CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2790|Reply: 21

Baru Tingkatan Tiga, Dah Cuba Bunuh Diri Minum Racun Paraquat

[Copy link]
Post time 2-7-2018 11:46 AM | Show all posts |Read mode
Seorang pelajar lelaki tingkatan tiga cuba membunuh diri dengan meminum racun jenis paraquat yang ditemuinya di dalam tandas sebug sekolah di Buntong, Ipoh.


Harian Metro melaporkan, mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun sekepas mengalami muntah.


Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata,


“Pada mulanya mangsa mendakwa seorang lelaki datang dari belakang secara tiba-tiba lalu mencekik lehernya dan menuang cecair ke mulutnya ketika sedang membuang air kecil di tandas sekolah.


“Mangsa mendakwa dia meronta cuba melepaskan diri lalu lari ke dalam kelas tanpa melihat suspek.


Gambar Hiasan


Walau bagaimanapun hasil penyiasatan tidak menjumpai sebarang berkas berisi racun .


Ragu dengan keterangan mangsa, pegawai penyiasat mengambil keterangan sekali lagi.


Mangsa kemudiannya mengaku tiada suspek yang memasukkan cecair ke dalam mulutnya sebaliknya dia meminumnya sendiri.


“Pelajar itu memberitahu racun itu tersimpan di dalam botol di atas sinki di hadapan tandas sekolah, yang botolnya dibuang ke dalam longkang selepas meminumnya."


Pelajar tersebut ada memberitahu bapa saudaranya namun enggan memberitahu keluarga kerana bimbang dimarahi.


“Perkara sebenar hanya diketahui oleh bapa mangsa, bapa saudara dan ibu saudara mangsa, namun kesemuanya enggan memberitahu ibu mangsa mengenainya disebabkan bimbang ibu mangsa tidak boleh menerima kenyataan.”

Difahamkan mangsa tiada sebarang masalah percintaan, keluarga, permusuhan atau dengan sesiapa di sekolah.


“Ibu bapa mangsa tidak bercerai, tetapi tidak duduk bersama."


Kes disiasat mengikut  Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cubaan bunuh diri. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2018 12:00 PM | Show all posts
apa masalah ko dik
kemurungan ke
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2018 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmmmmm ko dah kenapa?
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2018 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian budak ni.
Kurang kasih sayang agaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2018 12:28 PM | Show all posts
“Ibu bapa mangsa tidak bercerai, tetapi tidak duduk bersama."


Stress pasal ibu bapa kot.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2018 12:34 PM | Show all posts
otak & akal singkat sangat kau dek
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-7-2018 12:43 PM | Show all posts
mati lg best ke dik
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2018 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Gila @sam1528 tidak mahu sedekah qurma pada adik ini kah supaya cepat sembuh ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2018 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Paraquat tu dikkk,  mmg btol nk mati lah nii. Semua org ade mslh dlm dunia ni,  grow up!  
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2018 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
mungkin dia dh fikir....mak,ayah dh nak bercerai...
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2018 01:19 PM | Show all posts
drama queen nya kau dek.
bapok ke heshe??
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2018 03:33 PM | Show all posts
nak pmr tahun ni mak bapak pulak berantakan..
budak ni perlu perhatian dan kasih sayang mak bapak..
lagi-lagi remaja tengah tercari arah kehidupan..

Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2018 03:36 PM | Show all posts
serabut betul fikirannya sampai
berbelit2 bagi keterangan..
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2018 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah nape Dik...
Kemurungan teruk smpai minum racun
Stadi rerajin tuk PT3 tu x lama lagi tu..
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2018 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Buntong tu area gangster India kalau tak silap aku
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2018 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Rugi ko bunuh diri dik. Nikmat dunia ko tak merasa lg. Akak syorkan ko lupakan masalah.. pegi enjoy.. jadi playboy. Cari gf kaya kaya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2018 04:24 PM | Show all posts
mawarika replied at 2-7-2018 03:48 PM
Rugi ko bunuh diri dik. Nikmat dunia ko tak merasa lg. Akak syorkan ko lupakan masalah.. pegi enjoy. ...

kalau wajah jinjang bukit, tak berplayboy sangat lah kak.. hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2018 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah nk mati pun nk berdrama lg....
Kaitkan org lain....
Cer ngaku je kau nk bunuh diri....
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2018 08:39 PM | Show all posts
Dwdrum replied at 2-7-2018 12:51 PM
Gila @sam1528 tidak mahu sedekah qurma pada adik ini kah supaya cepat sembuh ?

Tak tau lah


Kena tanya si mat slow tu

Dia klaim : Ajwa dates = paraquat

Ko pon mati2 percaya

Kah kah kah


Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2018 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian... Kena pegi kaunseling byk2 nih...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 11:33 AM GMT+8 , Processed in 0.164463 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list