CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2265|Reply: 7

Aishah Mahu Berhenti Politik Sebab Merajuk Tidak Dipilih Ke?

[Copy link]
Post time 3-7-2018 10:06 AM | Show all posts |Read mode




Saat ini, kecoh di mana-mana mengenai figura yang aktif dalam bidang politik mahu 'pencen' ataupun keluar dari parti pilihan mereka. Semuanya gara-gara tidak terpilih menjadi sebahagian daripada barisan hadapan pemilihan parti di peringkat tinggi.


Menurut netizen, ada di antara mereka ini membuat pelbagai alasan kerana ‘merajuk’ tidak terpilih.




  



Salah seorang yang dikatakan bertindak sebegitu adalah penyanyi bersuara lunak, Aishah. Dia yang suatu ketika dahulu bersuara lantang menentang kerajaan lama ketika itu, tiba-tiba mahu menarik diri daripada aktif di pentas politik.


Menurut Aishah, dia ingin kembali dalam bidang seni yang merupakan akar umbi kepada minatnya yang sebenar.




Foto: IG Aishah




Netizen tanpa membuang masa meninggalkan komen dalam muat naik tersebut. Menurut netizen, Aishah membuat keputusan itu kerana terpaksa selepas namanya tidak tercalon.  


Dua jam kemudian, Aishah membalas komen tersebut menyatakan bahawa dia yang meminta kepada pihak berkenaan untuk tidak mencalonkan namanya. Hal ini kerana dia amat menyayangi bidang seni serta tidak kisah menyanyi sehingga tua kerana pendapatan yang lumayan dalam bidang tersebut.


Sebenarnya, penglibatan artis dalam bidang politik bukanlah perkara baru. Malah, semenjak pilihan raya baru-baru ini artis lebih terbuka dengan parti pilihan mereka.


Namun, ada yang beranggapan dunia politik adalah sesuatu yang negatif sehinggakan penglibatan mereka kadangkala boleh mengundang masalah dalam kerjaya seni. Mungkin Aishah menganggap ini adalah keputusan terbaik buatnya, namun siapa tahu mungkin dia akan berubah hati kelak? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2018 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Sayang bakat nyanyi kak Ecah ... eloklah kembali menyanyi ... apa netizen nak kata buat bodo je ...
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2018 12:33 PM | Show all posts
owh..mmg mintak tak dicalonkan.okeyla ..teruskan forte kak ecah......
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2018 02:46 AM From the mobile phone | Show all posts
ala kak baik duk rumah buat decoupage je sambil tunggu call buat show dr duk join "bro" saddick tu  boleh jugak peluk2 si bam bam.

seperti biasa yg follow n komen kat ig retis ni mmg ramai kategori lembam. dia ingatkan aishah ni sama spm pangkat 3 mcm dia kut.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2018 10:40 AM | Show all posts
bukan kekcah ni dulu penyokong kuat PKR ke? mcm tpernah tgk yg dia pakai baju BERSIH kaler kuning tu dok buat piket ramai2
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2018 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Tp suara sheols dh semput la skrg..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-7-2018 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Aduhai kak ecah comment balas pun tak reflect orang berumur. Biar jela dikata orang kak ecah, bagi statement yg perlu jela, janji masyukkk bagai dikata. But again, to each & their own
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2018 01:20 AM | Show all posts
minta maaf la Aishah ni ibarat Situ Nurdiana versi gemok. Takde aura
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 05:00 AM GMT+8 , Processed in 0.598429 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list