View: 2564|Reply: 18
|
[Dunia]
Wanita Arab Menyambut Baik Larangan Memandu Ditamatkan Mulai 24 Jun
[Copy link]
|
|
“Ia adalah detik bersejarah untuk semua wanita di Arab Saudi.”
“Masa yang terbuang kerana perlu menunggu ketibaan pemandu sudah berakhir.”
“Kami tidak lagi memerlukan lelaki untuk memandu.”
Memetik laporan Bernama, demikian luahan beberapa orang wanita Arab Saudi sebaik saja larangan berusia lebih sedekad yang dianggap sebagai satu penindasan terhadap wanita itu ditamatkan.
sumber : carian internet
Ini termasuk penyampai televisyen Saudi, Sabika al-Dosari yang terus memandu beberapa minit selepas larangan itu ditamatkan di timur bandar Al-Khobar.
Sehubungan itu, tindakan berkenaan diramalkan menyuntik transformasi terhadap ramai wanita kerana membantu mereka membebaskan diri dari bergantung kepada pemandu atau saudara lelaki, sekali gus membawa kepada penjimatan wang yang amat besar.
sumber : carian internet
Awal bulan ini, buat pertama kali kerajaan Arab mula mengeluarkan lesen memandu untuk golongan wanita, termasuk ke atas individu yang membuat keputusan menukar permit memandu antarabangsa mereka kepada lesen memandu negara berkenaan.
Kira-kira enam juta wanita atau 65% populasi wanita dijangka memohon untuk mendapatkan lesen selepas ini.
"Kira-kira tiga juta wanita di Arab Saudi dijangka dapat menerima lesen mereka dan memandu secara aktif menjelang 2020," kata syarikat perunding PricewaterhouseCoopers.
Sebagai tambahan kepada kereta, wanita juga akan dibenarkan memandu van dan trak serta menunggang motosikal.
Pada September 2017, Raja Salman mengeluarkan pengisytiharan mengakhiri larangan yang dikenakan selama berdekad itu.- CARI |
|
|
|
|
|
|
|
https://www.hmetro.com.my/global ... audi-tamat-hari-ini
Larangan memandu wanita Arab Saudi tamat hari ini
AFP
RIYADH: Larangan memandu ke atas golongan wanita Arab Saudi ditamatkan secara rasmi hari ini, satu pembaharuan bersejarah yang dijangka mengaktifkan era baru gerakan sosial.
Penarikan semula larangan itu yang diadakan selepas operasi besar-besaran ke atas aktivis wanita adalah sebahagian daripada usaha Putera Mahkota Mohammed Salman untuk memodenkan negara pengeluar minyak itu.
Ribuan pemandu wanita dijangka menguasai jalan raya sebaik saja larangan berusia lebih sedekad yang dianggap sebagai satu penindasan terhadap wanita itu ditamatkan.
“Ia adalah detik bersejarah untuk semua wanita di Arab Saudi,” kata penyampai televisyen Saudi, Sabika al-Dosari yang terus memandu beberapa minit selepas larangan itu ditamatkan di timur bandar Al-Khobar.
Tindakan berkenaan diramalkan menyuntik transformasi terhadap ramai wanita kerana membantu mereka membebaskan diri dari bergantung kepada pemandu atau saudara lelaki, sekali gus membawa kepada penjimatan wang yang amat besar.
“Masa yang terbuang kerana perlu menunggu ketibaan pemandu sudah berakhir,” kata seorang penuntut jurusan farmasi berusia 21 tahun, Hatoun Dakhil.
“Kami tidak lagi memerlukan lelaki untuk memandu,” katanya.
Kerajaan Arab Saudi awal bulan ini, buat pertama kali sejak beberapa dekad lalu mula mengeluarkan lesen memandu untuk golongan wanita, termasuk ke atas individu yang membuat keputusan menukar permit memandu antarabangsa mereka kepada lesen memandu negara berkenaan.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 Jun 2018 @ 8:56 AM |
|
|
|
|
|
|
|
Kawan2 lobai pas aku tak suka dgn berita ni dan mereka kata ni pengaruh yahudi. Bagi mereka, sepatutnya arab saudi kekal dgn polisi lama kerana mereka khuatit pompuan akan berjuang plak utk bukak hijab tanpa larangan.
No wonder orang kata pas semakin jumud. Ni sah2 lah hak asasi wanita yg dikekang sekian lama. |
|
|
|
|
|
|
|
kesian perempuan arab ddk negara sendiri memandu pun x boleh.. skrg dah boleh memandu Yehaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Wahh minah ereb nmpl rambot jambul kaler2 blonde segala. Klu ikot mazhab bani melayu mesti minah2 ereb ni ahli neraka jahanam kan kan |
|
|
|
|
|
|
|
Baguslah makin laku ler penjulan kereta disana nanti bila dah makin ramai dah boleh memandu |
|
|
|
|
|
|
|
korang tahu kan mcm mana pulau people.. bangsa J . dan ummah gedebe memandu..
bangsa arab ni lagi hazab.. |
|
|
|
|
|
|
|
mark my words,
kalau lepas ni putera Mohd salman kata tudung bukan wajib, apa jadi pada peniaga tudung di Malaya???? keh keh keh.....aku dah kata rambut bukan aurat, hanya takrifan olamak sahaja, tu lah kita tengok....as for lobai bodo PIS, pi mampos lah lobai tu.....
|
|
|
|
|
|
|
|
kenapa dia tak tutop aurat betul2 @Maideen. @FOTHER_MUCKER
|
|
|
|
|
|
|
|
jakim pun ada unit aurat ye maideen???
|
|
|
|
|
|
|
|
dahsyat lah maideen, sampai bilangan kakitangan pun tau
apa jadi ye maideen, sekiranya arob saudi buat fatwa bahawa rambut wanita bukan aurat dan terserah siapa nak pakai tudung boleh pakai , siapa yang tak nak pakai pun boleh, apa impak pada lobai malaya???
|
|
|
|
|
|
|
|
Inilah boqti keindahe Isle...
Daley Isle... Pompuan dibenarkan memandu tawww! |
|
|
|
|
|
|
| |
|