Ramai yang tahu penyu adalah antara haiwan yang semakin pupus dan dilindungi. Generasi sekarang pun agak sukar untuk melihat penyu apatah lagi generasi akan datang sekiranya populasi penyu mengalami kepupusan. Faktor Kepupusan penyu bukan hanya disebabkan faktor pencemaran tetapi disebabkan aktiviti manusia yang mementingkan diri.
Sebuah badan NGO, Turtle Conservation Society of Malaysia menaikkan status kesal melalui akaun twitternya apabila seorang wanita di dalam grup Facebook ‘Masak Apa Hari Ni’(MAHN) menaikkan status tentang kesedapan memakan telur penyu yang dibelinya.
Rata-rata netizen mengecam status wanita tersebut dan menunjukkan reaksi marah kepada sesiapa yang memakan telur penyu kerana banyak spesies penyu yang semakin pupus. Jadi, tidak wajar telur penyu dimakan sesuka hati tanpa rasa bersalah.
Ada netizen yang pernah mencuba telur penyu dan mengatakan rasa telur penyu tidaklah sesedap mana. Jadi, netizen tidak perlu terpengaruh dengan status wanita tersebut demi menjaga populasi penyu.
Netizen turut mempertikaikan usaha dan tindakan yang boleh diambil oleh pihak kerajaan Terengganu bagi membanteras penjualan telur-telur penyu di pasar-pasar. Tetapi sayangnya, tiada undang-undang yang boleh menghalang penjualan telur-telur penyu melainkan telur penyu belimbing.
Walau apapun, sama-samalah kita bertanggung jawab menjaga spesies penyu yang kian pupus dengan tidak membeli dan memakan telur-telur penyu. Semoga selepas ini akan ada undang-undang pengharaman memiliki, menjual atau memakan telur-telur spesies haiwan yang dilindungi. Setuju tak? - CARI
|