Dalam kehidupan, kita memerlukan kawan. Kawan adalah antara orang yang terdekat dengan kita selain keluarga sama ada untuk mengembirakan, menenangkan ketika sedih atau membantu ketika kita memerlukan pertolongan. Tetapi ada juga kawan yang suka mengambil kesempatan ke atas kita. Yang itu, kita kenalah berhati-hati.
Seorang pengguna twitter berasa sedih dan marah dengan kelakuan seorang rakannya yang telah mengenakan dia dan rakan-rakannya. Mereka yang kelaparan dari petang telah meminta kawannya membelikan makanan dengan memberikan RM30 tetapi kecewa dengan makanan tersebut. Ramai netizen yang mengecam kelakuan kawannya itu.
Sampai hati dia mengenakan wanita ini dengan memberikan nasi putih yang dicampur dengan sisa nasi goreng berserta mee segera yang belum dimasak!
Tengok nasi ni pun dah tak ada selera. Macam nasi nak bagi kat binatang.
Orang tengah lapar, dia boleh nak buat lawak.
Ramai netizen yang mengecam kelakuan kawannya itu. Sampai hati dia mengenakan wanita ini dan kawan-kawannya dengan memberikan makanan sebegitu. Kalau dah kenakan tu dan bagi semula makanan seperti yang dipesan itu ada betulnya, ini tidak! Bagi makanan dah macam makanan untuk binatang dan duit pun diambilnya.
Netizen menyuruh wanita ini bersabar walaupun tahu dia sedang marah. Walaupun marah dengan kelakuan melampau kawannya itu, ramai netizen yang rasa terhibur dan lawak dengan keadaan mee segera yang tidak masak itu.
Tak baik tau kenakan orang yang tengah lapar. Nak kenakan orang pun ada caranya. Kalian jangan cuba-cuba guna idea seperti ini jika tidak mahu putus kawan. - CARI |