|
Kisah Seram UiTM
Karya: Faizal
============
Nota kaki- Ini adalah kisah benar yang terjadi pada aku di universiti kesayangan orang ramai ini sekitar 2008-2010.Yang masih belajar di sana,percayalah, ‘mereka’ dah tiada,dorang pergi universiti swasta dah kot.Oh ya, ini dekat Shah Alam.
Bukit Tonggek.
Dekat universiti aku,ada satu tempat atau lebih tepat lagi, jalan yang di beri nama Bukit Tonggek.Kalau di sebut nama tempat ini, mesti pelajar dekat sini tahu.Sebenarnya jalan ini diberi nama sebegitu sebab jalannya mendaki bukit dan agak menegak jugaklah jalannya.Perangai aku bila hujung minggu,aku suka menghabiskan masa jogging satu UiTM.
Bermula dari Kolej Perindu aku akan mengelilingi satu UiTM.Aku akan lalu Kolej Teratai,Mawar,Melati,Anggerik dan juga Cempaka Kenanga.Tapi nak dijadikan cerita,aku ubah route aku.Aku terasa nak mencabar diri,cuba nak ‘menawan’ Bukit Tonggek.
Aku dulu pernahlah cuba jogging situ, tapi masa itu dengan rakan fakulti aku.Aku lihat jam, hampir jam 11 malam.Ikut perkiraan,selepas aku jogging sampai ke atas,aku akan turun semula.Malas aku nak ikut jalan melalui Canseleri, Fakulti Pelancongan via Fakulti Seni Reka tu, jauh !
Aku mulakan pendakian.Memang mencabar segala otot dalam badan aku,tercungap cungap aku dibuatnya.Beberapa kali aku berhenti.Tiap kali aku berhenti, aku dapat rasakan ada angina lembut menyapa tubuh badan aku. Aku anggap perkara biasa, malam malam kan? Biasalah. Lagipun ketika itu memang sudah beberapa malam,Shah Alam hujan.
Aku tiba di puncak jalan Bukit Tonggek.Entah kenapa aku rasa berdebar pula nak turun ke bawah.Aku rasa kaget.Aduh.Nak tak nak aku kena turun ke bawah.Itu sahajalah jalan terdekat ke kolej kediaman aku.
Aku dapat dengar bunyi jantung aku ketika itu.Aku syak sebab aku penat.Tapi ini bukan kali pertama aku bersenam waktu malam,tambahan pula aku memang dikehendaki ‘fit’ ,ahli sukan la kononnya.
Aku telan air liur, aku berjalan perlahan menuruni Bukit Tonggek.Sekali lagi aku disapa angin malam.Telinga aku menangkap bunyi suara orang menyapa aku.Menyebut nama aku!Aku mempercepatkan langkah aku, jujur aku cakap, bila kau berjalan turun bukit, kau cuba nak cepat, memang macam nak tersembam!Aku dah mula jalan berlari anak menuruni jalan itu.Terasa jauh pula nak sampai ke bawah.Sekali lagi nama aku di panggil.
Mata aku terpandang ke arah kanan,dan aku menyesal sampai hari ini.Kalau nak tahu, sebelah kanan jalan itu ada hutan kecil.Semak setinggi 3 meter macam itu.Aku pandang kanan dan aku entah kenapa, aku berhenti! Di depan mata aku ada lembaga berwarna hitam( hitam macam orang minyak) dan di atas kepalanya bertanduk!Ya,bertanduk Panjang memanjang ke depan.
Lembaga hitam itu duduk bercangkung sambil tangannya melambai ke arah aku.Matanya putih kosong dan aku tak nampak mulutnya.Kawasan jalan itu berlampu sebenarnya,cumanya suram,jadi aku nampak susuk tubuh lembaga itu.
“ Faizal……Faizal…..”Lembaga itu menyapa aku!Aku nak berlari ke bawah,tetapi langkah aku macam disekat.Bila lembaga itu bangun dari cangkungnya,aku jadi meremang dan hampir aku rasa mata aku berpinar. Sudahlah lembaga itu bangun,kakinya tak jejak tanah!
Zassssss! Aku berlari turun ke bawah! Tertahan tahan larian aku dek kerana aku cuba mengawal dari pada aku tersembam pada jalan tar itu! Aku mengerling ke belakang, lembaga itu mengejar aku dengan aksi ‘lompat katak’ ! Bayangkan,kau lompat katak menuruni bukit!
Tiba di kaki bukit, aku berlari sekuat hati sampai ke Kolej Perindu. Ikutkan masa larian, aku rasa hanya 5 minit sahaja kot aku lari dari Bukit Tonggek ke Kolej Perindu via Gelanggang Futsal Perindu itu.( tanyalah budak UiTM ,jarak dia macam mana, hahahaha) Sejak dari hari itu, aku dah serik berjoging malam!
