CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3665|Reply: 0

EDISI TERENGGANU : Terengganu juara Korobori Pengakap Kanak-kanak Kebangsaan

[Copy link]
Post time 10-7-2018 09:42 PM | Show all posts |Read mode

KUALA NERUS: Kontinjen pengakap Terengganu muncul juara keseluruhan dalam Korobori Pengakap Kanak-Kanak Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, di sini, yang berakhir hari ini.

Terengganu yang menghantar kontinjen paling ramai iaitu lebih 2,000 peserta daripada keseluruhan lebih 7,000 peserta menyapu bersih tiga kategori yang dipertandingkan dalam program yang diadakan selama lima hari bermula Jumaat lalu.

Kategori pertama yang dimenangi kontinjen pengakap Terengganu adalah dalam acara Kem Kraf Perkhemahan yang diwakili pasukan Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) daerah Setiu, manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi kontinjen Johor dan Pahang.

Bagi kategori Ikatan dan Simpulan, kontinjen Terengganu yang juga diwakili PPM daerah Setiu dinobatkan sebagai juara menewaskan kontinjen pengakap Kuala Lumpur yang muncul naib juara, manakala tempat ketiga disandang kontinjen pengakap Pulau Pinang.

Kontinjen Terengganu juga meraih tempat pertama bagi kategori Kebudayaan apabila PPM daerah Kemaman berjaya menundukkan kontinjen pengakap Kuala Lumpur yang terpaksa akur di tempat kedua dan ketiga oleh kontinjen pengakap Perak.

Setiausaha kerja program, Wan Mohd Rizal Affendi Wan Embong, berkata perkhemahan pengakap itu adalah antara yang terbesar diadakan setakat ini, membabitkan murid sekolah rendah di seluruh negara.

"Penganjuran kali kedua terbesar oleh Terengganu ini berjaya mencapai objektifnya selain murid didedahkan dengan ilmu dalam pengakap termasuk berkaitan dengan ketahanan diri dan berdikari," kata Rizal.

Sementara itu peserta yang ditemui melahirkan rasa gembira dan teruja kerana dapat menyertai korobori pengakap terbesar itu yang diadakan secara dwitahunan.

"Saya begitu seronok dapat sertai perkhemahan ini kerana banyak ilmu dapat dipelajari, jika ada peluang saya akan sertai lagi," kata Naqib Nuqman Kamsani, 11, dari Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Langkap, Teluk Intan, Perak.

Bagi Hanna Zaheera Nor Azilan, 12, peserta dari SK Serendah Rawang, Selangor, dia gembira kerana banyak ilmu baharu dapat dipelajari.

"Selain gembira kerana dapat bertukar-tukar idea dengan kawan baharu, saya juga teruja kerana dapat belajar ilmu pengakap yang sebelum ini saya tidak tahu," katanya.

Pandangan sama disuarakan murid SK Tok Dir, Marang, Terengganu, Wan Ahmad Aqif Wan Mohd Rizal Affendi yang mengakui gembira dapat menyertai perkhemahan itu.

"Selain dapat ilmu berkaitan pengakap, saya juga seronok menyertai pelbagai aktiviti lasak yang disediakan dan jika ada lagi selepas ini pasti saya sertai," kata Wan Ahmad Aqif.


https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2018/07/447268/terengganu-juara-korobori-pengakap-kanak-kanak-kebangsaan

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada Bezza pada 2023
ultra78'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada
Views : 9488 Replies : 28
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 5956 Replies : 63
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6218 Replies : 20
Janji manismu
maklukpenggodaJanji manismu
Views : 25419 Replies : 2
Kekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon sewaktu ketibaan jenazah komander firdaus di masjid sungai nibong
YgBenarKekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon
Views : 4714 Replies : 15
Penyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut Hak’ – Kenyataan Watak Imani Dalam ‘Lelaki Itu’ Mula Dibenci Netizen
YgBenarPenyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut
Views : 13226 Replies : 172
'Diam sajalah Sanusi'
maklukpenggoda'Diam sajalah Sanusi'
Views : 5021 Replies : 8
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 17996 Replies : 89
Betul ke tu….cinter?
stingerkentotBetul ke tu….cinter?
Views : 16382 Replies : 15

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:32 PM GMT+8 , Processed in 0.053885 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list