CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5677|Reply: 17

Kolej Perindu

[Copy link]
Post time 6-6-2018 08:06 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KOLEJ PERINDU
Karya Oleh: Faizal / theflash

===============================

NOTA KAKI- Cerita ini berlaku sewaktu tahun 2008 semasa aku menuntut di UiTM Shah Alam. Ini apa yang berlaku pada aku sendiri. Selalunya aku ceritakan kisah orang, kali ini pengalaman aku sendiri.Terpulang pada kalian hendak percaya atau tidak dan aku tidak bertanggungjawab kalau sesiapa yang takut hendak menginap di kolej ini. Haa, siapa suruh nakal?!

===============================

Aduh. Aku mengeluh panjang juga bila tahu yang kami bakal ditempatkan di blok Perindu 4. Untuk pengetahuan, kolej Perindu mempunyai 4 blok dan ianya adalah satu satunya kolej kediaman lelaki di dalam UiTM Shah Alam, cuma kolej Teratai ada juga lelaki, itupun tak silap aku dua blok sahaja kerana kolej ini merupakan kolej disiplin yang terdiri daripada siswa unit uniform seperti PALAPES, NAVY dan lain lain.

Semester lepas dan sebelum kami ditempatkan di blok 1 dan 2. Blok 1 dan 2 ni bukan apa, blok yang dua ini keadaannya masih lawa dan nampak sejuk mata memandang sebenarnya. Lantainya berjubin, dekat dengan dengan kafe dan taklah sunyi.

Kalau korang nak tahu, aku menginap di kolej sehingga aku tamat belajar, itu pun sebab aku aktifkan diri di kolej. Aku sertai salah satu persatuan di kolej dan kami bergiat aktif. Persatuan Kelab Komputer aku terdiri daripada 8 orang ahli majlis tertinggi dan kami seperti sebelum ini ditempatkan satu bilik.

Sebab apa kami mengeluh bila dapat tahu kami bakal ditempatkan di Blok 4? Yang pertama blok Perindu 4 ini lantai jubinnya simen, dan yang kedua bangunan ini agak terpenci, dan keadaan blok ini kelihatan usang. Ketika ini, blok Perindu 2 sedang dinaik taraf, dicat dan diperbaiki. Berbulu aku tengok pelajar lain dapat menginap di situ.

Kami berlapan redha sahaja dengan percaturan pengurusan kolej. Kalau menyewa di luar, mesti payah. Ini kau bayar hanya sekali satu semester, duit eletrik dan air pun tak payah kau nak fikir. Jadinya, fikir kami, bersyukurlah dapat menetap di kolej, daripada kawan kawan kami yang terpaksa menumpang rumah kawan di seksyen 7 ( sebab tunggu rayuan kolej ) dan ada yang kena duduk menyewa.

Sewaktu kami mendaftar masuk, hati aku mulai rasa tak berapa senang. Mana taknya, sebesar-besar blok itu, hanya 5 bilik sahaja berpenghuni. Tak silap aku, bangunan tiga tingkat itu ada lebih kurang 30 bilik atau lebih ( tak silap aku). Bila aku tanya kerani kolej, dia cakap yang tak berpenghuni untuk pelajar yang merayu untuk penempatan. Dalam waktu 2 minggu akan penuhlah kata kerani itu. Aku angguk dan senyum.

Minggu pertama di fakulti tiada apa sangat pun. Terima jadual kelas dan berborak dengan kawan-kawan, mana taknya, hampir 2 bulan tak bersua. Aku balik ke kolej kira-kira jam 3 petang. Agak awal lah juga. Bas Rapid KL ketika itu pun tidak berapa padat. Mujur semester kali ini, jumlah mata pelajaran aku tak banyak hanya 17 jam sahaja. Jadi aku dapat rasakan semester ini aku banyak bertenang.

