"Saya keliru, kalau benar najis bayi berbau busuk yang amat sangat,
bermakna orang dewasa yang turut menggunakan tandas RM2 di KLCC
berbau vanilla dan strawberry kah?"
Belumpun cukup seminggu beraya Datuk Fazley Yaakob dah membebel lagi. Kali ini mengenai sebuah tandas standard 'premier' di sebuah pusat membeli belah di KLCC pula.
Foto: IGFazley Yaakob
Apa yang dikesalkan sangat tu?
Menerusi kemas kini terbarunya di Instagram, chef selebriti itu mendakwa dia bersama isteri dan anak kecilnya dilarang masuk ke dalam tandas berkenaan untuk menukar lampin bayi dengan alasan tandas akan berbau busuk dengan bau najis bayi.
"engurus wanita yang menjaga pintu tandas dengan bongkaknya tak benarkan isteri saya masuk dengan alasan “Tak boleh masuk ke sini untuk ganti lampin sebab nanti TANDAS BERBAU BUSUK dengan poopoo baby you dan pelanggan lain akan marah!” tulisnya.
Bermacam alasan kukuh cuba diberikannya, namun pengurus terbabit tetap berkeras tidak membenarkan mereka menggunakan tandas berkenaan.
Di penghujung postingnya, Fazley berharap pihak pegurusan Suria KLCC tidak membuang pengurus wanita berkenaan yang ‘sekadar menjalankan tugasnya’ itu.
Rata-rata pengikut di laman Instagram turut meluahkan rasa kecewa dan terkilan dengan sikap pengurus berkenaan, sekali gus meminta Fazley membuat aduang ke pihak pengurusan pusat membeli belah terbabit.
Namun, dalam masa sama segelintir pihak menyelar tindakan Fazley mempamerkan wajah pengurus berkenaan secara terbuka di laman sosial.
Pernahkah anda mengalami situasi sama ketika menggunakan tandas 'orang kaya' ini? - CARI
|