Adatlah kepada selebriti apabila memuat naik video di Instagram, pasti mendapat pelbagai reaksi. Tambah-tambah lagi video yang memaparkan perbuatan baik. Pasti dikaitkan dengan tujuan hanya untuk menunjuk-nunjuk dan riak.
Begitu yang terjadi kepada bekas peserta hero remaja, Hariss Annuar. Video berdurasi 58 saat menunjukkan dia sedang solat menarik perhatian ramai dan mereka mula meninggalkan komen mempertikaikan tujuan video tersebut dimuat naik.
Rata-rata netizen menuduh Harris sengaja merakamkan adegan solat itu atas tujuan untuk menunjuk-nunjuk. Menurut netizen, kesan daripada mempertontonkan video itu kepada umum menyebabkan ramai orang akan mula mencela dan menegur ketidaksempurnaan Harris ketika menunaikan solat.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201807/09/172154vwjby1ebrub1pzeb.png) Foto: IG Harris Annuar
Harris membalas komen-komen netizen dan menyatakan tujuan dia memuat naik video tersebut adalah untuk memberi peringatan dengan mesej doa yang disampaikan.
Selain itu, Haris juga tidak dapat menghalang netizen daripada membuat kesimpulan terhadap apa yang dipertontonkan serta mengharapkan mereka berbaik sangka kerana tujuannya adalah murni iaitu untuk mengingatkan sesama manusia. - CARI
|