View: 5583|Reply: 42
|
[Tempatan]
Mayat isteri dalam kumbahan dipercayai di bunuh suami sendiri
[Copy link]
|
|
MAYAT wanita ditemui terendam di dalam kumbahan di bawah dapur rumahnya dengan mukanya ditutup tuala serta terdapat tukul di kiri kepalanya, dipercayai dibunuh oleh suaminya di Kampung Kiansam Lama, Labuan, malam tadi.
Mayat Siti Ratna Enok, 24, ditemui oleh bapanya kira-kira 9 malam selepas curiga tidak melihat kelibat anaknya selama dua hari kerana mangsa dilihat kali terakhir pada 18 Jun lalu, bersama suaminya.
Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Muhamad Farid Ahmad berkata, bapa mangsa mengesyaki sesuatu berlaku ke atas anaknya apabila tidak melihatnya dalam tempoh dua hari lalu ke rumah anaknya dan mengumpil pintu rumah yang berkunci.
"Ketika bapa mangsa masuk ke dalam rumah, dia terhidu bau busuk dari bahagian dapur rumah anaknya.
"Bapa mangsa kemudian memeriksa dan membuka satu keping papan lapis pada lantai dapur rumah lalu menemui mayat anaknya dalam keadaan terlentang dan tidak bernyawa," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Beliau berkata, bapa mangsa kemudian memaklumkan perkara itu kepada Ketua Kampung sebelum satu laporan polis di buat pada jam 12.01 tengah malam tadi.
"Pemeriksaan polis menemui mayat mangsa dalam keadaan terlentang di dalam lubang kumbahan yang terdapat di bawa lantai dapur rumah mangsa.
"Mayat yang terendam ditutupi dengan tuala dan terdapat sebuah tukul di bahagian kiri kepala mangsa serta kesan cedera di dahi dan leher," katanya.
Menurutnya, siasatan masih diteruskan termasuk mengesan suami mangsa yang menghilangkan diri.
"Mangsa dan suami (suspek) baru berkahwin lapan bulan lalu.
"Polis kini giat mengesan suspek yang juga suami mangsa berusia 24 tahun," katanya.
Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Sumber Informasisantaiku
|
|
|
|
|
|
|
|
kene katuk dgn laki pakai tukul ke? |
|
|
|
|
|
|
|
What went wrong? Kesiannya |
|
|
|
|
|
|
|
Luluh hati seorang ayah... sebaik sahaja bukak penutup papan tu... |
|
|
|
|
|
|
|
rip.. kesiannya.. baru je baca thread jenayah 80's semalam.. |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah..
Ayah yang begitu sayangkan anaknya..
Baru tak nampak 2 hari dah mencari..
Pasti sedih betul bila tau nasib yang menimpa anaknya. |
|
|
|
|
|
|
|
scarynya..... alih2 bukak papan tu.. hurmmmm |
|
|
|
|
|
|
|
Allah..kesiannya pd mangsa dan keluarga...24 thn bapanya jaga elok2, baru 8 bulan serahkan pd lelaki lain untuk dijaga, dibunuh pulak...semoga dapat ditangkap suaminya tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
takziah pada keluarga mangsa.haihhhh~ |
|
|
|
|
|
|
|
Scary nya dpt laki mcm tuh {:cryrun |
|
|
|
|
|
|
|
Kiansam ni mmg tempat pelarian pilipin...Kerajaan Malaysia baik hati bukak kem penempatan utk diaorg sampailah generasi selepas tu dpt IC biru.. |
|
|
|
|
|
|
|
si ayah menjaga selama 24tahun anaknye, ditatang dengan baik..dapat kat lelaki lain yg bergelar suami, senang2 dibunuhnye.. |
|
|
|
|
|
|
|
takziah.. semoga suaminya dapat ditangkap.. |
|
|
|
|
|
|
|
dubuk replied at 21-6-2018 10:50 AM
link please..
ada dekat bod lagenda, mitos.. lupa thread mana satu.. thread tu discuss pasal kes jenayah kat johor pd tahun 80's... ada dua org budak (adik beradik), nampak pasangan berzina, pastu lelaki tu ikat pastu bunuh budak tu, simpan dlm kumbahan belakang rumah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Luluh hati si bapa dia juga yg jumpa mayat anaknya |
|
|
|
|
|
|
|
samasam90 replied at 21-6-2018 10:54 PM
ada dekat bod lagenda, mitos.. lupa thread mana satu.. thread tu discuss pasal kes jenayah kat joh ...
jilake betul! hanat! dh kantoi berzina, dibunuhnya budak tu?! |
|
|
|
|
|
|
|
semoga dapat ditangkap suspek tu..senang2 je cabut nyawa org.. |
|
|
|
|
|
|
|
nama dia bukan macam nama orang tempatan |
|
|
|
|
|
|
|
annabellaruz2 replied at 21-6-2018 03:26 PM
jilake betul! hanat! dh kantoi berzina, dibunuhnya budak tu?!
Yup.. tapi pelaku tak pasti pula siapa.. based on hearsay, pompuan..
Dah ingat link dia.. cc @dubuk
https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=406680 |
|
|
|
|
|
|
| |
|