CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4245|Reply: 35

[Tempatan] Zahid yakin Pakatan tumbang, Umno rampas kembali Putrajaya.

[Copy link]
Post time 26-6-2018 05:52 AM | Show all posts |Read mode
Zahid yakin Pakatan tumbang, Umno rampas kembali PutrajayaWARTAWAN SINAR HARIAN
25 JUN  2018

[url=][/url]


Ahmad Zahid melaungkan ‘Hidup Umno’ ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Sambutan Aidilfitri dan sesi memperkenalkan calon ahli Majlis Tertinggi Pemilihan Umno 2018 – 2021 anjuran Umno Wilayah Persekutuan di Dewan Merdeka, PWTC hari ini. Foto - MediaUmno


KUALA LUMPUR - Calon Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yakin Umno akan merampas semula Putrajaya tanpa pilihan raya yang rumit.
Bekas timbalan perdana menteri itu berkata, perkara itu berdasarkan ketidakstabilan kerajaan Pakatan Harapan (Harapan).


"Kita tahu mereka mereka goyah. Kita mempunyai ahli Parlimen yang paling ramai. Pilih saya dan saya tahu apa yang perlu dibuat," katanya kepada perwakilan Umno Wilayah Persekutuan semasa taklimat tertutup di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.




Umno ketika ini mempunyai 54 kerusi dalam Parlimen.
Pemangku Presiden itu berkata, beliau mempunyai hubungan baik dengan semua orang.
"Saya baik dengan orang baru saja keluar," katanya yang dipercayai merujuk kepada Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim yang baru dibebaskan dari penjara pada bulan lalu.
"Saya baik dengan orang di Sabah dan Sarawak malah orang yang dulu di Pulau Pinang. Mereka dari Amanah saja yang saya tak berapa baik," katanya.
Beliau menambah, enam minggu Harapan memerintah, kerajaan itu masih mempunyai pemikiran pembangkang.
Kenyataan itu dibuat sebagai merujuk cadangan kerajaan melarang tukang masak warga asing bekerja di restoran tempatan yang diumumkan minggu lalu.
Bagi merebut kerusi Presiden, Zahid akan bersaing dengan lima lagi calon termasuk veteren Umno Razalegh Hamzah dan bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.
[ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan baharu macam tempe]









Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2018 06:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Zahid ni nmpk tak cerdik dari dulu kini dan selamanya...semoga UMNO selamat dari memilih beliau sbg presiden.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2018 06:24 AM | Show all posts
Apasal tgok Zahid ni rasa mcm menyampah betul...pleaselah pilih KJ ke yg lain2 asalkan jangan Zahid..ingat nak menarik semula undi golongan muda ni bukan senang...kalau Zahid Presiden...mmg lama lglah BN nk perintah. PH pun takdelah hebat sgt, jika skrg ni belum stabil pun sbb mereka mungkin sdg sesuaikan diri sbg kerajaan, jdi bg masa...ada 5 tahun lg utk rakyat tengok prestasi PH sbg kerajaan...
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2018 06:29 AM | Show all posts
Zahid ni kalau lah pinochio hidung dia dah sepanjang 5 km agaknya..  

Ego, bongkak, penipu...  silap silap jadi macam Jamal jamban perasan ramai orang sokong dia, last last dapat 2 undi jer.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2018 07:05 AM | Show all posts
creep_bite replied at 26-6-2018 06:14 AM
Zahid ni nmpk tak cerdik dari dulu kini dan selamanya...semoga UMNO selamat dari memilih beliau sbg  ...



Aku tengok dia dlm video ni pun tahu tak cerdik

Konfiden ni walaupun sebutan lintang pukang
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2018 07:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau zahid komedi makanya umno takkan menang lagi next pru.aku X kan pangkah kau le tambahan kalau ada anak kau dok menyibuk dgn nazri teksi samseng kampung pisang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-6-2018 07:10 AM | Show all posts
Edited by Simunggu at 26-6-2018 07:16 AM

UMNO & BN akan merampas putrajaya...itu pasti...kecuali PH membuat pembangunan & perubahan yg ketara bukan tiru BN punya idea mcm GST atau BRIM atau ECRL atau Pan Borneo atau bantuan pelajar atau bantuan peladang hatta harga RON95 rm2.20 adalah peninggalan BN....mereka kena bena identiti PH, idea PH sendiri..kalau setakat proton no.2 tu...aduh...
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2018 07:21 AM | Show all posts
selagi ada jamal jamban dalam umno...susah nak percaya kembali kepada dema
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2018 07:48 AM | Show all posts
Simpan je laa sembang tu....
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2018 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Selagi muka engkau wujud selagi tu umno takkan naik. ...