Tiba di depan pintu bilik, aku masukkan kunci dan putar. Jujur aku cakap, walau jam 3 petang, keadaan di situ sunyi. Sebelum ini, blok yang aku duduki semuanya berpenghuni. Oh ya, aku duduk di tingkat paling atas, kelab dalam kolej yang lagi 4 duduk di tingkat bawah sekali. Sebelah bilik aku stor tilam! Entah kenapa kami diletakkan di situ. Kadang kala  aku rasa ini mesti kerja kakak kerani. Dia selalu kena usik dengan aku, jangan-jangan dia geram kot!

Usai tiba di katil, aku labuhkan badan. Terlelap! Tahu-tahu sahaja jam dah mencecah angka 6.40 petang lebih kurang. Aku mengeluh sendirian. Terlepas hendak bermain futsal. Aku jenguk telefon, ada dekat 3 panggilan tak dijawab dan 2 mesej SMS (masa ini tiada Whatsapp, jangan pelik pula ya). Padanlah, telefon aku dalam mod senyap, balik dari kelas lupa nak tukar mod.

Aku segera bangun dan capai tuala. Aku tak solat Asar lagi sebenarnya. Aku bergegas ke bilik air yang terletak di hujung bilik. Aku mandi ala kadar. Aku bergegas keluar dari bilik mandi dan duummmmmm! Aku terlanggar seseorang. Kesan dari perlanggaran itu aku terduduk jatuh, dek kerana selipar yang licin dan ditambah aku tak pakai cermin mata ketika itu (aku rabun jauh).

Aku dongakkan kepala, di hadapan aku ada susuk tubuh. Aku kecilkan mata, sah! Perempuan! Belum sempat aku cakap apa-apa, susuk tubuh perempuan itu sepantas kilat masuk ke dalam bilik air!

Aku apa lagi, bingkas bangun dan berlari ke arah bilik! Gelabah betul aku masa itu, aku punyalah kelam-kabut mencari kunci bilik dalam baldi ketika itu. Penyudahnya aku muntahkan segala isi dalam baldi! Habis berselerak ubat gigi , sabun dan segala peralatan mandi aku.

Ketika itu dalam bilik hanya aku seorang. Kawan bilik aku tak balik lagi dari kuliah, mungkin mereka ke kafe terus. Korang nak tahu, sampai kawan-kawan aku balik bilik, baru aku pergi kutip peralatan mandi aku yang berselerak depan pintu. Ya, aku memang biarkan depan bilik! Aku seorang yang penakut sebenarnya. Aku cuba hadamkan apa yang aku tengok siang tadi. Aku yakin aku tak silap, memang perempuan! Walau aku rabun, tapi aku yakin. Aku rahsiakan saja cerita tadi pada rakan-rakan sebilik aku. Aku takut mereka pun takut!

Lebih kurang selang beberapa hari, sewaktu hari Sabtu, kami satu bilik apa lagi, bermain game Counter Strike lah! Masing-masing tiada kuliah. Selepas Isyak kami mula main. Punyalah asyik sampai tak sedar jam dah hampir 12 malam. Kami berhenti pun untuk makan.
Kira kira jam 2 pagi kami selesai makan semua, aku menyambung permainan tadi. Kawan aku yang lain semuanya dah buat hal masing masing.

Aduh, lupa aku nak perkenalkan kawan sebilik aku. Kau orang tengok, aku punyalah takut sampai lupa nak bagitahu. Dalam bilik aku didiami oleh aku, Wan, Hafiz, Khalid, George (budak Sabah),Jacob (budak Sarawak), Ahmad dan Syamsul.

‘Kreenngggggg’ Masing-masing terdiam. Aku berhenti mengadap komputer. Aku ingat aku seorang yang dengar, rupanya yang lain pun dengar. Bunyi besi diseret ke lantai!

‘Krengggg’ Sekali lagi bunyi itu kedengaran! Aku telan air liur. Bulu roma aku dah mula merinding. Aku lihat Jacob mula bangun dan mengintai di celah-celah tingkap. Mujur susunan loker, kami hadang tingkap. Kalau tak mesti nampak! Wan mula merapati Jacob, mereka berdua tertunduk-tunduk di celah loker. Wan memandang kami dan menunjukkan isyarat ‘nothing happen’ .

