CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5995|Reply: 54

[Dunia] Bapa Durjana, Rakam Dan Rogol Anak Usia 8 Bulan

[Copy link]
Post time 16-7-2018 09:17 AM | Show all posts |Read mode







Bapa durjana, itu selayaknya gelaran bagi seorang lelaki di Ukraine apabila dia tergamak merogol bayi perempuannya yang berusia lapan bulan.

Lebih menjijikkan, dia turut merakamkan perbuatan terkutuknya itu dan menjual ‘bahan pornografi’ tersebut kepada sebuah laman web lucah di Australia.

Lelaki tersebut pada mulanya menyangka identitinya tidak akan terbongkar kerana dia menjual imej anaknya yang masih bayi.

Menurut polis, suspek memperkosa mangsa sambil mengambil gambar menggunakan telefon pintar miliknya.

Lelaki berusia 27 tahun dari wilayah Zhytomyr itu kemudiannya berjaya ditahan dalam satu serbuan yang dilakukan pada awal pagi di kediamannya.
Gambar : Lelaki (tengah) ditahan di kediamannya kerana merogol bayinya yang berusia 8 bulan

“Dia melakukan perbuatan tidak senonoh itu ketika isterinya tiada di rumah atau berkebun.

”Wanita tersebut hanya mengetahui tentang perkara itu selepas dimaklumkan oleh polis. Dia menjadi saksi paling penting kes ini,” kata jurucakap polis, Vitaly Chubaevsky.
Gambar : Ibu bayi berkenaan yang tidak mengetahui akan kejadian yang berlaku sebelum ini

Difahamkan, suspek merupakan bekas askar dan tidak dapat bekerja akibat kecederaan yang dialaminya di timur Ukraine pada 2014.

“Telefon bimbit lelaki itu penuh dengan bahan bukti. Kami menjumpainya di dalam bilik mangsa, tersembunyi di dalam mainan,” kata Chubaevsky.

Pada mulanya, gambar bayi berkenaan yang menjadi mangsa tersebar di laman web lucah Australia dan Russia.

Ia kemudiannya mendapat perhatian seorang polis siber dari Australia yang kemudiannya bekerjasama dengan polis Ukraine bagi menyelamatkan bayi tersebut.

Jika didapati bersalah merogol bayi perempuannya, lelaki itu bakal dihukum penjara 15 tahun.

Sumber : Daily Mail
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2018 10:00 AM | Show all posts
sialan punya laki..
semoga mampus digelek lori..
tapi as usual..
bukan lobai maka thread takkan dapat sambutan..
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2018 10:04 AM | Show all posts
anak sendiri, bayi 8 bulan!! what a disgrace to the whole humanity! semoga dibakar hidup2 org camnie.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2018 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Iollss tertarik dgn cadar, sarung bantal LV tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2018 10:13 AM | Show all posts
Bini dia tak pernah salin pampers anak ke..?
Takkan tak perasan luka kena rogol tu..?
Cilaka betul jantan pedo ni, selayaknya kena tangkap
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2018 10:35 AM | Show all posts
kakJOYah replied at 16-7-2018 10:13 AM
Bini dia tak pernah salin pampers anak ke..?
Takkan tak perasan luka kena rogol tu..?
Cilaka betul ...

bini kerla ladang, laki nganggur. Mungkin laki biawak ambik alih tugas jaga baby sambil tengok porno dan akhirnya ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-7-2018 10:40 AM | Show all posts
Migrain seharian. Bodohnye la manusia nie. Aduoiiii
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2018 10:45 AM | Show all posts
Dasar mental elok campak masuk kandang singa je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2018 10:54 AM | Show all posts
kemurungan terus ... mamat nie mental ker apa g rogol baby umur 8 bulan
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2018 11:15 AM | Show all posts
15 taun je penjara..anak tu kecik lg kot..kejam sungguh jantan ni..
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2018 11:18 AM | Show all posts
tred takde kena mengena dgn Islam
tak de la ulangan2 salinan2 ayat2 Quran/Hadis
yg mcm radio buruk ulang2 ayat sama
sambil merendah2 kan Islam
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2018 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Kan best kalau boleh letak bapak tak guna itu dalam kandang, lepaskan 10 ekor rottweiler lapar tak makan seminggu dalam tu, biarkan sampai dia mampus. Instead of simpan dalam penjara bagi makan free 15 tahun
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2018 11:43 AM | Show all posts
sian nye baby tu.....mak dia x perasan ke kat flower baby tu...
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2018 11:56 AM | Show all posts
kesiannya baby tu.....haishh. mak dia tak peka je bapak dia haram j*...demn.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2018 11:59 AM | Show all posts
dutch_lady replied at 16-7-2018 11:43 AM
sian nye baby tu.....mak dia x perasan ke kat flower baby tu...

tu la kan mesti menangis je.. bukan calang2 luka tu ..
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2018 12:23 PM | Show all posts
Setan punya jantan. Tak selayaknya digelar bapa! Anjing lagi sayang anak banding binatang macam jantan ni eeeeeeeeee bodohnyaaaaaaaa!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2018 12:38 PM | Show all posts
Words fail me.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2018 12:42 PM | Show all posts
kuang ajo punya bapak

budak 8bulan pun ko bernafsu................ hishhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2018 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
mental kut
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2018 01:23 PM | Show all posts
binatang pun knl anak sendiri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:27 PM GMT+8 , Processed in 0.286136 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list