|
|
Disebabkan satu gambar, ramai peminat yang menyangka Yuna dah berbadan dua!
Masing-masing mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada penyanyi ini.
Semuanya bermula bila suami Yuna iaitu Adam Sinclair memuat naik gambarnya di Instagram.
Diapit oleh dua orang wanita, Yuna kelihatan sedikit berisi.
Ingatkan dah nampak baby bump, rupa-rupanya ia hanya illusi sahaja.
Di ruangan komen, Yuna jelaskan yang dia tidak mengandung, mungkin kelihatan seperti itu kerana memakai jubah yang agak besar.
Walau bagaimanapun peminat tetap mendoakan yang terbaik buat pasangan ini.
Semoga Yuna sentiasa berbahagia di samping suami dan terus maju jaya dalam karier. -CARI
|
|