Dammmmm! Pintu bilik kami dihentak sesuatu! Aku syak kena hentak dengan rantai besi! Aku terus melompat dari kerusi dan rapat dengan yang lain. Serius, aku dan yang lain takut. Kalau korang nak tahu, posisi laptop dan komputer masing masing mengadap pokok besar.

Daaammmmmm! Sekali lagi! Aku tengok Khalid dah berdiri. Mulutnya terkumat kamit. Kami yang lain tergumam. Untuk pengetahuan, Khalid ni seorang yang gemar ke surau dan masjid. Dia ni pun selalu juga mengikuti usrah di masjid sekitar Shah Alam. Kami kadang-kadang panggil dia ni ustaz.

Khalid perlahan-lahan berjalan menuju ke pintu, tombol pintu di putar dan daun pintu diselak sepantas kilat!

Korang nak tahu apa ada depan pintu? Aku lembaga berambut panjang sedang duduk bercangkung mengadap kami!

“Allahuakbar!” Khalid bertempik! Aku dan yang lain menjerit! Bayangkanlah, lelaki menjerit! Nampak macam lucu, tapi itulah, bayangkan kalau korang mengadap benda serupa ini .
     
Susuk tubuh itu kurus kering, mukanya cengkung menggerikan. Perlahan ianya mengangkat muka, aku cepat-cepat paling! Sekali lagi Khalid bertakbir! Yang aku tahu ketika itu, lembaga itu ghaib dari pandangan, cuma yang tinggal bunyi orang mengilai dan sesekali bunyi rantai dari atas bumbung!

Wan bingkas bangkit dan menarik Khalid dan menutup pintu sekuat hati!
“Apa tuu! Hoi! Kita pindah la esok! Aku tak tahan la macam ni!” Bentak Wan.Aku terpinga-pinga. Akhirnya kami duduk rapat-rapat dan masing-masing buka cerita.

Ah, rupanya bukan aku seorang yang kena gangguan! Mereka semua kena macam aku! Cuma gangguannya lain lain! Ok, aku cerita satu persatu.

Semuanya kena dengan lembaga yang sama, jelmaan wanita berambut putih dan mukanya pucat serta matanya terbeliak merah!
Wan ‘bertemu’ lembaga ini sewaktu dia balik dari bermain futsal.

Dekat bawah blok kami ada gelanggang badminton dan ada juga goal post bola keranjang. Wan cakap dia nampak ada orang tergantung dekat situ! Bila dia bergegas turun bawah, kepala sudah bercerai dari kepala. Dan yang celakanya, badannya itu berjalan menuju Wan! Kepalanya masih melekat di tali gantung!

Hafiz pula ternampak kelibat ‘wanita’ bila dia balik dari Restoran Hakim di seksyen 7. Begini, Hafiz ini boleh dikategorikan sebagai runner kami bila kami mengidam nak makan makanan selain kafe. Kebiasaan dialah yang akan keluar beli makanan. Hari kedua di blok ini rupanya Hafiz dah berjumpa dengan ‘wanita’ ini. Kata Hafiz,

“Masa aku nak naik tangga hujung tu, ada yang tunggu dekat tepi bilik air! Hoi, aku dah cuak, dia berdiri je tengok aku! Ujar Hafiz.

Jacob dan George pula kena kacau masa mereka di bilik air. Sedang asyik mandi (mereka yang dua ni gemar mandi malam), lampu bilik air tertutup. Pada mulanya Jacob ingat kami yang sengaja mengusik. Bila dia dan George keluar, takda siapa pun. Bila mereka masuk semula ke dalam bilik air, wanita itu dah menunggu mereka berdua di dalam kubikel mandi! Berdiri tegak memandang mereka berdua. Yang seramnya, ada dua lembaga yang sama! Memandang tepat Jacob dan George! Patutlah ada satu malam mereka berdua ni tergopoh-gapah masuk bilik.

