangsanya, kita perlu menutup lubang perigi di atas. |
|
|
|
|
|
|
|
setengah meter kenapa pakcik tak rungkas naik semula? |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan tidak dalam sangat.
Memang tak dalam langsung haha.
Longkang besar pon dah 2 meter.
Ni 0.5 tak perlu kategori perigi la, tulis lubang aje.
Aku nak quote perigi pon malu hehe.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by insulin at 5-6-2018 07:00 PM
Kalau gitu, gedik bebenar pakcik ni ye. Yang ahli keluarganya pula malas nak tarik keluar pakcik ni agaknya..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|