Menara SAAS
Menara SAAS ini kira tempat aku selalu lepak untuk melayari internet.Hobi aku suka sangat memuat turun filem dari luar negara.Salah satu sebabnya dekat kawasan Menara SAAS ada beberapa cable port untuk talian internet,jadinya ianya memudahkan aku untuk memuat turun tanpa halangan.Lagipun ketika itu aku adalah juga ambil upah tolong muat turun cerita dari Korea,rakan sekelas aku minta.Dah dorang nak bayar, aku gigihkan juga,lepaslah duit makan.
Tempat kegemaran aku adalah di belakang Butik Canterbury(Butik pakaian ragbi)tingkat 1. Kau kena naik tangga ke atas untuk melayari internet dan di situ ada dua kabel port internet berserta soket elektrik.Memang bagi aku situ memang tempat terbaik.Tersorok dan sunyi.Tapi sepanjang aku setahun dekat situ, tak ada perkara pelik terjadi pun.Malam itu aku diuji.
Masa aku nak balik ke kolej aku,kira kira jam 3 pagi, itu pun, nak tak nak, aku kena panjat pagar sebab Cempaka Kenanga pintunya akan di tutup jam 10 malam tak silap.Aku kemaskan komputer riba.Masa aku turun dari tangga itu,sunyi sahaja sekeliling.Selalunya ada dua tiga orang melepak situ untuk main internet.
Aku berjalan ke arah tangga mengadap jalan ke Fakulti Seni Reka.Dekat tangga itu ada bilik belajar, dan keadaan bilik itu cermin besar macam akuarium biliknya.Gelap! Selalunya aku balik jam begitu,ada lagi pelajar yang mengulang kali.Tapi kali ini tiada seorang pun!
Aku diamkan diri.Entah kenapa hari itu aku terlupa yang aku naik motorsikal.Boleh saja aku berjalan menonong menuju ke kolej kediaman aku.Ketika itu aku melalui Fakulti Undang-Undang dan Fakulti Pengurusan Perniagaan. Pagar besar di Kolej Cempaka Kenanga dah tutup,aku dengan selamba panjatlah pagar tu ( korang jangan amalkan). Dekat kawasan situ ada beberapa pohon besar,aku rasa pokok beringin kot.
Masa aku sedap memanjat pagar tu,mata aku tertancap pada pokok dekat belakang perhentian bas Kolej Perindu tu.Ada sekumpulan lembaga berkain putih sedang elok bersidai dekat pepohon pokok besar tu.Seperti burung bertenggek,memerhatikan aku! Aku cepat cepat memanjat dan terus berlari ke bilik aku.
Kejadian kedua aku di Menara SAAS adalah sewaktu aku hendak mengambil duit di situ.Dekat situ ada ATM CIMB.Masa sedap aku menekan punat kekunci ATM tu,mata aku beralih ke jalan menuju ke kafe bawah tu.Kafe yang bawah tu,di menara.Ada entiti sedang merangkak ke arah aku.Aku berkali kali gosok mata,sah! Apa yang aku tengok tu memang nyata! Dahlah duit tak keluar sebab entah kenapa asyik loading,cepat cepat aku tekan punat Cancel.
Kejadian ketiga aku di menara kali ini bersama sebilik aku,Fazli.Masa ini kami pergi ke sini untuk apa lagi, online! Masa balik kami ikut jalan jauh iaitu melalui pintu masuk seksyen 2 tu ( turun dari Menara).Masa kami nak ambil motorsikal si Fazli ni,( dia parking dekat Dewan Sri Budiman) ,ada pontianak kot aku syak,sedang elok bertenggek atas motorsikal Fazli! Aku dah nasihatkan dia,jangan parking situ! Penyudahnya,kami balik ke kolej Perindu jalan kaki!Esok subuh baru ambil motorsikal!
Padang Kolej Perindu
Siapa budak kolej Perindu mesti tahu padang ni.Berdekatan dengan Cafe Kolej Perindu dan berhampiran dengan parking motorsikal kolej.Kalau nak ke padang tu,kita kena melalui tangga.Waktu malam gelap nak mati situ.Satu hari,aku dengan kawan sekelas aku seramai 5 orang kena hadir ke Stadium UiTM tu sebab kami ada kelas di situ.
Waktu kelas habis jam 9 Malam,tapi kami ni gatal ya amat,saja nak cuba trek larian tu(sebenarnya nak mengedik dengan atlet wanita UiTM yang tengah latihan). Kebetulan pula ada junior fakulti aku yang tengah buat assignment kat area stadium,jadi kami ni sebagai senior pergi la membantu dan tunjuk ajar ( kononlah).
Tau tau jam dah 1030 malam dan kami pun pulang ke Kolej Perindu.Kami ikut jalan potong,ikut padang Perindu nak balik ke kolej.Pada mulanya kami berbual seperti biasalah,dan keadaan padang ketika itu agak becak dek kerana hujan lebat siang harinya.
Masa kami nak naik ke tangga,suasana sekeliling aku perasan jadi panas tiba tiba! Kami rilek aje la mendaki tangga tu.Kemudian entah datang dari mana,ada bunyi orang mengilai!
Heeeeeee.heeeeeeeee!