Ahmad, rakan sebilik kami yang agak pendiam pun terkena. Dia budak landskap, jadi awal semester dah ada projek. Satu hari itu, dia balik dari fakulti ke kolej dengan berjalan kaki, sebab jarak kolej dan fakulti tak jauh mana, sewaktu dia melepaskan dahaga di mesin air watercooler di tingkat bawah, kepalanya ditekan dari atas sewaktu dia tunduk hendak minum!

Bila dia menguis belakang kepalanya, tangannya tersentuh dengan tangan seseorang. Panas dan kukunya panjang! Bila si Ahmad ni berpaling, lembaga wanita itu dah berada di belakang dia, berdiri satu kaki tinggi dari dia. Senang cerita, terapung!

Syamsul pula bagi aku ceritanya menyeramkan juga. Begini, sewaktu kami tiada di bilik, ketika itu hanya dia dan Khalid saja. Kami ketika itu ada di pusat sukan. Awal lagi sebenarnya waktu itu, kira-kira jam 8 malam ke atas. Sedang si Syamsul menaip tugasan kuliah, dia perasan pehanya disentuh.

Ketika itu dia duduk di meja belajar, bayangkan ruang kaki meja belajar agak sempit sebenarnya. Beberapa kali juga dia perasan yang peha dan kakinya dikuis sesuatu. Alangkah terkejutnya bila dia menjenguk pandang ke bawah, ada perempuan bermuka pucat menyeringai sedang melihatnya!

Mujur ada Khalid! Syamsul terkena histeria waktu itu. Mujur mudah bagi Khalid untuk memulihkan Syamsul. Dia sekadar meracau dan menjerit-jerit sahaja. Sewaktu Khalid menenangkan Syamsul, kata Khalid, “sebenarnya aku nak lari waktu tu. Kau bayangkan, benda tu perlahan-lahan merangkak keluar dari bawah meja, panjat meja dan menuju ke tingkap. Macam biawak hoi dia merangkak!” Cerita Khalid.
Disebabkan hal ini, Khalid dan Syamsul diserang demam. Aku pun terasa cuak, Khalid pun boleh demam. Mujur aku rasa macam nak demam!

Malam itu barulah masing-masing tahu. Rupa-rupanya semua dah ‘berjumpa’ dengan mahkluk yang sama. Secara jujurnya, tempoh 2 minggu untuk tunggu blok ini penuh merupakan satu penyeksaan yang menyakitkan. Setiap hari kami ulang-alik ke pejabat.

“Puan, kalau ada yang lulus rayuan, elok letak kat level kami dulu ya”
Inilah yang kami ucapkan setiap kali ke pejabat.

Kemudian, ada satu malam, seingat aku berbaki 4 hari sebelum tempoh rayuan kolej tamat. Kami satu bilik pergi melawat ke bilik bawah. Ingat tak, dekat tempat aku menginap ada 5 bilik je terisi. Kami menyoal mereka mengenai hal jelmaan semua. Tiada! Mereka beritahu kami tiada apa gangguan yang berlaku! Aman damai. Aku dan yang lain mula tak sedap hati. Kenapa jadi begini? Kenapa kami saja yang diganggu?

Esok paginya aku ada berjumpa dengan staff lama di kolej. Jenuh aku nak korek hal ni. Akhirnya staff itu bagitahu juga punca kenapa blok itu sebegitu.

Maaflah, aku tak boleh nak beritahu sebabnya, aku terikat pada kerahsiaan, sebab dah berjanji takkan bagi tahu pada sesiapa. Lagipun tak nak sesiapa terasa.

Gangguan berakhir atau tidak bila aku dapat tahu punca? Tak! Makin menjadi. Malam itu, kami berkumpul dalam bilik, bermain permainan video dan ada yang buat tugasan kuliah. Sejak kejadian pelik ni terjadi, masing-masing akan tunggu di kafe (selepas kuliah tamat), bila dah ada dua tiga orang barulah kami berani balik ke bilik!

