CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 492|Reply: 0

[Tempatan] Beli diesel langkah segera atasi masalah elektrik di sekolah Sarawak

[Copy link]
Post time 18-6-2018 10:23 AM | Show all posts |Read mode
PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan akan membuat pembelian diesel baru sebagai langkah segera untuk menyelesaikan masalah penjanaan kuasa elektrik di sekolah di Sarawak.

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata Kementerian Kewangan sudah mempertimbangkan urusan pembelian ini.

“Peruntukan akan diberikan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dengan segera agar pembelian ini boleh dibuat.

“Saya akan pastikan bekalan diesel dapat disampaikan kepada sekolah berkaitan secepat mungkin sebelum para pelajar kembali ke sekolah selepas cuti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Maszlee berkata beliau tahu mengenai masalah bekalan elektrik yang dihadapi sekolah tertentu di Sarawak.

Beliau berkata sekolah terbabit sepatutnya mendapat bekalan diesel daripada syarikat Jepak Holdings Sdn Bhd, tetapi syarikat berkenaan gagal menyediakan bekalan sewajarnya.

Pada 11 Jun, Maszlee berkata Kementerian Pendidikan memulakan proses siasatan dalaman bagi mengenal pasti individu terlibat dalam isu penyelewengan pemberian kontrak membekal tenaga solar dan diesel kepada 369 sekolah di Sarawak.

Terdapat 369 sekolah di Sarawak yang tidak mempunyai bekalan elektrik tetap dan hanya menggunakan set generator diesel untuk menjana elektrik.

Sebelum 2017, bekalan diesel kepada sekolah dibuat beberapa kontraktor yang dibekalkan secara kontrak.

Bermula 1 Jan 2017, Jepak Holdings yang asalnya satu daripada kontraktor terlibat, diberikan kontrak membekalkan elektrik kepada semua 369 sekolah itu bagi tempoh 3 tahun sehingga 31 Disember 2019 dengan nilai “melebihi RM1 bilion” termasuk cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Laporan sebuah portal sebelum ini menyebut kemungkinan wujud penyelewengan dalam pemberian kontrak projek hibrid solar bernilai RM2.5 bilion di Sarawak yang didakwa diberikan melalui penganugerahan kontrak secara terus atas arahan seorang bekas pemimpin tertinggi negara.

Pemimpin berkenaan turut didakwa mengarahkan Kementerian Pendidikan pada Januari tahun lepas agar melantik sebuah syarikat perniagaan kereta sewa di Bintulu bagi projek hibrid solar untuk 369 sekolah pedalaman di Sarawak.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengumumkan menjalankan siasatan awal terhadap isu itu pada April lepas setelah menerima maklumat daripada orang awam.

Badan itu mengambil dokumen berkaitan daripada Kementerian Pendidikan mengikut lunas undang-undang ditetapkan di bawah Akta SPRM 2009 bagi diteliti sama ada ia mengandungi unsur rasuah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 11:02 AM GMT+8 , Processed in 0.064603 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list