Bergegar kawasan sekeliling dengan hilaian berkenaan.Kami apa lagi,berlarilah naik ke atas.Tapi nak tau tak,kami ni dari tadi asyik berlari tak sampai sampai ke atas!! Hilaian makin kuat,kami berlima lari dari tadi tak sampai atas!!Aku dah panik,aku berhenti.Aku tengok kawasan sekeliling.Masih di pertengahan tangga.Aku perhati kawan aku berlari setempat!Sambil menjerit jerit ketakutan! Segera aku ajak kawan aku yang lain untuk azan sekuat hati.
Selang beberapa minit,suasana di tangga puaka itu sunyi sepi.Serentak itu,masing masing berlari sekali lagi! Lega,akhirnya kami sampai ke atas.Dari jauh apa yang kami nampak,ada susuk tubuh terawang awangan terbang melayang di sekitar padang itu.
Perindu 1
Hampir dua semester aku duduk di blok ini.Aku masih ingat pengalaman seram aku di sini.Selalunya orang cakap Perindu 4 itu keras sikit.Tapi aku salah,malam itu nasib tak menyebelahi aku.Masa itu aku basuh baju aku yang dah terperam lama.Aku masuk ke dalam tandas kira dah lewat,kira kira jam 11 malam. Sedang asyik aku memberus,aku perasan macam ada orang berdiri belakang aku.
Untuk pengetahuan pembaca,di hadapan aku ada beberapa barisan cermin,jadi aku boleh nampak belakang aku.Belakang aku ada kubikel mandi.Nak tau apa aku nampak?Ada berdiri di belakang aku,lingkungan 30 an tegak berdiri memandang aku,bila aku toleh takda! Aku diam.Hati dah berdebar.Aku percepatkan basuhan.
Sekali lagi aku terpandang susuk tubuh lelaki berusia itu.Perlahan lahan dia mengeluarkan sesuatu dari poket kemeja lusuhnya dan zassssss! Perlahan lahan dia mengelar lehernya! Darah membuak keluar! Aku tak tunggu apa dah,berlari aku keluar!
******************
-Tamat-
=============
|
|
|
|
|
|
|
|
Jenuh akak nak mengingat balik lokasi2 yang ko mention, Dik. Kena baca 2-3 kali untuk bayangkan.
Kawan akak penah kena kat Menara. Dedulu hujung tahun 90an every level ada tangga kat tengah2 (lupa dah tahun bila UiTM tutup tangga tu semua). Maksudnya kalau kelas kita kat tengah2 level, tak yah nak jalan ke hujung untuk ke tingkat atas/bawah.
Ada sekali tu kami tumpang kelas kat level 11, habis kelas dekat pukul 10pm. Pesan lecturers & seniors kalau kelas malam always stick in groups. So satu malam lepas habis kelas, sementara tunggu orang lain aku berdiri dekat tangga tengah tu. Aku memang suka tengok ke bawah, nampak sampai tingkat 4 kalau tak silap. Keluar kawan aku Haris, dia ni NR gak cam aku. Kami akn tunggu transport sama2 kat selekoh Art Design & DSB. Time tu bas 222 boleh masuk area UitM lagi.
Anyways, masa aku tengah tengok ke bawah tu Haris berdiri sebelah aku. Kami sembang2 sambil tengok bawah. Tiba2 ada kawan perempuan aku panggil, dia pun NR gak. Aku pusing hadap ke kelas semula. Kami cakap2 sikit. Aku panggil si Haris, ajak dia turun ikut lif lecturer. Haris tinggi dia almost 5' 10". So aku nak tengok dia mmg kena dongak. Muka dia pucat lesi & dia sort of in a daze.
"Ko kenapa?" aku tanya.
"Aku nampak dia, Ayor," dia bisik kat aku takut org lain dengar.
"Sapa?" aku tanya balik.
"Rambut panjang, baju putih," dia tutup muka dengan tangan. Aku nampak tangan dia menggeletar.
"Dia terbang Ayor, dia terbang dari bawah sampai tembus atas. Masa depan aku, dia berhenti tengok aku, Ayor," Haris sambung lagi.
