|
|
Memetik laporan Free Malaysia Today, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan Kerajaan Pakatan Harapan mengisytiharkan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, menteri Kabinet dan semua ahli Parlimen sebagai penjawat awam.
[size=3]
[/size]
[size=3][b][i]"Kesemua jawatan dalam pentadbiran wajib mengisytiharkan aset, pendapatan termasuk juga hadiah yang diterima mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)."[/i][/b][/size]
[size=3]
[/size]
[size=3][b][i]“Kerajaan memang berhasrat mencegah rasuah namun ia bukanlah perkara mudah kerana ia (rasuah) berlaku dalam pelbagai bentuk, dalam perkara ini kita perlu jawatankuasa."[/i][/b][/size]
[size=3]
[/size]
[url=https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201807/10/103353k9mzj67fsf56dnf7.jpg][img]https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201807/10/103353k9mzj67fsf56dnf7.jpg[/img][/url]sumber : Kosmo
[size=3]Perdana Menteri berkata demikian ketika sidang media selepas mempengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai Anti Rasuah di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya semalam.[/size]
[size=3]
[/size]
[size=3]Tegas beliau, kesemua anggota kerajaan tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang.[/size]
[size=3]
[/size]
[size=3][b][i]“Walau bagaimanapun kita bagi kelonggaran iaitu kalau mereka terima hadiah dalam bentuk bunga, makanan atau plak sebagai satu tanda penghormatan tetapi perlu diisytiharkan kepada pihak bertanggungjawab,"[/i][/b] jelas beliau.[/size]
[size=3]
[/size]
[size=3]Tambah beliau, adakalanya pegawai kerajaan juga mungkin terdedah kepada korupsi misalnya menerima suapan atau hadiah kerana ‘membantu’ ia juga dilarang.- [b]CARI[/b][/size] |
|