‘Huuuu..huuuuu’

Aduh. Suara orang meratap. Sayu betul bunyinya. Arah bunyi itu datangnya dari stor tilam. Sebelah bilik!

Sebenarnya bilik kosong sebelah kami itu bukan stor tilam secara ‘rasmi’ tapi di situ kami pernah mengintai, memang berlonggok tilam-tilam, loker dan beberapa buah kerusi tunggang-langgang. Mungkin perabot yang sudah rosak mungkin.

Makin lama makin kuat bunyi suara orang menangis. Kami apa lagi, duduk berhimpit rapat-rapat! Khalid arahkan supaya kami yang beragama Islam mengambil buku bacaan Surah Yassin. Malam itu kami sepakat membaca Yassin. George dan Jacob hanya duduk diam melihat kami.

Sewaktu kami baca Yassin, bunyi orang menangis bertukar jadi bunyi orang menjerit dan marah. Bunyinya betul-betul dari bilik stor sebelah! Usai membaca Yassin, bunyi orang menjerit dan marah masih berterusan. Sekejap-sekejap bunyi dinding dihentak. Kadang kala pintu kami dicakar-cakar.

Khalid ketika itu mengajak kami keluar, arahkan kami supaya tinggalkan bilik dan pergi menumpang bilik kawan-kawan lain di blok depan. Kami semua bersetuju kerana masing-masing sudah ketakutan.

“Aku tak tahan juga ni geng...” keluh Khalid.

Aku dan yang lain angguk setuju. Waktu kami hendak keluar dari bilik, daun pintu diselak, lembaga wanita itu betul-betul berbaring di depan pintu! Wajahnya sugul dan sedih, memandang tepat ke arah kami!

Ketika itu lampu koridor kami lupa hendak hidupkan, biasan lampu bilik saja dah bikin hati kami seram. Wan cepat-cepat menutup daun pintu.

Bawa turun tilam ke lantai, penyudahnya kami semua tidur di bawah malam itu. Tidur berhimpit beramai-ramai. Dengar macam kelakar, tapi itulah, bila dah kena macam ini kami jadi tak tenteram. Rela lama-lama duduk di fakulti dari balik ke bilik!

Genap dua minggu kami menginap di situ. Akhirnya sedikit demi sedikit blok 4 dipenuhi. Sedikit sebanyak rasa takut itu berkurangan.
Memang diakui, sejak itu juga gangguan mulai kurang. Tapi aku tak cakap benda tu terus tiada. Ada. Penghuni lain ada juga pernah terserempak dengan lembaga wanita itu.

Aku sendiri sewaktu sedang asyik menaip tugasan di laptop, ternampak wanita itu sedang duduk dengan kaki terjuntai di atas pokok besar di tepi gimnasium. Rasa nak luruh jantung aku. Waktu Maghrib! Remang-remang senja, ketika itu suasana semacam warna jingga. Terbantut terus aku nak habiskan tugasan.

Aku rasa sampai sini sahajalah perkongsian aku, ada lagi beberapa benda yang aku rahsiakan .Kalau nak tahu, eloklah jumpa aku depan depan. Kita buat bulatan unggun api dan bercerita hantu sampai Subuh.

Akhir sekali, aku harap sesiapa sahaja yang sedang menginap di Kolej ini, percayalah,gangguan semua ini dah berakhir.
Melainkan kalau korang yang gatal tangan seru ‘dia’ balik!

