View: 4743|Reply: 8
|
Resipi Mudah Pes Ikan Bakar, Memang Power Macam Dekat Restoran!
[Copy link]
|
|
Tentu ramai yang tercari-cari resipi mudah untuk membuat pes atau rempah ikan bakar. Kalau di Johor, ikan bakar yang disajikan di restoran memang agak berbeza kerana ikan diperap dengan pes istimewa dan beraroma.
Jom cuba resepi pes ikan bakar hasil perkongsian dari Facebook Puan Habeebah Md Daud yang sesuai digunakan untuk apa sahaja jenis ikan. Yang paling popular ialah ikan siakap dan pari! Ah, kecur liur dibuatnya.
Resipi Pes Ikan Bakar
Bahan-bahan
2 inchi lengkuas
3 inci halia
5 btg serai
8 bj Bawang merah
1bj bawang holland
1sudu udang kering @ jika xde guna
belacan
8 bj cili padi. - boleh tambah kalau nak lg pedas berapi
3 bj cili merah
3 helai limau purut
Cara-cara membuatnya
1. Kisar semua bahan sampai lumat.
2. Tumis dengan minyak yang agak banyak, kemudian masukkan cili boh atau cili kisar 4-5 sudu.
3. Masukkan garam gula. Serbuk perasa + asam keping .
4. Tumis sampai pecah minyak. Siap!
**Nak bakar ikan, lumurkan sahaja atas ikan, bungkus dalam kerajang aluminium. Balut bagi kemas dan bakar atas dapur.
**Udang dan sotong juga sesuai.
**Tahan sehingga 1-2minggu di luar peti ais.
Selamat mencuba! - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
dah try aritu..memang sedapppp merewciksss~~~ |
|
|
|
|
|
|
|
Sedapnya.. kalau dapat kerang bakar yg kulit dah terbuka pastu siram sambal mcm ni kat atas mmg syok..kat johor gak selalu ada..
Kt bazar ramadhan area selangor byk yg letak smbal bakar skali.. |
|
|
|
|
|
|
|
Wah boleh cuba ni...thanks for sharing TT!! |
|
|
|
|
|
|
| |
|