Aku senyap je, tak cakap apa dah. Time tu bulu roma aku dah tegak. Kaki dah rasa lemah. Dalam lif Haris senyap & tunduk je. Masa sampai selekoh tu arwah bapak aku dah sampai. Haris pulak ditemani gegirls NR lain. Lepas tu dia demam 2-3 hari. Sejak tu aku & dia dah tak buat perangai tengok bawah dah... |
|
|
|
|
|
|
|
ada tangga tengah ke menara? selama ni guna tangga yang depan lif tu je...seingat aku itu je la tangga...ada tangga lain eh? |
|
|
|
|
|
|
|
Bukit tonggek.... kenapa di panggil bukit tonggek? seorang senior pernah bagitau aku, bila ko dah letih berjalan nak ke puncak tu, ko akan berjalan cam menonggek sikit..... tu pasal dipanggil bukit tonggek kui kui kui
aku pernah balik dari kampung... bas berhenti di seksyen 2.... jam 11pm.... masa ni uitm tutup dalam jam 11pm ke 11.30pm.... disebabkan bas nak masuk dalam uitm atau teksi dah takda, aku menapak dari seksyen 2 sampai ke uitm gate depan yg mengadap canseleri (masa ni canseleri tu takde lagi).... mujur pak guard bagi masuk sebab kesian tgk aku dah berpeluh2..... aku terus berjalan dari gate ikut jalan lengkok yg lalu puncak bukit tonggek dan belakang pusat islam sampai la perindu
memang seram sebab gelap area belakang tu..... sampai ja perindu, kawan2 tanya aku lalu ikut mana... aku bgtau la jalan mana yg aku lalu tu.... diorang sangat kagum dgn keberanian aku sebab diorang kata jalan tu agak angker.... nak2 tgh2 mlm camtu.... meremang jap bulu roma aku.... nasib tak kena gangguan..... sampai ke sudah kwn2 aku ingat aku ni jenis berani hati kering.... padahal penakut la jugak hahaha... sejak hari tu aku takkan lalu jalan tu sorang2 kalau malam |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 6-6-2018 01:57 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
kucingitam replied at 6-6-2018 10:52 AM
ada tangga tengah ke menara? selama ni guna tangga yang depan lif tu je...seingat aku itu je la tang ...
alaa.tangga tepi kedai sukan Ragbi.
kecik je |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by SLAManya at 6-6-2018 06:26 AM
masa part 1 i stay kat kolej kenanga, depan tu kolej cempaka kosong lama gak
sepanjang duduk situ, takde apa2 pula jadi
|
|
|
|
|
|
|
|
ala..zaman aku mana de kedai ragbi kat menara tu..
cafe nescafe adelah..
|
|
|
|
|
|
|
|
wahh. cerita seram uitm. dah rasa mcm perjumpaan alumni lak
Menara tu mmg femes dgn citer seram. Nak2 lagi cafe dia. bila teringat balik berdiri bulu roma. Masa duk mawar dgn melati dulu, heboh pasal orang minyak. sampai sekarang xtau betul ke x sbnanya |
|
|
|
|
|
|
|
menara tingkat 7.. masih bergentayangan berterbangan lagi kah.. dolu2 kata nya tengah hari pun selalu muncul?? |
|
|
|
|
|
|
|
dulu kami pun slalu kelas sampai mlm.
akak aku dak art n design salalu tunggu aku kat menara. kat kerusi depan bank ape aku lupa. ada 1 mlm tengah dia tunggu aku, kepala dia kena luku, pandang kiri kanan xde orang .. gabra dah dia. mujur x lama pastu aku ngn geng abis kelas. berkepit dia blk ngn aku.. esok pagi baru dia citer.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 28-6-2018 11:17 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Kisah Seram Dari UiTM - Siri II
Karya: S Faizal
=============
Nota kaki- Ini adalah beberapa siri kisah seram dialami oleh aku dan beberapa kawan aku di sana. Bukan sebab kami ni tak ingat Tuhan ke apa, dah nak kena ganggu,kami lagi sedaya upaya nak elak. Oh ya lagi satu, bukan semua pelajar dekat UiTM ni dapat jumpa benda ni, karang ada bagitahu dah 10 tahun duduk situ takda apa pun, hanya jumpa anjing je.Kah kah.
***
Jalan Tapak Pembinaan DATC.
Masa aku belajar, kami guna Dewan Sri Budiman untuk urusan konvo atau acara acara besar.Masa tu,Dewan Agong Tunku Canselor masih dalam pembinaan.Aku yang ketika itu duduk di Perindu dan ada kelas dikawasan gim dapatlah tengok sedikit sebanyak perkembangan projek tu. Untuk pengetahuan,aku pengguna tegar bas Rapid KL( padahal ada motorsikal) sebab aku malas dan jimat sikit.
Laluan ke arah Perindu di lencongkan sebab atas faktor pembinaan DATC. Jadinya kita akan dilencongkan ke jalan bela tepi. Ok,ini bagi siapa yang ingat, deka jalan lencongan tu ada beberapa bonggol dan satu bonggol ni, tepi dia ada batu besar! Besarlah jugak. Macam batu sungai/batu kuari. Legend says, batu tu tidak boleh dialih. Katanya ada penunggu. Aku pun tak berapa pasti.
Satu hari,aku balik naik Rapid dari Kolej Jati, untuk beli nasi lemak Jatilah! Mengidam! Aku naik bas agak lewat ketika itu, jam 1030pm macam tu. Dalam bas pun ada 6 orang,aku sorang je lelaki, 5 Orang pelajar wanita dan mereka turun di Kolej Anggerik. Tinggallah aku dan pemandu.
Menyelusuri jalan itu waktu malam dan jam begitu agak seram,walau ada lampu pembinaan( spotlight putih besar) dihala pada bongkah blok pembinaan.Tapi tetap suram.Aku duduk di bahagian tepi,belah belakang.Masa lalu dekat bonggol ada batu besar tu,aku perasan keadaan bas sedikit ke kiri kanan.
