CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2588|Reply: 13

"Kenapa BN Tak Cadang Calon Speaker Sendiri?" - Nurul Izzah

[Copy link]
Post time 18-7-2018 05:47 PM | Show all posts |Read mode
Susulan isu anggota pembangkang keluar dari Dewan Rakyat ekoran tidak bersetuju dengan proses pelantikan speaker Datuk Mohamad Ariff Yusof, Nurul Izzah Anwar mempersoalkan tindakan Barisan Nasional (BN) yang tidak mengemukan calon speaker mereka sendiri.


Menurut Ahli Parlimen Permatang Pauh itu seperti dipetik dari MalaysiaKini, mengikut peraturan Dewan Rakyat, BN berhak mencadangkan calon speaker, namun memilih untuk tidak berbuat demikian.




Foto: IG Nurul Izzah



"Jika mereka ada nama, kita boleh bincangkan, kita boleh debatkan, atau kita boleh undi seperti yang mereka buat untuk jawatan timbalan speaker.

"Atas dasar itu, ia merupakan isu yang lebih menggusarkan kerana kita memang perlukan nama, jadi kenapa mereka tidak serahkan nama jika mereka begitu mahukan speaker lain," katanya.


Pada Isnin, Ahli Parlimen BN kecuali Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman bertindak keluar dewan bersama Ahli Parlimen Pas sebagai tanda protes selepas Setiausaha Dewan Rakyat Rosmee Hamzah berkata, pihaknya menerima surat pencalonan daripada HARAPAN pada 2 Julai.


Sementara itu, Ahli Parlimen pembangkang yang keluar dewan menegaskan mereka tidak membantah pelantikan Mohamad Ariff, sebaliknya tidak setuju dengan proses pelantikan berkenaan yang tidak mengikut peraturan ditetapkan iaitu tidak menyerahkan nama Mohamad Ariff 14 hari sebelum parlimen bersidang. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2018 06:34 PM | Show all posts
Ngok oh ngok. Macam lah ko nak pilih? Buang masa sudah
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2018 06:46 PM | Show all posts
propahhhhhh.. ko gan mader sama jekk...
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2018 06:53 PM | Show all posts
hekelehh.....mula2 keluar tanda protes....pastu masuk dewan balik pakat angkat sumpah juga.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2018 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Paling tak menahan keluar dewan bagai last2 masuk balik sumpah depan orang tu juga hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2018 07:44 PM | Show all posts
SerenaBlair replied at 18-7-2018 07:23 PM
Paling tak menahan keluar dewan bagai last2 masuk balik sumpah depan orang tu juga hahahaha

elaun maa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-7-2018 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
precious_chicas replied at 18-7-2018 06:53 PM
hekelehh.....mula2 keluar tanda protes....pastu masuk dewan balik pakat angkat sumpah juga.

Abis parlimen hisap rokok sama sama.. rkyt jah bab politik gaduh betul.. depa kat atas relaks jah.. bodo rakyat
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2018 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
X tahu le napa rasa nye izah ni ckp jah lebih sori yb izzah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2018 10:38 PM | Show all posts
bukan calon yang di protest tapi proses pemilihan yang dibantah, due date dah tamat tapi calon masih takder, last2 surat buat back date, ingat dunia ni ada backspace button?
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2018 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
dia ni mana layak jadi mp..ckp pun berterabur
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2018 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku ada seperasaan x berapa kenan dgn YB Izzah. Tak tau apa dia..Sbgaiman aku tak kenan kat Anwar dan SS... {:question
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2018 08:54 AM | Show all posts
oh my..kali ni statement izzah buat i keciwa..better takyah cakap apa2 pasal tu lagi la izzah..org dah nak move on pasal tu..lgpun kalau bn cadang mmg takkan dilayan..takat cadang je lah..
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2018 08:58 AM | Show all posts
Xyahla suh cadgkn calon speaker..buang masa je mcm apa lobai pas buat kt perak ngan kedah..move on izzah..sib baik hang tasty
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2018 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
tipuware replied at 18-7-2018 11:19 PM
Aku ada seperasaan x berapa kenan dgn YB Izzah. Tak tau apa dia..Sbgaiman aku tak kenan kat Anwar da ...

I pun sama. Maybe sbb style diaorg sama. Ayat bila ckp jenis bombastic n complicated tp kerja nya biasa2 jer.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 12:56 PM GMT+8 , Processed in 0.053232 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list