CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8856|Reply: 88

[Tempatan] Dialog Bersama Cik Siti Kassim- Dr Maza

  [Copy link]
Post time 8-6-2018 12:39 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by mommymonster82 at 8-6-2018 03:23 PM

Dr Maza Sedang aturkan dialog antara Cik Siti Kasim Dengan Ustaz Salman . Sedikit info tentang ustaz Salman.

Pelajar yang dulunya dibuang asrama ini kini menjadi sebutan orang Arab di Qatar
28 Julai 2017
Syahidatul Akmal Dunya
Profil:

NAMA PENUH: Mohamad Salman Mohamed Ali

TARIKH LAHIR: 27 Februari 1987

TEMPAT LAHIR: Tanjong Tokkong

ASAL: Pulau Pinang

PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Muda, UIAM

KETIKA di tingkatan empat, saya pernah dibuang asrama kerana pandangan dan pendekatan saya yang berbeza dengan amalan dan tradisi pengajian yang diamalkan di asrama serta dianggap memberikan kesan kepada pelajar lain.

Namun, kejadian itu tidak sedikit pun mematahkan semangat saya.

Walaupun terpaksa berulang alik dari rumah ke sekolah sehingga tingkatan lima.

"Hikmahnya saya mempunyai masa dan ruang untuk belajar dan mengikuti kuliah agama dengan agamawan tersohor di luar waktu sekolah," katanya.



Mohamad Salman Mohamed Ali, 30, berkata demikian  selepas program Bual Serius, Qatar: Apa Cerita Yang Terselindung pada 13 Julai lalu.

Kongsi anak kedua daripada lima beradik ini lagi, beliau mula berminat dan terdedah dengan pemikiran kritis ini semenjak berada di tingkatan satu, dua dan tiga.

Tatkala anak remaja lain yang seusia dengannya sibuk mencuba pelbagai perkara baharu, namun Salman menunjukkan minat yang berbeza.



Mohamad Salman (kiri) bersama delegasi pemuda Pas menziarahi Dr Yusuf al-Qaradhawi.

Seawal usia 13 tahun, Salman sudah mula berjinak-jinak membaca terjemahan Kitab Al-Muwatta’ karya Imam Malik dan turut membaca bahan bacaan ilmiah lain daripada tokoh agamawan dari Indonesia seperti Prof Dr TM Hasbi Ash Shiddieqy.

Meskipun mendapat tentangan ustaz-ustaz, tetapi pembacaaan pandangan yang berbeza dengan arus perdana ini secara tidak langsung membantu beliau membina pemikiran yang kritis, serta mempengaruhi corak kefahaman beliau mengenai hidup beragama.

Syahidatul Akmal Dunya berpeluang menemu ramah anak Malaysia yang kini sedang menggalas tugas sebagai jurulatih debat pasukan Qatar di Qatar Foundation.



Mohamad Salman ketika menyampaikan ceramah pada program Bual Serius Qatar: Apa Cerita yang Terselindung anjuran Sinar Harian 13 Julai lalu.

Kongsikan serba sedikit perihal diri Ustaz?

SA: Saya dilahirkan di Tanjong Tokkong, Pulau Pinang pada tahun 1987. Alhamdulillah, saya membesar dalam keluarga yang sangat mementingkan agama dalam kehidupan harian juga pembelajaran.

Namun, dalam masa yang sama langsung tidak memberi tekanan kepada anak-anak dalam memilih jalan kehidupan asalkan tidak bertentangan dengan landasan Islam.

Kata ayah dan ibu, asal habis sekolah dan menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) sudah memadai. Jika berjaya menyambung pelajaran itu lebih baik!

Saya masih ingat lagi peristiwa dibuang asrama ketika di tingkatan empat, bapa menerima keadaan itu dengan tenang dan langsung tidak marahkan saya.

Saya adalah anak kedua daripada lima beradik yang semuanya perempuan. Saya dan keluarga tinggal dalam kawasan yang status sosialnya ketika itu tidak berapa bagus.

Tidak ramai yang berjaya ke menara gading. Kawan-kawan di kampung adalah orang biasa-biasa yang menganggap pelajaran bukanlah perkara utama yang perlu dititikberatkan.

Pada mereka, keutamaan yang paling penting adalah mendapatkan kerja tetap untuk meneruskan hidup. Saya berkawan dan masih mengekalkan hubungan baik dengan mereka.

Kami bercakap lenggok bahasa yang sama bahkan status pendidikan tidak menjadi penghalang untuk menjadi sebahagian daripada mereka Saya bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan (SK) St Xavier di Georgetown dan bersekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Al-Mashoor (Lelaki), Jalan Air Hitam, Pulau Pinang.

Seterusnya saya menyambung pelajaran ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang al-Quran dan Sunnah.