"Allahuakbar! Allahuakbar"! Suara pemandu bas bertakbir! Aku jadi seram dan berdiri dan berlari anak ke arah depan.
"Adik! Jangan datang,jangan tengok"! bentak pemandu bas Rapid tu.Aku terhenti di bahagian tengah bas.Nak tau apa aku nampak?
Dekat bongkah batu besar tu ada lembaga duduk bercangkung.Saat lampu bas menyorot badan lembaga itu,aku nampak dengan jelas juga,kain di carik dan rambut panjang meleret!
Sekuat hati pedal minyak di tekan! Aku lihat pemandu tu berpeluh bukan main banyak.Aku lagi la,goyang rasanya lutut.
Masa aku tiba di Perindu,pemandu tu ada pesan pada aku,
"Sebab tu aku tanya kau nak turun mana,kalau kau takda,dekat Anggerik tadi aku patah balik.Mana ada orang nak naik dah depan depan tu."
Aku diam.Mengesat peluh.Aku ucapkan terima kasih pada pemandu itu.
"Minggu ni dah banyak kali drebar jumpa dik" Ujar pemandu itu sejurus pintu bas ditutup.
-------------------------------------
Kamarul dan Awek Kolej Mawar.
Aku ada kawan dari Fakulti Seni Reka,nama dia Kamarul,kami berjumpa dan berkawan pun sebab selalu main bola dekat padang Perindu .Ada satu waktu tu,dia menumpang bilik aku sementara menunggu rayuan untuk masuk ke kolej Perindu.
Demi nak membalas jasa baik aku,dia pun nak belanja aku nasi Hakim( pelajar UiTM tahu sangatlah apa ni).Aku setuju jela,orang nak belanja.Dia keluar awal pagi,katanya malam dia balik,sebab nak dating dengan awek dia yang duduk di Kolej Mawar. Ok, cerita seterusnya adalah dari perspektif Kamarul
***
Usai balik dari Stesen Bas Seksyen 17,aku bergegas ke Restoren Hakim.Aku dah janji dengan Faizal nak belanja dia.Aku pun lama juga tak pekena nasi Hakim ni.Jam dah jam 12 malam.Mujur aku SMS Faizal,dia cakap dia OK dengan kelewatan aku balik,dia pun dah lahap burger dulu.
Masuk ke dalam UiTM,lepas tunjuk kad matrik dan tulis nama di pondok pengawal,aku menuju ke kolej Perindu.Aku parking dekat kawasan atas,dekat dengan Dewan Makan.Tiba di parkir,aku ternampak kelibat Siti, awek aku!!
Aduhai,tak puas lagi berjumpa ke apa? Apa jadah dia tunggu kat tangga menuju padang tu? Tangannya melambai ke arah aku.Aku segera parkirkan motorsikal dan membawa bungkusan nasi menuju ke arah Siti.Dia yang memakai jubah serba putih nampak lawa betul malam tu,baunya pulak,semerbak!
Kami berbual mesra,di anak tangga,gelap! Sebab taknak kantoi dengan Pak Guard.Hampir 10minit aku berbual asyik dengan Siti hinggalah soalan dari Siti buat aku macam terkena renjatan elektrik!
"Abang Kam dari mana tadi..." soal Siti lembut sambil pipi aku diusapnya.Panas betul tapak tangannya.Aku menelan air liur.Kalau nak tahu,aku balik dari Stesen Bas Seksyen 17 tu sebab nak hantar Siti balik ke Kuantan!
Aku terus berdiri! Rasa nak lari! Betis aku dicengkam.Kedengaran ketawa kecil dari 'Siti'
"Ye la, aku pergi"ujar 'Siti' perlahan.Dia bingkas bangun dan menuruni anak tangga dan lama kelamaan melayang layang menuju ke arah stadium!
Aku berdesup berlari ke bilik.Terasa diri ni bodoh.Memang dah angau aku ni!
Tiba di bilik, Faizal tegur aku kenapa muka aku pucat lesi!Nasi Hakim yang aku kendong tadi pun tak jadi dijamah kami,dek kerana berbau hancing !
-------------------------------------
Tangga FTMSK
Salah satu hobi aku bila weekend,apa lagi? Melayari internet dan muat turun .Satu hari aku ubah angin,malaslah nak surfing dekat Menara SAAS,sejak kena kacau bukan bukan dan kekadang takda port untuk aku pasang plug.Baik ke fakulti dan lepak BK( Bilik Kuliah).
Aku pergi ke Fakulti naik bas Rapid.Dari jam 9 sampai 11pm.Aku dah dapat segala drama dan filem yang aku hajati.Menuruni tangga fakulti aku, sejuk bukan main.Menyesal tak bawak baju sweater.Aku berhenti sekejap di hadapan Fakulti Pergigian x Fakulti Teknologi Maklumat Sains Komputer.
Tengah bercongak dalam kepala,nak ikut jalan mana? Jalan jauh atau dekat? Jalan jauh aku akan melalui Kolej Melati ke Mawar yang depan Fakulti Mekanikal dan melalui Dataran Cendikia.Atau ikut tangga FTMSK dan lalu Wall Climbing/ Lawn Ball/Pool.
