|
Rasa ingin tahu remaja berusia 13 tahun membawa padah apabila dia terpaksa menahan sakit selepas kabel USB yang dimasukkan ke dalam zakarnya bersimpul dan tersekat di dalam saluran kencing.
Memetik METRO, remaja yang tidak didedahkan namanya itu memasukkan kabel berkenaan 20 sentimeter ke dalam zakarnya sebelum menyedari dia tidak boleh menariknya keluar.
Ibu bapa mangsa membawanya ke hospital berhampiran di wilayah Heilongjiang, China di mana pasukan perubatan menggunakan pelincir untuk menarik keluar kabel berkenaan.
Doktor, bagaimanapun gagal mengeluarkan kabel itu selepas remaja berkenaan tidak dapat menahan kesakitan. Mangsa kemudian dipindahkan ke Hospital Kanak-kanak Harbin pada keesokannya.
Foto: AsiaWire/METRO
Menurut Doktor Xu Liyan, remaja berkenaan memotong hujung kabel itu sebelum memasukkannya ke dalam zakar. Difahamkan, tindakan remaja berkenaan adalah disebabkan 'rasa ingin tahu' mengenai alat kelaminnya.
"Kabel itu dimasukkan hingga ke salur kencing di mana ia terbelit dan tersimpul. Apabila dia cuba menariknya keluar, kabel itu tersekat," katanya.
Doktor tiada pilihan selain menjalankan pembedahan bagi mengeluarkan kabel berkenaan. - CARI |
|