Jejaka terhangat Malaya masa kini, Syafiq Kyle sentiasa dinantikan perkembangan terbarunya. Malahan laman media sosialnya kerap diintai oleh para pengikutnya.
Lagi satu, boleh dikatakan Syafik antara artis yang rajin berinteraksi dengan para pengikutnya sama ada di Twitter mahu pun di Instagram. Ada sahaja yang di'tweet' bagi menghargai para peminatnya.
Terbaru, Syafiq juga meminta pendapat para pengikutnya berkenaan topik yang sesuai, jika ada drama sekuel Nur 2.
Foto : Twitter Syafiq Kyle
Pastinya watak antagonis Ustaz Hamadi dan Aisyah yang lebih menggila dinantikan penonton.
Isu 'depression' HR juga mendapat perhatian.
Foto : Carian Internet
Tidak lupa, isu semasa iaitu LGBT, buang bayi dan kahwin kanak-kanak.
Tetapi, menonton drama Nur memang agak meresahkan. Sampaikan ada yang tidak mahu menontonnya kerana stres.
Satu lagi komen yang bernas dari penonton iaitu kejahilan arab jahiliyah. Di luar kotak nampaknya.
Bagi segelintir penonton pula, mereka mahukan Nur kekal dalam kelas tersendiri, jadi tidak perlu sambungannya.
Pastinya pihak produksi drama Nur telah menimbang tara sama ada untuk meneruskan sekuel Nur atau pun tidak. Moga lebih banyak drama berkualiti di kaca televisyen nanti. - CARI |