Tamat-

===============
p/s- Kalau rajin add lah FB aku - Faizal
         dan like page FB Arkib Angker Negara

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2018 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
wahhh.... best2.. kisah yg dkt d hati sbb i bdk uitm
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2018 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
nanti la nak baca, simpan dulu
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2018 08:39 AM | Show all posts
sini kau kembali
best la kisah kolej perindu ni faizal oi

ni nak kasi libas
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2018 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Atata replied at 6-6-2018 08:19 AM
wahhh.... best2.. kisah yg dkt d hati sbb i bdk uitm

usaha takwa mulia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2018 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 6-6-2018 08:39 AM
sini kau kembali
best la kisah kolej perindu ni faizal oi


hahahahha tempat jatuh lagi dikenang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-6-2018 10:00 AM | Show all posts
ingat perindu senai tadi
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2018 11:09 AM | Show all posts
terimbas kenangan lama..... aku pernah duduk perindu masa sem 1 (sem 1 memang akan diberi hostel masa ni).... ak tak ingat dah blok berapa, tapi blok yg mengadap dewan makan dan pajabat tadbir....

sepanjang aku duduk aku bertuah tak pernah terserempak dengan benda2 menakutkan..... tapi ramai yg cakap yg kawan2 aku time tu lagi hantu daripada hantu.....hihihi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2018 11:24 AM | Show all posts
kolej perindu yang paling bnyk cerita aku dgr.. syukur tak pernah jumpa pape walau dulu jalan kaki sorang2 lalu gate tepi hotel tu...skrg kalau diingat balik mmg seram gila...
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2018 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
ofismate aku ex palapes darat...3 tahun duduk perindu 4 level atas...awal 2000an camtu..dia cakap xde pape pon yg misteri...maybe perangai diorg lebih hantu dari hantu tu sendiri..tp x dinafikan wujud makhluk2 ni...cuma x sempat beramas mesra katanya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2018 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
spender_wangi replied at 6-6-2018 07:59 PM
ofismate aku ex palapes darat...3 tahun duduk perindu 4 level atas...awal 2000an camtu..dia cakap xd ...

aku jumpa selalu ada sebab
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2018 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Uittt kolej perindu...ms study dl slalu la lalu dpn kolej tu bila balik dr kelas...dlm bnyak2 kolej kediaman dlm uitm tuh kolej perindu jek aku tau
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2018 06:13 AM From the mobile phone | Show all posts
theflash replied at 6-6-2018 09:39 PM
aku jumpa selalu ada sebab

Flash..member aku ex palapes tu mintak share location bilik angker tu...utk recall balik memori dia masa study dulu...
dia cakap blok ni bentuk square..ada 3 tingkat tak termasuk basement...belah dlm mengadap 2 court badminton, tangga & ampaian...kalau belah luar salah satu mengadap dewan makan, padang, blok cempaka kenanga & bangunan sport science..
masa dia duduk awal 2000 dulu...semua bilik ada penghuni...level 1 ada palapes laut & level 3 atas sekali palapes darat...toilet pulak kat korner sebelah tangga...ada water cooler...boleh view bangunan sport science dr tingkap dlm...
malam2 ada mamat jual goreng pisang dari bilik ke bilik...budak tabligh buat site visit....budak2 basuh baju...mandi tgh2 mlm ...lepak kat koridor..mmg meriah katanya...
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2018 06:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Blok Perindu 4

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2018 10:45 AM | Show all posts
spender_wangi replied at 6-6-2018 07:59 PM
ofismate aku ex palapes darat...3 tahun duduk perindu 4 level atas...awal 2000an camtu..dia cakap xd ...

beramas mesra ya....  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2018 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
spender_wangi replied at 7-6-2018 06:13 AM
Flash..member aku ex palapes tu mintak share location bilik angker tu...utk recall balik memori di ...

blok aku ngadap court tu dan tingkap boleh nampak gym Sport Rec
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2018 08:51 AM | Show all posts
angker angker..... hmmmmmm tt xmo message tepi ke kat iols ape sb punca selalu je terserempak tu?
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2018 11:49 AM | Show all posts
Saya pernah gak menginap kat perindu ni tapi sekejap jer.. seminggu je kot. Masa tu baru lapor diri tahun 1995, lepas tu pindah ke jati kat luar tu. Ada dgr gak kisah2 misteri ni... tp tak pernah laluinya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 07:13 AM GMT+8 , Processed in 0.716762 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list