Sememangnya di Malaysia banyak juga tempat menarik yang boleh kita boleh lawati. Salah satunya ialah Air Terjun Jelawang. Ia merupakan satu tempat yang menarik dan menjadi salah satu daya tarikan kepada para pelancong dari dalam dan luar negara.
Lagi menarik, air terjun ini merupakan air terjun yang tertinggi di Asia Tenggara. Air terjun ini mempunyai aliran air yang unik di mana airnya mengalir dari celah-celah batu yang tinggi.
Foto: Google
Lokasi air terjun ini terletak di atas Gunung Stong, Kelantan. Ternyata sesiapa yang datang ke sini akan terpana dengan keindahan alam semulajadi yang terhidang. Tetapi, untuk datang ke sini bukanlah mudah kerana anda perlu melalui perjalanan beratus kilometer untuk sampai ke Gunung Stong ini.
Bagi pelancong yang ingin berkunjung ke Gunung Stong ini, mereka mempunyai tiga jalan pilihan yang boleh diambil. Jalannya yang pertama ialah dari Kota Bharu, pelancong boleh melalui Jeli, kemudian ke Kuala Balah, ke Dabong dan seterusnya ke Gunung Stong. Perjalanannya adalah kira-kira sejauh 183km.
Jalan yang kedua pula adalah dari Kota Bharu ke Kuala Krai ke Sungai Sam ke Dabong dan terus ke Gunung Stong. Jarak ini lebih dekat kira-kira 150km. Manakala, bagi mereka yang ingin menjimatkan lagi masa bolehlah pilih jalan yang ketiga ini iaitu, dari Kota Bharu ke Kuala Krai, ikut Jalan Air ke Dabong dan terus ke Gunung Stong. Perjalanannya hanyalah 105km.
Jom layan pemandangan menarik yang ada di Air Terjun Jelawang ni.
Foto: Twitter @cutihabiskanduit
Foto: Twitter @cutihabiskanduit
Foto: bicarakata.com
Foto: orangkelantan.com
Foto: orangkelantan.com
Foto: Flikr @DaveGardener
Sesiapa yang datang ke sini sudah pasti tidak akan dapat melupakan keindahan alam semulajadi yang tersaji indah di depan mata. Panorama sekeliling Gunung Stong memang sesuai buat anda yang begitu cinta dengan alam sekitar. - CARI
|