Keadaan di dalam kelas yang dikendalikan Salman.

Sejak bila timbulnya minat untuk mendalami Bahasa Arab?

SA: Saya ingat lagi, ketika di tingkatan empat, guru bahasa Arab menjelaskan, jika mahu pandai bahasa Arab kena pergi ke negara Arab, jika belajar di negara ini pencapaian kamu adalah ala kadar.

Saya setkan dalam minda: "Aku nak belajar agama jadi aku kena pandai bahasa Arab." Sebab memang cita-cita saya untuk belajar agama hingga ke peringkat tertinggi.

Saya berpeluang menyambung pelajaran ke Pusat Asasi UIAM. Ketika menduduki ujian kedudukan, saya berada di level 2 iaitu tahap paling bawah bagi pengajian Islam.

Berasa sangat teruk dan perlu melakukan sesuatu. Apa yang saya buat? Dalam masa setahun saya menghafal beribu-ribu patah perkataan, saya akan pastikan setiap hari saya hafal 20, 30 patah perkataan Arab.



Nota belajar bahasa Arab cara Salman.

Jika orang tanya macam mana boleh pandai bahasa Arab, saya akan bagi tahu saya ambil masa setahun untuk pandai bahasa Arab. Masuk tahun kedua, saya mula membaca buku bahasa Arab dan cari makna dalam kamus.

Saya dapat merumuskan bahawa belajar bahasa Arab tidak semestinya perlu pergi ke Tanah Arab yang penting kena faham perkataan dan tahu maksud perkataan tersebut.

Saya mula menyertai kelab debat bahasa Arab seawal minggu pertama di UIAM. Banyak pertandingan debat yang saya masuk.

Dari situ kemahiran berbahasa Arab saya semakin meningkat, sementelah pula, apabila bersembang dengan kawan-kawan lepasan universiti Mesir, Madinah atau Jordan, saya lihat penguasaan bahasa Arab lebih kurang sama atau mungkin lebih baik sikit.

Ketika itu, saya tanamkan dalam fikiran bahawa kemahiran berbahasa tidak ada kena mengena dengan tempat, asal kita bersungguh kita akan sukses dalam berbahasa Arab.



Kefasihan berbahasa Arab cukup mengkagumkan, apakah rahsia Ustaz?

SA: Tidak ada rahsianya, yang penting kesungguhan. Jika ada yang bertanya bagaimana saya berjaya menguasai bahasa Arab dalam setahun, mudah jawapannya. Setiap hari saya akan menghafal berpuluh-puluh perkataan dalam bahasa Arab sehingga mimpi pun dalam bahasa Arab. Jika ada kesungguhan pasti ada jalannya.



Salman bersama cahaya matanya yang banyak memberikan inspirasi.

Boleh Ustaz ceritakan bagaimana boleh dilantik sebagai jurulatih debat di Qatar Foundation?

SA: Pembabitan saya dalam debat bermula sejak sekolah menengah lagi. Apabila menjejakkan kaki ke universiti. Saya tidak melepaskan peluang untuk mengembangkan bakat berpidato ini dan mula menyertai pertandingan debat sejak minggu pertama berada di UIA lagi.

Ketika menyertai Asean Arabic Debate Championship, saya menang kategori pendebat terbaik. Dalam tempoh dua tahun saya menang hampir kesemua pertandingan debat seperti (Asean, Royale dan Intervarsity).

Sebenarnya, semua orang mempunyai bakat yang unik dan perlu usaha menggilapnya. Tetapi jika bakat tidak dikembangkan sebaliknya usaha dialir kepada perkara lain, sukar untuk kita sukses.

Saya bersyukur kerana pilihan yang dibuat kena dan selari dengan saya.



Bersama Ustaz Asri Khalid, Ustaz Abdul Muen dan Azlan dari Syria Care.

Bagaimana boleh menyertai Qatar Foundation dan akhirnya menjadi jurulatih debat serta mengajar orang Arab debat bahasa Arab?

SA: Selepas tamat belajar, saya ada memohon kerja di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), malangnya tidak berjaya. Dalam masa yang sama, Qatar Debate ada menganjurkan pertandingan debat di UIAM dan secara tidak sengaja saya diinterview oleh pengurusnya dan berjaya menjadi sebahagian daripada Qatar Foundation.

Masa mula-mula sampai di Qatar, saya seakan melihat alam lain yang di luar jangkaan dan ia sungguh berbeza dengan kehidupan di negara sendiri.

Pengalaman bersempit-sempit sehingga terpaksa berkongsi empat orang sebilik di hostel secara beransur-ansur lenyap daripada pemikiran ini. Kerana apa? Keadaan di Qatar serba-serbi mewah!

Dapat rumah yang dilengkapi pelbagai kemudahan, kereta disediakan, elektrik dan air percuma.

