View: 3453|Reply: 13
|
Batu Pengganti Ais, Lebih Sejuk Dan Selamat!
[Copy link]
|
|
Teknologi terkini boleh dikatakan semakin canggih dan sukar diterima akal. Betul ke letak saja batu, air boleh jadi sejuk macam ais?
Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila sebuah kedai barangan harga murah menawarkan batu sebagai pengganti ais. Batu ini dikatakan berasal dari batu asli yang disebut granite dan mampu menyejukkan air. Idea menggunakan batu semula jadi sebagai pengganti ais ini pertama kali diperkenalkan oleh syarikat dari Jepun.
Penggunaan batu ini dibangkitkan oleh seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama Nik Nazwan.
Foto: Twitter nik_nazwan
Menurutnya, batu yang dijual dengan harga murah ini sangat mudah didapati dan selamat digunakan. Cara mengendalikannya juga amat ringkas iaitu dengan hanya meletakkannya di bahagian sejuk beku selama tiga jam atau lebih.
Batu yang dikenali sebagai stone ice cube ini juga boleh dikitar semula. Maksudnya, anda masih boleh menggunakannya berulang kali.
Kelebihan menggunakan batu ini adalah bentuk dan sifatnya tidak akan terjejas serta tidak mengurangkan kemanisan air minuman. Bukan itu sahaja, batu ini juga merupakan batu natural yang tidak larut dan tidak mempunyai bahan kimia serta tidak mempunyai kesan sampingan.
Menggunakan batu ini memang memudahkan. Bukan sahaja menjimatkan ruang di dalam peti sejuk, malah menjimatkan masa. Cuma akan menjadi masalah kepada golongan pemakan ais. Mungkin mereka perlu berhati-hati selepas ini. Bimbang gigi pula yang berderai nanti. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Yg stainless steel pun ada. |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi lepas habis minuman, aku suka gigit ais so kalau pakai batu ni tak boleh la gigit2 |
|
|
|
|
|
|
|
Tp x berat ke? Kang nk buat air satu jag x terangkat plak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Lepas disejukkan 3jam dlm peti ais, brapa lama jgka masa batu tu utk teros sejuk ? Sape2 tau... ? |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh je gigit, berterabur gigi lah lepas tu
|
|
|
|
|
|
|
|
senang la nak bajet gula pasni
ni kalau tak terlebih manis, macam xde gula pon jadi lepas letak ais |
|
|
|
|
|
|
|
Pegi tgk kat Daiso tadi, tak jumpa pun |
|
|
|
|
|
|
|
Ni kiranya mengambil konsep muatan haba pendam yg kita bljr masa fizik zaman sklh dulu la ye?? Tapi betul menjadi ke? Ada yg dah cuba? |
|
|
|
|
|
|
|
Nak cari kat daiso japan nanti. Kalau jumpa boleh beli sikit. |
|
|
|
|
|
|
|
wowwwww creative naw jepon ni |
|
|
|
|
|
|
|
betul ker x membahayakan kesihatan
ada kelulusan dr KKM ker..
iya lah da rendam dn campur dlm air minuman |
|
|
|
|
|
|
|
hahahaha relevan juga pemikiran ni..berat ke batu tu?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|