CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3689|Reply: 46

[Tempatan] Kak Ijat bersara dari UMNO

  [Copy link]
Post time 23-6-2018 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KETUA Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil hari ini mengumumkan persaraannya daripada politik selepas memilih tidak mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti kali ini.

Shahrizat turut mengesahkan sudah melepaskan semua jawatan dalam parti di peringkat cawangan, bahagian dan pusat.

"Satu perkara dalam politik ialah kita perlu sedar apabila sudah tiba masa untuk kita mengundurkan diri. Sudah tiba masa untuk memberi ruang dan peluang kepada orang baharu yang lebih muda, lebih segar (menerajui Wanita UMNO).

"Saya berada dalam Wanita UMNO, bekerja dengan mereka dan ramai antara mereka yang layak untuk memimpin Wanita UMNO dan saya yakin saya meninggalkan ahli wanita kepada calon yang terbaik," katanya ketika ditemui di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, hari ini.

Shahrizat bagaimanapun menegaskan akan terus setia dan kekal bersama UMNO dan berharap Wanita UMNO akan terus cemerlang dan menjadi tulang belakang parti berkenaan.

Mengulas lanjut, beliau berharap kepemimpinan baharu Wanita UMNO dapat membawa pergerakan itu ke tahap yang lebih tinggi selain memperjuangkan hak wanita di peringkat nasional.

"Saya berharap pada masa hadapan di bawah ketua baharu dapat mengarus perdanakan Wanita UMNO kerana saya melihat walaupun wanita menjadi tulang belakang, wanita itu sendiri tidak menawarkan diri untuk jawatan lebih tinggi," katanya.

"Sepanjang menjadi Menteri Wanita (dan Pembangunan Keluarga), banyak pencapaian berjaya dilakukan antaranya pindaan Perlembagaan Persekutuan dalam menjaga hak wanita supaya tidak didiskriminasi. Saya rasa itu adalah legasi terbesar yang pernah kami lakukan," katanya.

Dalam pada itu, Shahrizat turut mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di atas pelantikan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga.

"Saya mengucapkan tahniah kepada beliau dan kami bangga dengan pencapaiannya. Walaupun berada di pentas politik berbeza, sebagai wanita saya berbangga dengan pencapaiannya dan saya percaya beliau mampu mengemudi Kementerian Wanita dan Pembangunan Keluarga dengan baik," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Jun 2018 @ 4:56 PM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2018 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
wakaka bg peluang org muda ke sbb dah panas dan xde cable nak cekau pojek2 ratus juta lg... hahaha... nak pertahan hak melayu mende mcm nh... kalah sikit letak jawatan... puiiii
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2018 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Takut le tewww
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2018 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak bersara ke, apa ke lantak engkau la...
Tapi duit rakyat yg disonglap tu kena pulangkan balik
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2018 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko dh kalah dkt lembah pantai dulu pun dh patut bersara lama dah
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2018 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak la songel kau ya Shahrizat.
Masa UMNO memerintah kemarin......kerusiketua tu kau nak pegang sampai mati. Usah kata nak benarkan ahli “takeover” Ketua...... dengar mana2 ahli nak bertanding jawatan Ketua Wanita je...... kau dah tibai secukupnya.
Bila parti dah terlungkup.....alih2 kata “wisdom” pun keluar dari mulut puaka. Yalah jadi Ketua dah tak bolih kaya..... kena keluar duit sendiri. No advantage. Memang sial pemimpin cam ini
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-6-2018 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai bersara sebab takut pecah tembelang kerrrrr...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2018 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Dari situ kita dah nmpk jelas perjuangan haprak2 umno ni kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2018 06:30 PM | Show all posts
mana slogan nak perjuangkan hak melayu.....

dah tak blh kaut duit, bersara je lah yg korang pandai......
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2018 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
sampai jahanam umno set2 ko kejekan lepas tu cakap dlm politik kena tau masa nak pergi, ni la babi punya perangai dah songlap dah jahanam , blah, bagi kat orang umno muda yang sapu taik kak ijat, minta siasat kak ijat ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2018 06:43 PM | Show all posts
bila umno hampir nak terkubur semua pakat menyerah kalah...

kalau tak semua pakat pertahan jawatan sampai ke kubur kalau boleh
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2018 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah byk yg disebat terus nk melarikan diri ka...
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2018 07:19 PM | Show all posts
Dah kalah baru kata sampai masa dah berundur

Sedangkan diri sendiri antara punca kekalahan
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2018 07:30 PM | Show all posts
politics is dirrrrty yállll
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2018 07:31 PM | Show all posts
Bersara jaga lembu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2018 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Tiba2 la semua org tua nak bersara bagi kat org muda bagai kan? Padahal semua cabut lari nak selamatkan diri. Dah kapten kapal berlayar time sauh dijatuhkan. Mmg bangang semua kahkahkah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2018 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Dalam keadaan mcm ni
Aku mmg betul2 salut dgn mana2 pemimpin yg tehtapppp istiqomah dlm perjuangan dan sanggup utk pikul beban dlm keadaan parti yg jatuh miskin tak sempat buat apa
Sudah pasti sebahagian besar dr mereka mmg sudah kaya raya hasil habuan bersama umno
Tapi sekurang2nya mereka tak kisah pun utk leburkan semula kekayaan itu utk gerakkan parti, dr umno ia datang, kepada umno ia kembali gituh
Ni yg spisis ijat lombu ni, mmg wajar dimaki saja oleh ahli umno bawahan, dah habih licinnnn ko sapu makan sesorang, ujung2 bila parti dlm kesusahan, dgn tanpa rasa bersalah ko tinggal bodooo gitu ja....ini harta akuuuu yg punya, jgn harapppp aku nak kembalikan semula demi survival parti, gi mampos...aku nak pencen, enjoy harta milik AKU ini...
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2018 08:38 PM | Show all posts
10 tahun sudah lepas kau bungkus kat lembah pantai 2008 lepas kau berambus

kejadahnya parti dah kalah teruk baru kau nak berambus?
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2018 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Akhir nye lembu keluar kandang.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2018 09:01 PM | Show all posts
lembu baka halimunan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:20 PM GMT+8 , Processed in 0.079037 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list