Sememangnya tidak saya nafikan tahun pertama dan kedua saya di Qatar agak berhempas-pulas memandangkan ia adalah suasana asing bagi saya. Gaya hidup masyarakat di sini sungguh mewah.

Walaupun saya mampu berbahasa Arab dengan baik tetapi apabila sampai di sana, ia berbeza. Saya terpaksa 'catch up' balik, banyakkan berkomunikasi, baca buku dan bermacam perkara yang meningkatkan pengguasaan bahasa saya.

Saya cabar diri untuk berada setahun di sana dan kini sudah tujuh tahun saya di sana.

Mengajar orang Arab bahasa Arab adalah satu cabaran bagi saya. Bayangkan kita orang luar mahu mengajar mereka bercakap bahasa ibunda mereka. Selama dua tahun saya 'struggle' (sebab mereka perlekehkan saya dengan mengatakan bahasa yang digunakan tidak sama dengan bahasa ibunda mereka) sehinggalah saya mendapat kekuatan (yang saya tahu ini bahasa kamu, kamu perlukan kepakaran saya untuk ajar cara bercakap yang betul).

Tahun ketiga baharulah saya selesa berada di sana. Tahun pertama dan kedua, sebelum masuk kelas saya kena bawa teks, sediakan apa yang saya nak cakap dan ajar. Tahun ketiga, masuk kelas memang seronok sebab saya boleh bergurau dan bersembang dengan pelajar debat di sana.

Siapakah idola Ustaz dalam dunia dakwah ini?

SA: Apa yang saya buat sejak di universiti lagi apabila saya minat pada seseorang, saya akan tinggalkan individu berkenaan, saya cuba mengasingkan individu berkenaan daripada 'masuk' ke dalam diri saya.

Khuatir saya terikut 'cara' mereka. Contohnya, zaman sekolah lagi saya cukup minat dengan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin (Maza). Bila saya masuk universiti, saya tak dengar langsung kuliahnya dan tidak baca tulisannya. Sebab saya takut apabila saya berbuat demikian saya akan terikut-ikut cara beliau dan jadi 'pattern' dia.

Saya pesan pada anak-anak murid benda yang sama, kalau kita set seseorang itu sebagai 'role model' kita tidak boleh 'go beyond that person'. Yang penting ikut jalan masing-masing. Saya tidak mahu ulang idea dan pemikiran idola saya.

Apa istimewanya Qatar pada padangan Ustaz?

SA: Hampir tujuh tahun saya berada di sana, dan saya melihat Qatar sebagai sebuah negara yang paling kaya di dunia, rakyatnya kaya-raya dan aman damai. Masyarakat Arab di sana cukup menjaga adab.

Jika kita tertinggal telefon di mana-mana, ia tidak akan hilang sehinggalah kita datang mengambil semula. Sistem keselamatannya bagus. Ambulans ada di mana-mana, jika kita mengalami masalah, telefon ambulans dan dalam masa 10 minit ia sudah terpacak di depan rumah.

Qatar juga bukanlah negara yang 100 peratus sempurna, ada juga kekurangannya. Malaysia masih tetap hebat, masyarakat di negara kita lebih menghormati orang lain.

Bab keamanan, di sana jika saya tinggalkan anak dan isteri di pusat beli-belah saya tak perlu takut kerana tidak ada siapa yang akan ganggu. Keselamatan mereka terjamin. Sedikit berbeza dengan keadaan di sini.

Tujuh tahun Ustaz di negara orang, ada tak impian berbakti di negara sendiri?

SA: Sekarang saya cuba untuk melakukan sesuatu di negara sendiri. Setiap kali balik, saya mengambil masa untuk mengajar mereka. Dalam setahun saya akan balik kampung selama sebulan.

Saya masih lagi dalam proses untuk memperkayakan diri dengan budaya baharu dan cara hidup di sana.

Cabaran dunia dakwah?

SA: Semua orang ada cabaran tersendiri. Kadang-kadang satu tahap kita melihat kelompok ini adalah kawan, tetapi bila melihat dalam kelompok ini ada yang tidak sesuai dengan diri kita, cubalah untuk 'detach' kelompok itu.

Dan membawa haluan berbeza. Untuk kekal objektif, walaupun objektif itu akan menyebabkan kita kehilangan kawan. Apabila kita subjektif, apa sahaja aliran, kita akan sentiasa letak diri dalam kelompok yang kita nak.

Tapi, cabarannya adalah apabila kita berasakan kelompok itu tidak betul, kita kena keluar dan ke arah lain. Dunia dakwah tidak sunyi daripada orang itu setuju dan tidak setuju dengan pandangan kita.

