CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5785|Reply: 46

[Tempatan] Jemaah terima kejutan, Mat Sabu baca khutbah Jumaat

[Copy link]
Post time 29-6-2018 04:44 PM | Show all posts |Read mode





IPOH - Jemaah di Surau Salahuddin Al-Ayubi, Batalion ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Kem Gua Permai menerima kejutan apabila khutbah Jumaat hari ini dibacakan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.

Menerusi khutbah Jumaat itu, Mohamad Sabu mengajak umat Islam supaya berani mengakui kesilapan dan sanggup lakukan pembetulan agar menjadi umat lebih mulia.


Beliau juga mengingatkan lebih baik mengamalkan sikap merendah diri dan segera meminta ampun setelah berbuat kesalahan.

“Sama ada pihak yang berkuasa atau tidak berkuasa, renung dan sanggup membuat pengislahan (pembaharuan) supaya kita dapat kembali memimpin atas muka bumi ini.

“Kita kena akui kelemahan dengan  penuh tawaduk dan sama-sama membina kembali kesilapan dilakukan orang Islam sama ada pemimpin atau umat Islam lain secara umum,” katanya.

Khutbah pertama dibacakan sejak beliau menerajui Kementerian Pertahanan itu disampaikan di hadapan 750 pegawai dan anggota RAMD yang turut dihadiri Panglima 2 Briged, Brigedier Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaffar.

Hadir sama, Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu.

Solat Jumaat diimamkan, Exco Kerajaan Negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Dalam khutbah Jumaat itu, turut disentuh keadaan umat Islam pada masa kini yang saling bertingkah dan membunuh antara satu sama lain hanya kerana wujudnya perbezaan sedikit dalam nilai kepercayaan mereka.

Mohamad Sabu berkata, negara kotor, paling tinggi rasuah, tiada ukhuwah hingga saling bunuh sesama sendiri dan umat yang menjadi pelarian paling ramai semuanya berlaku di negara Islam.

“Apakah agama yang salah atau kita yang salah, insafilah, kitalah yang perlu buat pembetulan,” katanya.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2018 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Hebat abg mat kita multitasking
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2018 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
X terkejut pon. Kalau menteri lain or ex menteri lain i terkejut.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2018 06:54 PM | Show all posts
tak terkejut pun. cuma hati2 jela. mat mesra syiah kan. nk ckp tu je
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2018 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
MasyaAllah!
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2018 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow bang mat. Untung sapa di situ

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-6-2018 07:30 PM | Show all posts
kerasuk replied at 29-6-2018 06:54 PM
tak terkejut pun. cuma hati2 jela. mat mesra syiah kan. nk ckp tu je

which part yg tunjuk dia mesra syiah
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2018 08:05 PM | Show all posts
Adakah ini individu yang sama? Mohon pencerahan sebab dah lama gambar ni tersebar di internet. takkan lah ni Presiden Parti Islam PAN. Yang ni kira macam terkejut beruk punya level gak la.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2018 08:08 PM | Show all posts
Huhuhu... munccul jugak Zaza Gstring akhirnya

Moga Bang Mat dah delete no phone Zaza ya
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2018 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_BeachBoys replied at 29-6-2018 08:05 PM
Adakah ini individu yang sama? Mohon pencerahan sebab dah lama gambar ni tersebar di internet. takka ...

Naper takder bayang..muahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2018 08:18 PM | Show all posts
totokreturn replied at 29-6-2018 08:10 PM
Naper takder bayang..muahahaha


tak nampak bayang sebab terbayang benda lain kot ni

Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2018 08:21 PM | Show all posts
tugas menteri bukan baca khutbah

menteri mesti fokus tugas utama

baca khutbah boleh ganggu fokus
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2018 08:30 PM | Show all posts
Kalau dia tak ada kes sebelum ini ( cerita cc@maideen ) dan kes Zaza GString ok jer, tapi dah ada rekod sebelumnya takut orang kata hipokrit je bagi kuthbah2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2018 08:41 PM | Show all posts
"Kita kena akui kelemahan dengan  penuh tawaduk dan sama-sama membina kembali kesilapan dilakukan orang Islam sama ada pemimpin atau umat Islam lain secara umum"

at least abg mat straight

Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2018 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebelum ni pun dah pernah baca khutbah.tak heran pon.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2018 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu kat ITM bang Mat hebat dgn boria..he he..macam macam dia boleh , tu belum dia cerita bab filem hindustan lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2018 08:44 PM | Show all posts
munchkin replied at 29-6-2018 06:57 PM
Wow bang mat. Untung sapa di situ

dgn berita mat sabu membaca khutbah ini diharapkan tarif letrik akan turun
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2018 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
totokreturn replied at 29-6-2018 08:10 PM
Naper takder bayang..muahahaha

Xsangka pengikut ulamak pn perangai lbih kurg je mcm cai umno main up2 pic dgn pmpuan bagai ye..
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2018 08:50 PM | Show all posts
Mat Sabu ni baca khutbah idok la Ganja pelik.
Sah2 la, Mat Sabu ni jantan nyah oi.
Yang Ganja pelik, kalau tiba-tiba Kak Mah yang baca khutbah.
Terkontut jugak Ganja lepas ambek air sembahyang ni haaa.

Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2018 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua nk tunjuk blh jd pemimpin islam sejati.....

Tapi blh kantoi dgn pompuan....lain kali klu rekod peribadi x brp nk bersih, tak yah nk hipokrit sgt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:46 PM GMT+8 , Processed in 0.077400 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list