Tiada berita yang lebih membahagiakan pasangan suami isteri selain daripada mendapat tahu bakal menimang cahaya mata tidak lama lgi. Oleh kerana itu, Betty Rahmad pelakon yang juga adik kepada Erma Fatima dan Umie Aida berkongsikan detik pengumuman berita baik itu di media sosial bagi menyatakan kegembiraan mendapat anugerah dari Tuhan.
Tiga hari lalu, Betty melalui akaun instagram miliknya memuatnik video membuat kejutan kepada suaminya. Video yang amat menyentuh hati itu jelas menunjukkan kegembiraan yang dirasai oleh suaminya. Sehari kemudian, Betty memutnaik video kedua yang menyaksikan dia mengejutkan ahli keluarganya termasuk ibu, Umie Aida dan Erma Fatima mengeni berita kehamilannya. Semasa menunjukkan foto imbasan bayi, kelihatan kedua-duanya menjerit kegembiraan.
Dan semalam, video terakhir yang dikongsikan Betty menampilkan pula rakan-rakan baiknya yang memberikan reaksi kepada berita itu. Antara artis yang turut sama hadir dalam video tersebut adalah Nora Danish dan suaminya, Nedim. Namun video itu tidak menggembirakan hati netizen, malah menimbulkan beberapa pertikaian.
Apa yang lebih menarik perhatian netizen adalah respon Nedim saat mendapat tahu Betty hamil. Aksi Nedim dan Betty yang berpelukan telah menimbulkan tanda tanya netizen. Menurut netizen, aksi mereka dikatakan agak berlebihan.
Foto: Instagram bettyrahmad
Diharapkan kesihatan Betty tidak terganggu dengan komen-komen netizen. Tahniah diucapkan kepada Betty Rahmad dan suami. Semoga dengan kehadiran cahaya mata nanti akan memberikan lebih keberkatan dan kebahagian kepada pasangan ini. - CARI
|