View: 2861|Reply: 3
|
[Tempatan]
Kemaskini: Setiba Di KLIA, Jamal Yunos Terus Dibawa Ke Mahkamah
[Copy link]
|
|
Kemaskini 4 petang :
Setiba Di KLIA, Jamal Yunos Terus Dibawa Ke Mahkamah
sumber : Malaysiakini
Datuk Seri Jamal Yunos tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, KLIA sekitar pukul 3 petang tadi.
Memetik laporan Sin Chew Daily, setibanya pesawat yang dinaikinya itu di KLIA, Ketua Bahagian Umno Sungai Besar itu terus dibawa oleh sekumpulan pegawai dari Jabatan Imigresen ke dalam sebuah kereta yang telah menunggu.
Para pengamal media yang menunggu lama di pintu ketibaan KLIA untuk membuat liputan dikatakan menemui kegagalan berikutan Jamal tidak keluar melalui laluan biasa KLIA.
Polis mengesahkan Jamal dibawa terus ke Mahkamah Majistret Ampang untuk didakwa bawah Seksyen 224 Kanun Keseksaan kerana melarikan diri daripada tahanan polis.
Jika didapati bersalah atas kesalahan lari daripada tahanan, beliau boleh dihukum penjara tidak lebih tiga tahun, denda tidak lebih RM5,000, atau kedua-duanya sekali.- CARI
Kemaskini 2.30 petang :
Jamal Yunos Tiba Di KLIA Pada Pukul 2.15 Petang- Peguam
sumber : carian internet
Memetik laporan Malaysiakini, wakil peguam Datuk Seri Jamal Md Yunos dalam satu kenyataan memaklumkan, anak guamannya akan dihantar pulang ke Kuala Lumpur melalui penerbangan MH710 dari Jakarta dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, KLIA pada pukul 2.15 petang.
"Ketika melawat Jamal Selasa lalu anak guamnya dalam keadaan yang baik walau kelihatan letih."
"Polis Indonesia menjaganya dengan baik...Saya diberitahu mereka membekalkan segala keperluan dan ubat-ubatan kepada Jamal," kata wakil peguam Datuk Seri Jamal
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata Jamal akan terus dibawa ke Mahkamah Majistret Ampang.- CARI
Kemaskini 11 pagi :
Jamal Yunos Akan Dibawa Balik Ke Malaysia Esok?
Menurut laporan Malay Mail, Ketua Bahagian Umno Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang berjaya ditahan oleh Polis Kebangsaan Indonesia (Polri) Selasa lalu akan dibawa balik ke Malaysia setelah proses ektradisi diselesaikan.
sumber : carian internet
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahkan dua hingga tiga orang pegawai daripada Jabatan Siasatan Jenayah Selangor telah bertolak ke Indonesia untuk menguruskan proses ektradisi yang dijangka mungkin mengambil masa dua atau tiga hari.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Sambutan Aidilfitri di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras semalam.
"Kami menghargai kerjasama penuh daripada pihak berkuasa Indonesia untuk membawa pulang Jamal bagi menyelesaikan siasatan berkenaan dakwaan yang dihadapinya." - CARI
sumber : carian internet |
|
|
|
|
|
|
|
Mari balik bg jamal. Dh raya d sana sambung raya kt cni pulak. Umno Sg besar menanti anda. Begitu juga dgn para hakim. |
|
|
|
|
|
|
|
akhirnya setelah sekian lama.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|