"Saya minta jangan doakan saya kembali bersamanya dan
saya minta agar dapat jauhkan perkara tersebut."
Aduhai, sampai begitu sekali Adam Shahz tidak mahu kembali bersama bekas isteri, Fatin Afeefa.
Foto: Sinar Harian/IG Fatin Afeefa
Memetik Astro GEMPAK, pelakon itu mengakui kehidupannya kini lebih teratur tanpa bekas isteri. Oleh itu, dia berharap sangat agar orang ramai tidak mengharapkan mereka kembali bersama.
“Tidak dinafikan, memang ada yang mendoakan supaya dia kembali bersama saya.
“Saya sudah ‘move on’ kerana saya rasa kehidupan saya kini lebih teratur tanpa dia (bekas isteri).
“Malah, saya dapat meluangkan lebih banyak masa bersama anak,” katanya.
Foto: IG Fatin Afeefa
Adam dan Fatin atau nama sebenarnya Fatin Nur Afifah Shamsudin mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2013 dan berpisah pada 30 Mei, tahun lalu. Mereka dikurniakan seorang puteri iaitu Ivy Herra Sophia, 3.
Bercerita mengenai sambutan Syawal pula, Adam menegaskan dia tidak berasa keseorangan kerana menyambutnya bersama anak perempuannya.
"Anak menyambut Aidilfitri dengan saya tahun ini, tiada apa perlu disedihkan,” ujarnya.
Foto: Iluminasi
Keras betul hati Adam sampai tidak mahu orang mendoakan dia dan bekas isteri kembali bersama. Apapun, semoga Adam bertemu kebahagian baharu kelak. - CARI |