CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2175|Reply: 5

Handphone Selalu Diselongkar? Guna Kaedah Ini Sorok Gambar Dan Video

[Copy link]
Post time 16-7-2018 04:34 PM | Show all posts |Read mode



Telefon bimbit adalah salah satu aksesori wajib bagi semua orang pada zaman sekarang. Sering tidak lekang dari tangan, telefon bimbit boleh dikatakan seakan ‘nyawa’ bagi sesetengah orang. Namun begitu, bagi segelintir pula, telefon bimbit tidak penting dan sesiapa sahaja boleh menyelongkar telefon miliknya ataupun mereka ini mempunyai tabiat membuka telefon orang lain sesuka hati.


Jadi, bagi mengelakkan golongan seperti ini terlihat atau ternampak foto peribadi anda, boleh ikuti tip yang diberikan oleh Wiser.my ini. Bukan apa, ia bagi mengelakkan kemungkinana aurat anda, isteri atau suami terlihat secara tidalk sengaja ketika rakan meneroka galeri anda. Tip ini adalah untuk pengguna android sahaja ya.


1. Langkah pertama, pergi ke file manager atau my files , kemudian pilih whatsapp > media



Foto: Era.je


2. Kemudian pilih folder whatsapp video dan whastsapp image.



Foto: Era.je




3. Setelah itu, pindahkan kedua-dua folder tersebut kepada folder baru.




Foto: Era.je




4. Pastikan folder baru itu dilabelkan dengan nama yang mudah anda ingati bagi mengelakkan anda terlupa lokasi file yang telah dipindah.



Foto: Era.je




5. Selesai memindahkan file, ubah nama folder anda tadi dengan meletakkan titik supaya pihak tertentu sukar mendapatkan lokasi file yang telah dipindah.



Foto: Era.je




Bagaimana, mudah bukan? Setelah selesai memindahkan file jangan lupa untuk memadamkan file yang masih ada di dalam folder whatsapp image dan video. Semoga berjaya! - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2018 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Susah jua. Mana2 phone yg ada built-in secure folder dkt phone tu, pakai yg tu je. I biasa pindah ke secure folder je mana2 gambo yg bakalan dibahan oleh kaum kerabat
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2018 09:08 PM | Show all posts
Tak ada simpan gambar or video yg layak nak sorok pun. Begitu plainnya hidup iols
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2018 09:09 AM | Show all posts
TQ for the info............
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2018 10:36 AM | Show all posts
bookmark je lah, sb blm rse nk buat stkt ni kih3... gtuh gegehnya siap bookmark.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2018 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan bagi orang main phone. Kan mudah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 11:39 AM GMT+8 , Processed in 0.075634 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list