Tak habis-habis Wak Doyok ni. Baru ja menggegarkan industri hiburan dengan kapsyen lucah, kini Wak Doyok memalukan diri sendiri dengan meletakkan sekeping gambar koleksi kasut dengan kapsyen "Bilik dah penuh dengan kotak #sneckers" di IG Story. Namun apabila diselidik, gambar itu sebenarnya dimuat turun dari Google.
Hal ini membuatkan netizen bernama Faruk Mekic sempat 'screen shot' lalu meletakkannya di Twitter dan bertanyakan Wak Doyok sendiri.
Foto : IG Story Wak Doyok
Post tersebut nyata mendapat perhatian Wak Doyok lalu membalas dengan taglinenya yang biasa.
Nampaknya pengguna Twitter lain pun seronok memberi komen yang sarkastik.
Yang menariknya, rajin pula Wak membalas komen-komen di Twitter Faruk ini.
Malahan ada netizen yang terus Direct Message (DM) Wak Doyok dan jawapan Wak sendiri. Kelakar pula rasanya.
Rupa-rupanya gambar tersebut sejak tahun 2014 lagi. Oh!
Apabila mengetahui situasi sebenar, ramai pula yang menyindir Wak termasuklah kesalahan ejaan Sneackers sebagai #Sneckers.
Itulah, pelbagai cara dilakukan selebriti masa kini semata-mata untuk memastikan terus popular. Tetapi harus diingat dunia tanpa sempadan memungkinkan segala-galanya. Jadi, awas! - CARI
|