Pada pendapat aku umno boleh tumbangkan PH sekiranya wujud muka baru yang bebas dari segala kes korupsi dan hidup bersederhana. ..

Sebab ...ramai juga pemimpin PH yang hidup mewah melampau. ..dan tengah struggle kotakan janji2 untuk menaikkan taraf hidup rakyat. ..tambah2 Tun di hujung usia (moga Tun panjang umur)...tengah ada Tun pun banyak percanggahan pendapat sesama pemimpin PH. .ini kan bila Tun tiada  (naudzubillah )

Rakyat memang benci kan pemimpin umno yang  hidup bertunjangkan duit demi untuk diri dan famili mereka sendiri. ..laungan rakyat didahulukan adalah hipokrit sebelum ni. ...

Jadi umno boleh ja bangkit jika tukar pemimpin. .
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2018 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
selagi cina india X sokong jgn harap bole menang
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2018 08:05 AM | Show all posts
Bg aku umno bole kembali memerintah jika ph buat mcm ape yg umno dulu buat antaranye menipu rakyat projek ecrl yg kata cuma rm55bilion tetapi tu cuma fasa 1 je belanja sbnr lebih 90bilion..kes derma pak arab pn menipu rakyar jugabetul die mmg baik dgn anwar..setakat ni aku rs xde statement die hencap anwar..
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2018 08:39 AM | Show all posts
Aii harap sangat saki baki ahli UMNgok mengundi utk KJ. Biar si jawa kertu ini terduduk tersembam ke lantai terus!

Ada hati lagi nak jadi pemimpin padahal dia 2 x 5 sahaja dgn Najib. Muka tak tau malu langsung!! Padan muka anak dia kalah ingat dia anak Jahid boleh menang tanpa bertanding? prfffhht
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2018 08:45 AM | Show all posts
noor2 replied at 25-6-2018 03:57 PM
Selagi muka engkau wujud selagi tu umno takkan naik. ...

Pada pendapat aku umno boleh tumbangkan  ...



PH akan tumbang bila "yang baru keluar" itu menjadikan parti PH parti Nuar & family. Nuar ni nampak gaya ada harapan mengubah structur parti PH. :-(


Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2018 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
DARSITA replied at 26-6-2018 08:45 AM
PH akan tumbang bila "yang baru keluar" itu menjadikan parti PH parti Nuar & family. Nuar ni n ...

Setuju kata2 Dar. ...harap family ni tunjuk dulu matlamat memerintah demi keadilan rakyat. ..bukan keadilan Anwar semata. ...
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2018 08:58 AM | Show all posts
Hidup pun sogan...mati tak mahuuuuu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2018 09:42 AM | Show all posts
Susah BN /UMNO nak menang balik...tengok lah apa jadi dgn Selangor, Penang dan Kelantan. Nak cakap pun tengoklah prestasi PH di negeri2 tersebut...
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2018 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
roy3 replied at 26-6-2018 08:05 AM
Bg aku umno bole kembali memerintah jika ph buat mcm ape yg umno dulu buat antaranye menipu rakyat ...

Dulu dia masuk ISA sbb anwar rasanyaz tpi sama spesis dgn lokman adam melompat
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2018 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap taun depan ada la PRU skali lg.
Tgn aku dah gatai nak pangkah beend ni.
Bg Mat Maslan jd piyem.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2018 10:07 AM | Show all posts
yaa...dalam masa 5 tahun ni..umno kena muhasabah diri..buang segala pemimpin tua yg x relevan dalam umno..antaranya..
nazri aziz
tajudin rahman
isa samad (ada lagi ka?)
abdul aziz kuty
rahman dahalan
dan juga...zahid hamidi sendiri
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-10-2024 04:31 PM GMT+8 , Processed in 0.067904 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list