Aku pilih jalan dekat .Atas sebab ianya mudah dan dekat. Untuk info,tangga FTMSK ni agak curam dan mencabar.Tercungap jugaklah kau nak mendaki.Mujur aku sihat dan cergas.Kah kah! Di kawasan tangga tu ada la beberapa mentol lampu itu pun ada 2 biji sahaja berfungsi.
Langkah pertama aku menuruni tangga tu aku dah tak sedap hati.Menyesal juga pilih jalan ni.Tapi aku nak patah balik rasa seram dan takut.Aku gagahkan diri.Beg laptop aku ketatkan di bahu.Kiri dan kanan tangga ni semak kecil kalau nak tahu.
Tiba di pertengahan tangga,aku terdengar bunyi suara orang bersembang dari arah belakang,aku berhenti dan paling.Takda siapa.Aku mula berlari anak turun tangga.Bahaya jugak.Takut tergelincir.Kawasan lembab dan ada lumut.Tangga ni jenis L Shape tau,kau naik,lepas tu ke kiri lepas tu ke kanan.
'Gedebuk!!'
Aku terdengar macam bunyi buah sawit jatuh ke tanah? Bunyi lebih kurang itu datang kembali.Aku berhenti sekejap.Ah sudah.Bunyi apa? Aku dongak ke atas.Takda apa apa yang bergayut di dedahan pokok.Aku toleh belakang, terkejut beruk aku!
Aku dapat lihat dari atas ada benda bergolek golek .Berbungkus putih dan senang cakap, hantu pucong! Bergolek menuruni tangga!Menuju ke arah aku.
Aku apa lagi,berlari turun bawah, aku langkah 2-3 anak tangga.Sempat aku toleh benda tu hanya ada beberapa anak tangga je nak mendekati aku.Sesudah aku tiba dibawah,aku alihkan beg laptop ke arah depan dan aku peluk kuat kuat sambil berlari sekuat yang mampu.Aku lihat pucong itu makin laju bergolek kejar aku!
Aku perasan masa aku naik tangga menuju ke Perindu dari arah Wall Climbing,benda tu dah lesap! Sejak dari hari tu,aku dah serik lalu situ!
-------------------------------------
Siapa yang duduk atas katil aku?
Cerita ini aku dapat dari kawan sekelas aku.Dia tinggal di salah satu Kolej perempuan, Mawar ke Melati.Aku lupa.Tak penting semua tu.Kah kah. Situ memang ada pun.
Cerita dia macam ini, waktu itu dia duduk berempat .Ketika itu minggu study week.Kawan aku, Fasha ni duduk dekat Seremban je.Dia malas nak balik.Fasha ni pemain hoki UiTM,ala ala pengkid sikit.Boyish gitu.Tapi hati dia baik,suka belanja aku.
Hari pertama dia tinggal sorang.Boleh dikatakan agak sunyi kawasan blok kolej dia waktu itu.Ramai yang pulang ke kampung minta restu ibu bapa.Fasha ni pi melepak dekat Mc Donalds seksyen 2,sambil buka buku,study! Jam 11 dia pun balik la ke kolejnya,naik motorsikal.
Sebaik sahaja tombol pintu dipulas,dia rasa pelik.Siapa yang padam lampu dan kipas bilik?Kawan dia semua dah balik semalam.Dia fikir,mungkin dia yang padam.Tapi seingat dia,tak ditutup.Cepat cepat dia capai tuala di hujung katil,tersangkut rapi.Sebelum keluar,lampu dibuka.
Balik dari mandi,dia buka je pintu,gelap! Siapa padam lampu!? Fasha dah rasa tak sedap.Dia syak mungkin suis rosak.Jadi dia buat eksperimen merepek.Dia buka lampu dan dia keluar dari bilik.Mengintai dari celah daun pintu belah bawah!
Hampir seminit dia duk mencangkung depan pintu dan tapp! Suis lampu di padam! Dan dia tak nampak apa apa pun dari celah pintu!Dia terus bangun dan menerpa masuk.Gelap.Namun dia nampak macam ada kelibat sedang duduk di atas katil.Dia petik suis lampu! Hilang.
Cumanya dia perasan,atas meja ada tertulis 'Aku temankan kau!' Yang lagi seram,itu tulisan Fasha.Cumanya macam versi cakar ayam.Kami yang melihatnya mula mula macam skeptikal,yelah,mana tahu Fasha mengadakan cerita.Kemudia hal lebih kurang terjadi pada kawan sekelas aku, Mona yang pernah tidur di bilik Fasha sebab dia tinggal seorang diri.
Masa nak bersiap tidur,dia perasan atas katil( milik rakan sebilik Fasha)ada nota kecil "Aku temankan kau",tulisan sendiri! Kemudian dia rasa macam ada yang baring sebelahnya.Malam itu dia dan Fasha tidur sekatil dan lampu dipasang dan diselotep suisnya! Misteri nota tulisan tu sampai sekarang kami masih bingung.Sleepwalking mungkin? Atau?