Info

1. Salman menyertai QatarDebate pada Mac 2011.

2. Beliau mampu berkomunikasi dalam bahasa Arab moden dengan lancar.

3. Beliau adalah presiden Kelab Debat Bahasa Arab di UIAM dan telah menganjurkan siri pertandingan debat dalam bahasa Arab.

4. Sumber pengetahuan Islam yang luas membolehkan Salman menggabungkan unsur-unsur gaya debat moden dan pendekatan pemikir Islam Arab klasik.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2018 12:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Maza promoter saja ka, knp tak join?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2018 12:59 AM From the mobile phone | Show all posts
M5 replied at 8-6-2018 12:53 AM
Maza promoter saja ka, knp tak join?

Ahah kan? Why not
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2018 01:24 AM From the mobile phone | Show all posts
mommymonster82 replied at 8-6-2018 12:59 AM
Ahah kan? Why not

Mungkin pasal status kot, mopti dgn rakyat marhaen
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2018 01:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Mesti best tgk lobai petik ugama sambil gosok2 janggut lawan logic kak siti...expose his ass girl.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2018 01:33 AM | Show all posts
patutnya dr maza yang berdialog dgn siti kassim.

harap2 sgt jadi, betoi2 nak tengok 2 orang ni berdebat secara sihat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-6-2018 01:48 AM From the mobile phone | Show all posts
ntahh ..  bulan2 posa ni aku taknak mecaarut lebih2 . tapi betina ni  bukan nak berdebat ..  tapi nak mengentam . kalau nak berdebat dia kata .. baik aku duduk rumah layan kopek .

hahaha ..  akai mudah dah dibaca .
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2018 02:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Mudahan Siti Kasim insap
Terus jd ayu gitu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2018 02:15 AM | Show all posts
hird replied at 8-6-2018 01:33 AM
patutnya dr maza yang berdialog dgn siti kassim.

harap2 sgt jadi, betoi2 nak tengok 2 orang ni b ...

ustaz salman ali pun best apa... sbb dia kan pendebat jugak... so elok la jumpa dgn cik siti...
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2018 02:42 AM From the mobile phone | Show all posts
carly_lah replied at 8-6-2018 02:15 AM
ustaz salman ali pun best apa... sbb dia kan pendebat jugak... so elok la jumpa dgn cik siti...

ohhhh sorry uols, hird tak tahu.

sebenarnya 1st time dengar nama ustaz salman ni.  hik3
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2018 03:18 AM From the mobile phone | Show all posts
dogma vs. logic
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2018 03:22 AM | Show all posts
hird replied at 8-6-2018 02:42 AM
ohhhh sorry uols, hird tak tahu.

sebenarnya 1st time dengar nama ustaz salman ni.  hik3

cari debat dia dgn abu syafiq... mmg best...
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2018 03:46 AM | Show all posts
mitos vs logic...hahahahahah

last2 pendebat mitos pakai hujah..sebab hadeess ade tulis gitu...gitu lah ..hhahha...

batu sorok baju nabi..prrfthhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2018 04:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Siti Kassim tu peguam mesti lagi hebat hujah dia
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2018 04:39 AM From the mobile phone | Show all posts
katowjo replied at 8-6-2018 03:46 AM
mitos vs logic...hahahahahah

last2 pendebat mitos pakai hujah..sebab hadeess ade tulis gitu...git ...

Nabi membelah bulan. Ramai juga yg percaya itu mukjizat nabi.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2018 04:42 AM | Show all posts
Otaku85 replied at 8-6-2018 04:39 AM
Nabi membelah bulan. Ramai juga yg percaya itu mukjizat nabi.

diharap sam dan lobainita gosh serta foreskin sudi hadir bagi hujah "science hadesss" depa kat sana,,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2018 04:45 AM | Show all posts
matahari duduk sejengkal dari kepala manusia...panas je...bak letak tangan 1 inci dari api dapur gas kata pakar science hadeess sam bila ditanya tentang kepanasan matahari itu

science vs "science hadeess"
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2018 05:20 AM From the mobile phone | Show all posts
carly_lah replied at 8-6-2018 03:22 AM
cari debat dia dgn abu syafiq... mmg best...

orite. nanti iols men-utube.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2018 06:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by batmana at 8-6-2018 06:16 AM

Dulu kan Zakir naik nk dialog (bkn debat pn)dgn Siti kassim.tapi Siti Kasim pengecut.bagi alasan cm Najib Razak.
Geng2 liberal ni cume berani takat socmed aja...dlm socmed sembang Smpai babi leh terbang..tapi.ajak bdepan jadi tikus lak..
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2018 06:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Siti kassim ni ade sesetengah isu i rase die ade point yg i agree tp byk juga isu yg i x agree with her. Apepun, i do support any majlis ilmu yg boleh memberi ilmu pada org ramai.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 05:52 PM GMT+8 , Processed in 0.081200 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list