View: 4301|Reply: 6
|
Lapar! Fajita Udang Ini Boleh Disiapkan Dalam 20 Minit Sahaja
[Copy link]
|
|
Resipi ini walaupun nampak mudah dan hidangannya pula berskala kecil namun sungguh kaya dengan perisa dan nutrisi yang anda perlukan.
Inilah hidangan klasik Mexico yang perlu anda cuba. Ia bakal jadi menu kegemaran anda!
Foto: The Recipe Critic
Bahan-bahan
Foto: The Recipe Critic
• 400 g udang besar, dibuang kulit
• 1 sudu besar serbuk cili
• 2 sudu teh paprika
• 1 sudu teh serbuk bawang besar
• 1 sudu teh jintan putih
• ½ sudu teh serbuk bawang putih
• 1 sudu teh garam
• ¼ sudu teh lada hitam
• 2 sudu besar minyak zaitun, dibahagikan
• 1 biji lada benggala merah, dihiris
• 1 biji lada benggala hijau, dihiris
• 1 biji lada benggala kuning, dihiris
• 1 biji bawang besar bersaiz sederhana
• Topping pilihan: avokado, krim masam dan daun parsley dipotong
Foto: The Recipe Critic
Cara-cara:
1. Dalam sebuah mangkuk besar, letakkan udang, serbuk cili, paprika, serbuk bawang, jintan putih, serbuk bawang putih, garam dan lada hitam. Ketepikan
2. Panaskan kuali bersaiz sederhana di atas api tinggi dan tambah 1 sudu besar minyak zaitun, lada benggala dan bawang. Kacau sehingga lembut selama 5-7 minit. Pindahkan di bahagian tepi kuali.
3. Tambah 1 sudu besar minyak zaitun dan udang dan masak selama 2-3 minit di sebelah lada benggala tadi.
4. Letakkan kesemua bahan mengikut kreativiti anda di atas roti tortilla bersama topping pilihan anda!
Nikmati ia sementara ia masih suam bersama yang tersayang! Sedap kan? - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Selalu buat dekat rumah bila hari minggu.. bezanya i guna daging lembu dan tambah letak mushroom, cheese... rasa sama macam dekat chilis tu |
|
|
|
|
|
|
|
sedap sangat2...kalo ada magic pan tu lagi senang nak masak... try la buat
|
|
|
|
|
|
|
|
Wah boleh cuba ni...thanks for sharing TT!! |
|
|
|
|
|
|
| |
|