-----------------------
Malam yang seram di Fakulti.
Kali ini aku pi melayari internet bersama junior aku.Dia sama macam aku,gila internet.Kami mula bermain internet dari jam 8 malam,siap solat Isyak dalam Bilik Kuliah.Kalau tinggal port,takut ada orang lain masuk.
Jam melewati jam 10.Aku masa tu tersangatlah penat dek kerana siangnya aku ada latihan Sukan Antara Fakulti.Tambahan pula aku baru lepas kebah dari demam.Aku tidur dia atas lantai berlapikkan sejadah.Junior aku,Mustafa yang teruskan bermain komputer.
Lebih kurang 10 minit gitu aku terlelap,lengan aku dicuit.Aku buka mata,Mustafa! Mukanya macam kerisauan!Aku tanya kenapa.
"Tengah syok online,ada orang lalu,ingatkan student bang.Sekali ada brader ni berdiri depan pintu kaca tu!" sambil dia menudingkan jari pada pintu.
Untuk info,tempat lepak kami malam tu dalam bilik kuliah.Ada hallway kecil ,memanjang dan ada 2-3 bilik kuliah sebelum ada jambatan untuk Fakulti sebelah.Pintu tu pula,glass doornya separa,jadi kalau berdiri,nampak sampai pusat/perut.Kaki kau tak nampak.Aku segera tanya,pintu kita kunci tak? Mustafa angguk.
Aku berdiri.Aku dah start merinding.Nah.Ada susuk tubuh lelaki dewasa melintas depan Bilik Kuliah.Alih alih dia berdiri depan glass door itu! Mukanya pucat.Matanya buntang melihat aku.Tak senyum.Aku tak pernah tengok muka dia.Bukan staff fakulti.Baju di pakai berwarna coklat,tetapi lusuh.Muka dia memang putih.Mustafa berjalan perlahan ke pintu belakang( BK ada dua pintu).Dia menjenguk dari arah tepi.
"Ya Allah bang! Ka...kaaa...Kaki dia takda!"jerit Mustafa terketar.Dia berlari terpa aku.Kami berdua terus merangkak menyorok bawah meja pensyarah.Capai laptop dan buka Ayat Quran dekat YouTube sekuat mungkin.Penyudahnya,sampai jam 7 pagi baru kami keluar dari situ.Bila aku duk cerita hal ini,ada beberapa pensyarah pernah jumpa kelibat brader tu.
--------------------------------
Makhluk Pemakan Tulang.
Kisah ini berlaku di salah satu kolej wanita,bukan Mawar,bukan Melati bukan Delima mahupun Anggerik.Kau fikirlah mana satu.Kah kah.Diceritakan sendiri oleh awek aku ( sekarang ni isteri dah kah kah).
Masa dia masuk UiTM,ada sorang minah ni, hobi dia memang suci dan murni.Suka bagi makan stray cat( kucing liar) dekat sekitar kolej.Kalau ada tulang ikan,tulang ayam dia akan kumpul dan gaul dengan nasi.Cuma,masalahnya, jumlah tulang tulang tu terlampau banyak dan dia simpan dalam bilik!
Awek aku duduk berempat,termasuk kakak senior tu, Elia namanya.Bila dia bawak balik tulang dan sisa makanan yang selalunya dia kutip dari restoran sekitar seksyen 7 dan 2,memang banyaklah!Yang jadi masalah bila dia bawak balik malam, esok malam dia baru nak proses nak gaul bagai semua,semut akan datang dan bau busuk kekadang akan naik.
Ada sekali tu sampai nak keluar ulat sampah.Elia ni boleh pi clas trip ke Cameron Highland 3 hari,tinggal gitu bawah meja belajar dia.Untuk info, sisa tu dia letak dalam bekas container yang besar ada roda bawah dianya tu.Awek aku cerita sampai merayap ulat sampah satu bilik!
Ya,dorang dah tegur,tapi nanti dia buat balik.Elia ni banyak habiskan masa dalam studio,melukis plan dan study grup( budak jurusan Town Planning).Dia jarang ada kat bilik,jadinya tinggal awek aku dengan yang 2 orang je selalu tiap malam.
Satu hari,Elia ni demam.Teruk la juga sampai muntah.Malam itu,tengah dorang syok tidur,memasing terjaga sebab bunyi orang punggah barang.Bila diamati bunyi tulang dipatah patahkan! Bila awek aku jenguk,ada orang wajah dan susuk tubuhnya sama macam Elia! Duduk sedap memakan sisa tulang!
Awek aku menjeritlah sekuat hati,yang 2 orang tu bangun,Elia? Tidur mati! Mereka 3 orang hampir nak histeria dah,berlari keluar minta tolong pada staff kolej( Resident Staff).Masa balik ke bilik,dah takda.Elia? Hilang!
Dipendekkan cerita,staff dan dorang semua jumpa dia dekat pokok besar area Fakulti Perancangan Ukur itu.Rupanya keesokkan hari,dia cakap dekat semua teman sebilik termasuk awek aku
"Maaflah korang,selalu aku temankan dia makan...Dia pun nak makan.Aku tak sedar malam tadi,makan ubat.Mengantuk gila."selamba je Elia ni cakap camni.
Kalau korang nak tahu, yang makan tulang tu saka tok nenek dia.Dorang terus skeptikal, dia ni bagi makan kucing ke,bagi makan saka?!
-------------------------------
Aku rasa sampai sini sahaja la cerita seram dari UiTM Shah Alam kali ni.Lain masa kalau aku rajin aku ceritalah lagi.Pesan aku,benda itu ada cuma bukan semua terpilih nak dapat tengok.Kahkah!Nak percaya atau tidak,terpulang pada individu.Harap korang terhibur dan terasa seramnya.Padan muka korang!
-TAMAT-
|
|
|
|
|
|
|
|
Terkenang peristiwa lama dengar citer TT. memalam kami lambat hantar assignment mmg naik ikut tangga ftmsk nasib la xde pa pe berlaku. zaman tu saya masih duduk kolej teratai yang mengadap kompleks sukan tu. memang banyak juga kejadian angker dekat kolej tu and kolej delima |
|
|
|
|
|
|
|
baru hantar anak daftar uitm s alam last week stay Perindu 4...
seperti biasa aku mulalah menggugel citer2 seram...
dulu zaman belajar aku stay Seroja...
seingat aku dari biznes school...kalau trus kita sampai la Perindu...
kalau belok ke kanan..kita naik Bukit Tonggek dan turun ke Seroja...
sekarang sume berubah...lost xde apa yg familiar dah....
hari daftar masuk ikut Jakel...
kena trus ke kanan ..ke kiri jln tutup...
jumpa Perindu dgn Delima
x jumpa Seroja...
kali ke 2 pergi..ambil anak sbb cuti merdeka...
dari gate aku belok kiri...barulah nmpak entrance Seks yen 2...Seroja....Fakulti Engine..
kalau dulu Engin kat Menara kan...
tapi seriously lah UiTM needs mega refurbishment...
Perindu tu walau dah tukar perabut...wiring still lama dalam besi..
plug uzur byk rosak...
aritu ada tanah runtuh...pokok2 lama tu pada aku buang je lah....
tanam pokok2 baru...
pokok lama ni nmpk spooky sangat....
khabarnya Kenanga ada blok dibiarkan kosong bertahun2...
pelik btol...
mcm2 aku pesan kat anak aku....
jgn g toilet after midnite..ajak kwn..bla bla...
alhamdulillah la..duduk dorm 8 org wpun mcm sempit...
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 4-9-2019 09:59 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
monreyes replied at 3-9-2019 01:39 PM
baru hantar anak daftar uitm s alam last week stay Perindu 4...
seperti biasa aku mulalah menggugel ...
huishh terbayang suasana dia hohoho |
|
|
|
|
|
|
|
i wonder la UiTM ni dah lama...
kenapa dulu2 tak amik tanah yg rata....
masa tu mesti byk lagi tanah available...
how I wish the set up is mcam Pusat Asasi Dengkil...
so convenient for the students... |
|
|
|
|
|
|
|
Lama dah x g sana.. study situ jugak.. Masa buat sijil tahun 2000 dok Seroja 1..time tu lantai simen lagi.. tahun 2003 amik Dip, 1st sem dapat Seroja 1, dah renovate baru.. 2nd sem Seroja 2.. 3rd,4th & final sem Seroja 3.. rindunya roomates..mcm2 pengalaman. Merasa la dok Seroja 1,2 & 3.. hehe. |
|
|
|
|
|
|
|
hantu kat uitm shah alam rata2 dah graduate dan dah jd insan berjaya,,ada yg jadi doktor,pegawai kerajaan alam jin...jadi x perlu risau lagi bab gangguan tu..kalau ada tu jin yg repeat entah beberapa kali x lulus2 exam..hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
masuklah mana2 uni mesti ade kisah seram nya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Menarik jugak cerita dlm ni. Aku nak tambah sikit..tp dari cerita kawan aku yg belajar kt shah alam. Aku belajar kat Lendu...tak kurang angkernya jgk.
Kawan aku cerita, di baru hbs kelas malam, balik la dorm kolej. Baru teringat yg kawan2 sebilik ramai yg balik kg. Tapi tak kisahlah dia pun dah biasa. Yg tak best..bila dah naik katil atas dia perasan ada sorang budak, tak pakai baju..seluar pendek je. Dia tgk lama2 dah naik pelik. Anak residen staf semua dah besar-besar, anak sapa ni. Dia pun buat- buat pejam mata dan berharap tak nampak lagi gangguan tu. Yg tak best boleh plh bdk kecik tu nyanyi" Org tu nampak kita, buat2 tak nampak..buat2 nak tido' he2222.....Terus kawan aku lompat dari katil dua tingkat tu pi cari bilik kawan yg sama-sama tak balik kg. |
|
|
|
|
|
|
| |
|